“Alia!”, teriak Ibu ...
“Alia,
kenapa Alia buat Abah macam ini ??? Ya Allah, kuatkan lah aku”, tangisan Abah
kelihatan ... “Ini semua salah Ibu, puas hati Ibu ??? Ibu seksa Alia ... Ada
Ibu tahu perasaan dia ??? Ada Ibu peduli sakit pening dia ??? Ibu langsung tak
peduli ... Dulu Abah kehilangan Along, Abah kuat lagi sebab Abah ada Angah
dengan Alia ... Selepas itu, Angah tinggalkan rumah ini dan kini Alia ... Semua
salah kamu Puan Khatijah Osman!!! Kamu dah buat Abah terpisah dengan
ketiga-tiga anak Abah ... Apa salah Abah sehingga kan ini yang kamu buat dan
balas untuk Abah ... Kini baru Abah faham perasaan anak-anak ... Ibu dah seksa
mereka selama ini ... Kasih sayang yang Ibu berikan pada mereka semua nya hanya
palsu ... Palsu belaka!”
“Abah,
maafkan Ibu ... Maafkan Ibu ... Ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak Ibu
... Ibu tak nak mereka jadi seperti Ibu ... Tidak berjaya untuk mengecapi
impian dan cita-cita”
“Ibu
cakap, Ibu tak nak mereka jadi macam Ibu! Ibu sedar tak yang Ibu sudah pun
jadikan mereka seperti Ibu ... Ibu atur hidup mereka ... Sampai mereka takut
untuk pulang ke rumah ini!”
“Abah,
Ibu tahu Ibu salah ... Ibu tak patut buat anak-anak macam tu ... Ibu dah
lakukan dosa besar Abah ... Lagi-lagi kematian Hisham”, Ibu mula menangis teresak-esak
...
“Hisham
???”, Abah bingung dengan kata-kata Ibu ...
“Hisham
belum mati Abah ... Hisham hidup lagi ... Haikal adalah Hisham”
“Apa
yang Ibu cuba katakan ini ??? Abah langsung tak faham”
Alhamdulilah, aku selamat sampai ke Kota
London ... Wah! Sungguh indah dan sangat nyaman ... Udara nya yang tidak
tercemar langsung ... Benar-benar nyaman ... Pagi ini mulalah tugas ku sebagai
“babysitter” kepada kedua anak buah ku ... Semalam aku sampai ke Kota London
tidak sempat aku menemui mereka kerana aku sampai sudah lewat, dan menurut
Abang Long mereka penat menunggu lalu tertidur di sofa ... Kesian sungguh
mereka ... Pagi ini juga aku tidak perlu buat sarapan, sebab Kak Long sudah
menyediakan ... Aku hanya perlu mengejutkan mereka dan menghantar mereka ke
sekolah ... Walaupun aku agak kekok dan tidak fasih lagi dengan jalan di Kota
London ini, tapi mungkin aku akan biasa satu hari nanti macam mana aku perlu
biasa kan hidup aku dan menerima kenyataan bahawa Hisham tiada di sisi ku lagi
...
Menurut Kak Long, hari ini juga dia akan
berangkat dan terbang ke Eropah ... Mungkin 2bulan ... Abang Long pula, akan
berangkat ke Jepun, esok ... Mungkin sama juga seperti Kak Long berbulan-bulan
... Kerana aku tidak sempat lagi berbual dengan Abang Long ... Kak Long kata,
Farish dan Fatihah sudah besar dan mereka tidak cerewet ... Mereka juga sudah
biasa jika bukan Abang dan Kak Long yang menjaga mereka ... Kerana mereka sudah
lama di tinggalkan ... Pernah ku bertanya kepada Abang Long, kenapa setiap kali
perlu ke luar Negara tidak di tinggalkan sahaja Farish dan Fatihah di rumah Ibu
... Abang kata, Kak Long tidak mahu kerana takur perangai Ibu akan melekat pada
Farish dan Fatihah ... Walaupun Abang dan Kak Long kurang waktu bersama mereka
tidak bermakna yang mereka akan abaikan Farish dan Fatihah ...
Oleh itu, Abang dan Kak Long lebih gemar
berpindah-randah dari duduk bersama Ibu ... Aku faham maksud Kak Long ... Kak
Long seorang anak yatim ... Perkahwinan Abang Long bersama Kak Long juga di
bantah teruk oleh Ibu ... Katanya, kita tidak tahu asal usul Kak Long ...
Kerana sejak usia 14tahun, Kak Long telah di hantar ke rumah anak yatim ...
Menurut rumah anak yatim, ibu kandung Kak Long meninggal saat melahirkan Kak
Long ... Bapa kandung Kak Long, amat membenci Kak Long kerana bagi nya Kak Long
adalah pembawa sial atas kematian isterinya ... Sejak dari situ, Kak Long
sering di hantar ke sana dan ke sini ...
Jika makcik nya di sini tidak mahu menjaga
nya, Kak Long akan hantar ke rumah makcik lain ... Begitu lah seterusnya, dan
itulah nasib Kak Long ... Kak Long di letak kan di rumah anak yatim oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat ... Pada suatu hari, Kak Long di tuduh mencuri di
sekolah menyebabkan dia dipukul teuk oleh bapa kandung nya sendiri ... Kak Long
tidak tahan kerana bukan dia perlaku nya dan berhajat untuk keluar dari rumah
itu ... Dia lebih rela merempat dari terus di maki dan di caci oleh semua orang
... Sedang Kak Long berjalan untuk mencari tempat berteduh kerana hujan, Kak
Long terserempak dengan seorang nenek tua seperti kelaparan ... Mujur Kak Long
ada membeli roti dan sebotol air mineral ... Kak Long berikan kepada nenek tua
itu, dan sejak itu lah Kak Long menjadi cucu angkat nenek tua itu ...
Kisah Kak Long bukan berakhir di situ ... Kak
Long sekali lagi di uji ... Sedang Kak Long berjalan mencari makanan buat nenek
... Kak Long terserempak dengan sekumpulan gangster ... Kak Long tidak tahu
mahu lari ke mana, akhirnya Kak Long terperangkap dengan muslihat yang di buat
oleh kumpulan gangster itu ... Kak Long hampir-hampir sahaja di rogol, tetapi
dapat di selamatkan oleh nenek ... Mungkin nenek risau dengan kepemergian Kak
Long yang sudah lama pergi mencari makanan tetapi tidak pulang-pulang ...
Sedang nenek cuba untuk menyelamatkan Kak Long, nenek di pukul dan di belasah
teruk oleh kumpulan tersebut ... Mujur seseorang menjerit dan membantu nenek
serta Kak Long ...
Nenek di bawa ke hospital oleh jasa orang yang
menjerit dan meminta bantuan ... Tetapi sayang, nenek meninggal ketika
perjalanan ke hospital ... Kak Long sanghat sedih dengan pemergian nenek ...
Walaupun perkenalan mereka singkat, tetapi kasih sayang yang Kak Long perolehi
dari nenek sangat ikhlas dan jujur ... Saat di hospital, seorang pegawai
hospital menelefon Jabatan Kebajikan Masyarakat ... Pegawai tersebut
memberitahu bahawa, Kak Long tiada pewaris dan tiada tempat tinggal ...
Satu-satu waris nya adalah nenek ... Tetapi nenek sudah tiada, ke mana lagi
harus Kak Long pergi ... OIeh itu, Kak Long di tempatkan ke rumah anak yatim
yang di hantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ... Di situlah, Kak Long
memulakan kehidupan baru ...
Di situ jugalah bermulanya bibit cinta antara
Kak Long dan Abang Long ... Kerana selepas Kak Long berjaya, Kak Long sering ke
rumah anak yatim itu menghulurkan bantuan, begitu juga dengan Abang Long ...
Kerana Abah pernah berpesan, “Jika kita perolehi rezeki lebih, rajin-rajin lah
untuk berkongsi bersama orang lain ... Yang lebih tepat jika kita berkongsi dan
salurkan nya pada rumah anak yatim” ... Itulah ajaran Abah buat anak-anak nya
yang sering jadi panduan hidup kami adik beradik ... Itulah kisah Kak Long yang
pernah Kak Long ceritakn kepada aku serta Abah ...
“Cik
Lia!!!”
Teriakan ini ... Ya! Aku sangat merindui
teriakan ini ... Ini adalah suara Farish dan Fatihah ... Mereka suka gemar
gelarkan aku “cik Lia” ... Katanya aku ni kalau bercerita seperti
makcik-makcik, tidak reti untuk berhenti ... Pada asalnya adalah “makcik Alia”
... Aku kurang senang dengan panggilan itu, sehinggakan dahulu Hisham suka
memarahi aku ...
“Apasalahnya
kalau budak-budak tu panggil Alia makcik ... Alia memang makcik pun ... Sebab
suka sangat membebel ... Ummi pun tak macam Alia kalau bercakap”
Lepas itu, aku membenarkan mereka untuk
memanggil aku “makcik”, tapi bukan dengan sebutan yang penuh, tetapi hanya
“cik” ... Oleh itu, melekatlah sehingga sekarang “cik Lia” ... Abang Long ada
mengajar mereka supaya memanggil aku “mak usu” ... Tetapi buat apa, panggilan
aku di rumah bukanlah “usu” atau apa sahaja ... Abah pernah bilang yang “mak
usu” itu berasal dari perkataan “bongsu” yang hanya di ambil hujungnya sahaja
... Tetapi aku tetap tidak suka, kerana orang di rumah hanya memanggil aku
dengan nama sahaja ... Apa salahnya kalau budak-budak ini memanggil aku dengan
nama ku sendiri ... Aku sering kali bilang yang Ibu suka membantah, tidak
sangka aku ada sedikit meniru sikap dan perwatakan Ibu, iaitu “membantah” ...
Patut lah, Kak Ngah bilang yang aku persis seperti Ibu ... Mahunya tidak, anak
perempuan hanya dua sahaja, aku dan Kak Ngah ... Selepas Kak Ngah kahwin dan
menetap di luar negara, tinggal aku di rumah itu ... Sudah tentu aku yang
menjadi sasaran Ibu ... Sebab itu, Ibu mahu mengatur hidupku ...
“What
a nice smell ??? Did you cook it, Cik Lia ???”, Farish mula berkata-kata ... Rindu
benar hendak mendengar suara nya yang agak serak-serak basah itu ...
“Nope!
The fried rice your mom cook it”, aku membalas pertanyaan dengan senyuman ...
“Why
you don’t cook it ???”, soalan di ajukan lagi, tapi kini Fatihah ...
“I’m
lazy because my two nephew lazy”, aku gelak besar diiringi Kak Long serta
Farish dan Fatihah sehingga kelihatan lesung pipit Fatihah ...
“Okey,
Farish dan Fatihah, Mummy dan pesan yang Mummy tak aka nada dekat London untuk
beberapa bulan ni tau ... Daddy jugak, Daddy perlu pergi ke Jepun ... Yang akan
jaga kamu nanti masa ketiadaan Mummy dan Daddy adalah Cik Lia ... Kamu suka
???”, Kak Long memang pandai berkata-kata ... Sebab itu Abang Long jatuh hati
pada Kak Long ... Tuturnya agak lemah lembut ...
“Really
??? Its you Cik Lia ???”, Farish seperti tidak percaya dengan kata-kata Mummy
nya ...
“I
love you Mummy!”, percakapan itu di teruskan oleh Fatihah sambil berlari
keanak-anakan dan menuju ke bilik nya ...
“Yes!
Your auntie will take care both of you ... Why you want Granny to take care
both of you ???”
“No!
I hate Granny ... She is look like devil!”, tegas Farish ... Mungkin kerana
Farish sudah besar dan dia faham keadaan dan situasi yang pernah di hadapai
dahulu ...
“Farish,
Farish tak boleh cakap macam tu dekat Granny tau ... Kalau Granny jahat, makna
nya Grandpa dan Cik Lia juga jahat lah kan”, aku cuba memujuk Farish ...
“Tak!
Tapi Farish tak suka layanan Granny pada Mummy ... Farish kesian tengok Mummy
selalu kena marah dengan Granny ... Grandpa with you, is nice person ... Tak
pernah marah Farish mahupun Mummy ... Sebab tu I love you more”, Farish mencium
ke lalu memegang kedua pipi ku ... Saat ini aku terkenangkan Abah ... Dulu bila
aku sedih, Abah akan menghapuskan airmata ku ini dan membelai pipiku ... Rindunya
dekat Abah walaupun baru sehari aku di Kota London ini ...
“Okey,
enough Farish ... If you want to play it your Cik Lia, play after school ya ...
Now, go to your room clean up your room and take shower after that going down
and have a breakfast, okey ???”
“Yes
Mummy, I love you!”
Sungguh bahagia kehidupan Kak Long serta Abang
Long ... Ibu bukan sahaja kalah dengan cinta aku dan Hisham ... Malah kalah
dengan cinta dan kebahagiaan Abang dan Kak Long ... Bermulalah tugas ku,
selepas Farish dan Fatihah pergi ke sekolah, aku perlu menunggu dan bawa mereka
keluar makan ... Kata Kak Long, waktu tengahhari mereka tidak suka makan di
rumah ... Hanya makan pagi dan makan malam sahaja mereka akan makan di rumah
... Tidak tahu kenapa, mungkin Abang Long yang mengajar mereka sebegitu kerana
Abang Long sejak dari kecil tidak suka makan tengahhari di rumah ...
Sewaktu kecil, apabila tiba makan tengahhari
mesti hanya ada aku, Abang Long serta Kak Long ... Abah dan Ibu mesti ada
urusan di luar ... Yang menghairankan kami, tak akan setiap kali makan
tengahhari perlu keluar ... Ya! Aku tahu Ibu sibuk dengan perniagaan online nya
... Abah pula sibuk dengan ladang kudanya ... Tak kan lah, Ibu makan dengan
computer nya dan Abah makan dengan kudanya ... Aku hairan dengan mereka berdua
... Oleh itu lah, Abang Long jarang makan tengahhari di rumah ...
Hampir sebulan lebih aku di Kota London ini
... Kadang-kadang aku ada menelefon Abah, cuma aku tidak beritahu kepada Abah
di mana aku sekarang ... Aku tidak mahu Abah tahu, cukup sahaja Abah tahu aku
selamat dan setiap hari aku menelefon Abah ... Aku tidak mahu Abah risau ...
Abah ada beritahu kepada aku yang Ibu jatuh sakit ... Aku tahu aku berdosa dan
aku tidak patut lakukan ini semua, tapi aku terpaksa ... Aku tak suka dikongkong
... Aku mahu kebebasan seperti burung ... Yang boleh terbang ke sana dan ke
sini ... Mungkin jika aku sudah kuat, aku akan pulang dan menemui Ibu ... Aku
berdoa agar Ibu di panjangkan umur dan jangan lah Allah mengambilnya sebelum
aku berjumpa dengan Ibu ... Kerana aku perlu memohon keampunan dari Ibu ...
Syurga ku di telapak kaki Ibu, aku tidak mahu menjadi anak derhaka dan Neraka
tempat ku ... Aku tidak mahu!
Sebulan kehidupan aku di sini penuh dengan
gelak ketawa dan riuh rendah yang Farish dan Fatihah ... Rasa bahagia sangat
... Agaknya begini rasanya apabila sudah berumah tanggakan ... Tiba-tiba
teringat akan arwah Hisham ... Agaknya kalau aku sudah kahwin mesti anak-anak
aku juga secomel dan selincah Farish dan Fatihah ... Hisham pernah berhajat
bahawa dia mahu 2orang anak sahaja ... Lelaki serta perempuan ... Cukuplah dua
sahaja, kerana katanya dia tidak mahu melihat aku terseksa dek kerana
melahirkan zuriatnya ... Kerana Ummi pernah menceritakan tentang betapa
sakitnya melahirkan anak ... Memang kesakitan nya sekejap, selepas itu ibu
bersalin perlu berpantang, tetapi sang suami juga perlu berpantang seperti ibu
bersalin ... Bukan berpantang dari segi makan atau apa sahaja, tetapi dari segi
“tutt” ... Itu yang membuat kan Hisham tidak mahu anak ramai kerana takut aku
perlu berpantang lama turut di ikuti Hisham, di mana dia juga perlu
“berpantang” ...
“Cik
Lia, today is Sunday ... Jom kita dating”, kata-kata Farish agak melucukan
sambil mengenyet mata kepada ku ... “Dating”, mana agaknya dia belajar dari
perkataan ini ... Mesti Abang Long lah ni ...
“Dating
??? With me ??? Tak takut ke ???”, aku mengatur langkah untuk mengenakan nya
... Kerana Farish terkenal dengan perangai nya yang suka mengenakan orang ...
“Yup!
Kenapa perlu takut ... Farish dating dengan manusia bukannya Vampire”, Farish
gelak besar ...
“Erm,
betul ... Tapi bukankah Vampire tu menyamar manusia sebelum dia bertukar
menjadi Vampire ???”, aku memerhatikan Farish yang kelihatan mulai takut ...
“Are
you Vampire, Cik Lia ???”, Fatihah mula bertanya ...
“Fatihah
rasa ???”, mereka sudah memasuki perangkap aku ...
“Tihah,
abang rasa abang nak pergi tandas ... Boleh tak kalau Tihah temankan abang”,
Farish dan Fatihah mulai ketakutan aku mereka mula lari dan menuju ke tandas ...
“Jangan
lama-lama tau ... Sebab kawan Cik Lia, Vampire Jahat ada kat tandas tu”, aku
mula menakutkan mereka dan aku mendengar jeritan, lantas kelibat Fatihah yang
aku perasan serta di ikuti Farish ... Mereka menghampiri dan memeluk ku ...
“Cik
Lia, its true have Vampire at the toilet ???”, Fatihah bertanya ...
“Cik
Lia, Vampire ada nama ke ???”, Farish pula mula bertanya ...
“HAHA!”,
aku gelak besar sehingga mereka lari dari pelukan ku ... Mereka memandang tepat
ke arah ku dan berlari duduk di hadapan ku ... Aku merapati mereka dan
memberitahu nya bahawa .......
“Mana ada Vampire lah, I’m just kidding”, aku
cuba meyakinkan mereka ... Menurut Kak Long, jangan bercerita mengenai hantu,
kerana Farish akan susah tidur dan Fatihah perlu di temani juka mahu tidur ...
“Betul-betullah
Cik Lia ... Suka lah main-main ... Tapi tadi Cik Lia cakap ada Vampire Jahat tu
???”, Farish mula rasa tidak puas hati ...
“Iya
lah, tandas tu kan kotor ... Bila kotor, vampire a.k.a ‘syaitan’ suka
tempat-tempat kotor ... Bila kamu masuk tak baca doa, nanti dia makan dan kacau
kamu semua ... Sebab itu, Cik Lia kata macam tu, agar Farish dan Fatihah
sebelum masuk tandas baca doa ... Faham”, aku cuba menerangkan kepada mereka
... Walaupun selalu berada di luar negara, Abang Long tetap menitik berat kan
tentang soal agama ... Abang Long lah akan menjadi “ustaz” buat Farish dan
Fatihah dan ini kerana mereka tidak pernah ke sekolah agama ... “Okey! Kata nak dating dengan Cik Lia ... Don
worry I’m fully human, not Vampire”, aku menujuk kan jari ‘peace’ tanda
kedamaian ...
Hari Ahad di sini berbeza di Malaysia ... Di
sini mereka banyak menghabiskan masa bersama keluarga ... Family time menurut
Farish ... Rasa cemburu melihat mereka ... Mereka seperti sebuah keluarga yang
sangat lengkap dan sangat bahagia ... Seperti tiada masalah ... Alia Nadira!
Apa lah kau ni, ada kah manusia kat dalam dunia ni tak ada masalah ... Mungkin
mereka juga ada masalah, tetapi tak ada lah seteruk macam kau sehingga bawa
diri dan meninggalkan Malaysia ...
Aku mengelamun sehingga aku tidak sedar bahawa
Farish dan Fatihah telah hilang dari genggaman ku ... Ke manakah anak kecil ini
pergi ... Bukankah aku sudah mengenggam tangan mereka dengan kuat sekali ...
Kenapa dengan kau ni Alia Nadira! ... Aku mula takut jika mereka berdua di
culik ... Apa yang perlu aku jawab jika Abang dan Kak Long soal aku nanti ... Sedangkan
ini adalah satu amanah ... Aku perlu menjaga amanah Abang dan Kak Long dengan
baik ... Mereka mempercayai aku, aku tidak boleh biarkan semua ini terjadi ...
Jika terjadi, mungkin sukar untuk aku perolehi kepercayaan dari Abang dan Kak
Long ...
“Cik
Lia!”
Suara itu ... Itu suara Fatihah ... Tapi di
manakah mereka ... Sudah lah panas, ramai pula orang ... Langsung aku tidak
melihat kelibat Fatihah ... Di manakah Fatihah ... Suara ada, tetapi tidak ku
lihat bayang-bayang nya ... Ya! Aku dapat melihat Fatihah ... Dia lari
keanak-anak kan dan menuju ke arah ku sambil memegang aiskrim ... Farish ??? Di
mana pula Farish ??? Fatihah ada tetapi Farish tiada ... Ya Allah, aku
bersyukur kerana aku menemui Fatihah ... Tetapi di mana Farish ... Tunjukkanlah
ya Allah ... Tunjuk kanlah di mana Farish berada ... Aku di sedarkan oleh satu
pukulan manja di bahu ku ...
“Madam,
your child with me”
Madam! What the h....... Ni dah buat aku marah
... Aku macam orang yang dah kahwin ke ... Hello pakcik, aku muda lagi ya ...
Kau tu dah lah macam orang tua ... Suara dah lah macam orang tua ... Nak
panggil aku madam ... Badan punya lah cantik macam Rozita Che Wan, cuma sayang
aje aku belum jumpa Zain Saidin aku ... Kalau aku jumpa, kau tahu lah memang
aku minta Zain Saidin belasah kau lah ... Tak sayang mulut juga pakcik ni ...
Dengan serta merta nanti aku buat kan insurans untuk kau ... Dengan pantas aku
menoleh ke belakang ... Seperti ku kenal lelaki ini ... Lelaki ini amat ku
kenali ... Saiful! Ya, Saiful Iskandar kawan rapat Pijat serta arwah Hisham ...
Tapi apa dia buat kat sini ... Menurut Zakiah dia di Sabah ... Inilah masalah
kau Alia Nadira, kau jumpa Zakiah tu bila ... Kau dekat London ni dah berapa
lama ... Kau ni macam ikut waktu planet Marikh pulak ya ... Lambat sungguh kau
loading kepala hotak kau tu ya ... Dalam tempoh tu, apa-apa boleh jadi ...
Orang sihat boleh sakit ... Orang bujang boleh kahwin ... Orang kurus boleh
gemuk ... Gemuk! Ya, Saiful kelihatan agak berisi sedikit berbanding aku kenal
dia dahulu ... Saiful seorang yang menitik berat aspek kecantikan lelaki ini
... Bab-bab cantik untuk lelaki, cari aje Saiful, banyak gila tips dia ...
“Alia!”,
Saiful cuba menyedarkan aku ...
“Cik
Lia!”, Farish juga cuba menyedarkan aku ...
“Eh!”,
aku tersedar ... Aku perlu sedar, nanti katanya aku minat dekat dia ... Pernah
terlintas di fikiran aku jika aku tidak dapat Hisham, aku mahukan Saiful ...
Bukan sahaja dahulu dia handsome, tetapi di sebabkan dia orang Sabah, dia
kelihatan “chinese look” sikit ... Macam pelakon Korea pun ada si Saiful ni ...
Macam Lee Minho yang berlakon dalam City Hunter ...
“Kau
Alia kan ... Alia Nadira, right ???”, Saiful bertanya kerana hendak kepastian
...
“Betul,
nia aku Alia ... Saiful Iskandar kan ???”, aku menanyakan soalan kepada nya
pula ...
“Ya,
aku ... Tak sangka kau banyak berubah ya ... Wah! Dah kahwin tak bagi tahu pun
... Dah ada 2orang anak lagi ... Comel anak-anak kau Alia”, Saiful senyum
kepada Farish serta Fatihah ...
Anak! Apa dia gila ke ... Aku dah kahwin ...
Menurut Zakiah, Walaupun Saiful berada di Sabah sering juga dia menghubungi
Pijat di Malaysia ... Ketika aku keluar bersama Zakiah tempoh hari, tak kan lah
Zakiah tidak berceritakan apa-apa kepada suaminya, Pijat ... Jika ada, mesti
Pijat akan bercerita kepada Saiful ... Tidak akan lah, Saiful meneka yang
bukan-bukan seprti ini ... Buat aku angin aje, dah la cuaca panas ... Sepanas
hati aku ni, hah! ...
“Tak
adalah, ni anak buah aku ... Farish dan Fatihah ... Salam uncle”, aku mengarah
Farish dan Fatihah bersalaman dengan Saiful, sepertimana Abah sering mengajar
aku, bersalaman apabila bertemu dengan orang ...
“Comelnya
... Ingatkan anak-anak kau”
“Kau
tahu kan, hati aku ini hanya untuk Hisham”
“Cik
Lia, Tihah dengan Abang nak main kat sana boleh ???”, Fatihah seperti menghidu
sesuatu dan membuat kan dia ingin membiarkan aku dan Saiful berdua sahaja ...
“Okey,
pergilah ... Jangan main jauh-jauh tau ... Nanti susah Cik Lia nak cari”, pesan
aku ...
“Baiklah,
Tihah faham ... Uncle, tengok kan Cik Lia, Tihah ya ... Jangan
naughty-naughty”, pesan Fatihah, sambil mengenyet mata kepada Saiful ... Saiful
gelak melihat gelagat Fatihah ...
“What
a sweet Fatihah ... Sama macam kau”
“Of
course lah, aku makcik diorang ... Apa kau buat dekat sini ??? Tak akan lah
mencari cinta sampai ke sini ... Kat Sabah tak kan tak ada kot”, aku mengusik
Saiful ...
“Aku
cari kau”
Apa ??? Cari aku ... Untuk apa ??? Tak kan dia
dah tahu isi kandungan diari aku ... Mana dia dapat diari aku ... Tak kan lah
dari Zakiah, tak mungkin ... Tak mungkin! Aku pernah tulis .......
Dear
Princess Diary,
Today
I meet someone, who look like Lee Minho ... Cakap pasal Lee Minho, dah lama aku
tak tengok cerita Korea ... Cerita apalah yang paling best sekarang kan ...
Hopefully, kalau ada cerita baru, adalah Lee Minho ... Nak pulak kalau dia
bergandingan dengan Park Min Young ... So sweet ... Haishhh, aku bukan nak
ceirta pasal mereka, aku rasa dah penuh diari aku ni asyik cerita pasal diorang
aje ... Baiklah, maaf ya Princess Diary ... Lelaki tu nama dia Saiful Iskandar
... Tak tahu kenapa, mata aku ni tertarik pada dia ... Walaupun yang jumpa aku
dulu adalah lelaki yang bernama Hisham Arshad ... Bukannya Hisham Arshad tu tak
hensem ... Hensem aje, yang lebih hensem ni si Saiful Iskandar ni ... Kenapa
lah bukan kau yang tegur aku dulu Saiful oiii ... Kenapa perlu lelaki tu ...
Erm, menjengkelkan tengok lelaki tu ... Kalau lah kau tegur aku dulu, aku rasa
indah nya dunia ni ... Berseri-seri aje hidup aku ... Tapi tak apalah, jika
jodohku nanti tidak kekal panjang atau lama dengan Hisham Arshad, aku cari kau
yea Saiful Iskandar ... Harap-harap waktu itu kau masih bujang lagi lah ...
Kerana kau adalah pilihan kedua ku ... Hendak sahaja aku meletakkan kau sebagai
pilihan pertama ku ... Tetapi apa kan daya, Hisham Arshad lebih pantas memasuki
di dalam hati ku ini ... Tunggu aku Saiful Iskandar ... Maafkan aku Saiful
Iskandar ...
Ya Allah! Malunya aku kalau dia dah baca diari
aku ni ... Memang nak kena lah si Zakiah ni ... Siap lah, kalau aku balik
Malasysia nanti, memang kau lah orang pertama aku jumpa ... Make sure, insurans
kau penuh lah ... Apa-apa terjadi dekat kau, boleh lah laki kau tuntut ... Geram
nya aku dengan kau Zakiah!!!
“Alia,
kau okey ke ??? Kenapa muka kau merah semacam aje ni ??? Panas sangat ke, kita
cari tempat redup ya”
Ya
Allah! Macam termakbul aje apa yang aku tulis kan dalam diari tu ... Tapi,
maafkan aku Saiful ... Aku bukan nak kan kau betul-betul pun ... Muka kau tu
ingatkan aku dekat pelakon Korea, sebab tu aku tulis kat dalam diari ... Kalau
betul kau datang sini sebab nak cari aku ... Nak ajak aku balik Malaysia lepas
tu kita kahwin, tak apalah Saiful ... Aku ta nak ... Maafkan aku kalau kau rasa
diri kau seperti di permainkan ... Maafkan aku Saiful Iskandar ...
“Maafkan
aku ... Maafkan aku ... Maafkan aku Saiful Iskandar!!!”
“Woi!
Apa masalah kau ni ??? Mengelamun lagi ... Itulah kau, sebab tu masa dekat UiTM
dulu ramai yang gelarkan kau ‘Queen of Ngelamun’ ... Aduh, Alia ... Yang kau
nak minta maaf ni kenapa ???”
“Hehe,
maaf Saiful ... Tak adalah, mana ada ... Eh! Iya ke aku minta maaf ... Hehe,
tak ada lah ... Tak ada apa-apa”, aku tersenyum malu ... Malu sungguh ...
“Kau
sihat ???”
“Alhamdulilah,
aku sihat ... Macam yang kau dapat lihat ... Ini lah kehidupan aku ... Tadi kau
cakap kau cari aku kan, kenapa ???”, aku kembali ke perbualan asal ...
“A’ah
... Abah kau telefon Zakiah ... Minta Zakiah untuk cari kan kau ... Tapi kau
tahu kan, Zakiah dah berkeluarga, mana boleh dia tinggalkan keluarga dia
semata-mata nak cari kau ... So, dia cerita dekat Pijat ... Pijat telefon aku
dan dia minta tolong aku”
“Tapi
macam mana kau tahu aku ada dekat sini ??? Sedangkan aku langsung tak bagi tahu
apa-apa dekat Abah aku”, aku hairan ...
“Aku
agak aje ... Maklum lah, menurut Hisham dulu kalau kau gaduh dengan Hisham kau
akan cerita dengan Abang Long kau ... So, sikit-sikit Abang Long ... Dari apa
yang Zakiah dan Pijat cerita dekat aku, aku dah agak kau mesti pergi ke tempat
Abang Long kau kan”
“Mana
Zakiah dan Pijat tau ... Eh! Aku tak faham lah ... Kau cerita kasi terang boleh
tak ???”, aku semakin keliru dengan cerita yang Saiful cuba sampai kan ...
“Hari
yang kau pergi tu, Abah dengan Ibu kau gaduh hebat ... Kak Cham telefon Zakiah,
minta Zakiah datang ke rumah kau untuk leraikan pergaduhan Abah dan Ibu kau”
Ibu dan Abah gaduh ... Perkara ini lah yang
aku paling takutkan ... Aku tidak sangka, kepergian aku telah meimbulkan pergaduhan
yang besar buat Ibu dan Abah ... Aku rasa menyesal sekali ... Tidak sepatutnya
aku pergi begitu sahaja ... Tanpa bertemu, bersalam dan memohon keampunan dari Ibu
dan Abah ... Ibu, Abah, Kak Cham, Alia minta maaf ... Alia minta maaf
sangat-sangat ... Maafkan Alia ...
“Mujur
tak ada apa-apa yang terjadi ... Sejak malam tu, Ibu kau tak nak makan, tak nak
jumpa orang langsung ... Sehingga dia jatuh sakit ... Seminggu kepergian kau,
Abah telefon Zakiah ... Dia minta sangat agar Zakiah dapat cari kau dan pujuk
kau agar kau mahu pulang dan jenguk Ibu kau ... Tapi, seperti yang aku
katakana, tak mungkin untuk Zakiah kerana dia sudah berkahwin ... Tak kan dia
nak tinggalkan keluarganya pula ... Jadi dia minta tolong aku untuk cari kan kau
... Seperti yang aku katakan pada kau ... Antara Abang Long dan Kak Ngah kau,
kau paling rapat dengan Abang Long ... Jadi, aku rasa kau tak pergi jauh mana
pun ... Kau mesti pergi ke tempat Abang Long kau ... Aku minta Zakiah
menanyakan ke mana Abang Long kau berada sekarang, dan Abah bagi tahu Abang
Long kau berada di London ... Aku syak, mungkin kau ada dekat sini ... Sebab
itu, aku cari kau sampai ke sini”, kata Saiful ...
“Oh,
patut lah ... Masa Zakiah tanya pasal Abang Long aku dekat Abah, Abah ada syak
tak yang aku ada dekat London”, aku risau jika Abah tahu aku ada dekat sini ...
Mesti dia akan minta Abang Long pujuk aku pulang ... Sesungguhnya, Abang Long
tidak tahu kisah sebenar, kenapa aku hendak ke London ... Aku cuma beritahu
bahawa aku hendak menukar angin ... Kalau aku beritahu perkara yang sebenar,
memang benar-benar “menukar angin” lah nanti ... Abang Long pasti marah ...
“Tak
ada pulak ... Cuma dia minta sangat agar Zakiah dapat pujuk kau pulang”
“Aku
bukan tak nak balik Saiful ... Hati aku sakit sangat ... Kau bayangkan lah
5tahun aku ikut aje cakap Ibu ... Ibu nak ni, aku buat ... Ibu suruh tu, aku
ikut sahaja ... Sekali pun Ibu tak pernah tanya aku dah makan ke, aku sakit ke,
aku ni ke, aku tu ke ... Langsung tak ada Saiful”, aku meluahkan perasaan aku terhadap
Saiful ...
“Tapi,
apa yang kau buat ni, salah Alia ... Kau tahu tak, kau secara sah nya jadi anak
derhaka ... Walau sekali pun Ibu dan Abah kau ampun kan kau, tapi kesalahan
yang telah kau buat mungkin sukar untuk di ampun kan ... Kau meninggikan suara
kau dekat Ibu ... Kau lari dari rumah ... Kau sedar tak apa yang kau buat tu
???”
“Kau
jangan nak mengajar aku Saiful!”, aku mula marah ... Aku tidak puas hati dengan
kata-kata Saiful ...
“Apa
salah ke aku cakap ... Aku cakap benda yang betul Alia”, Saiful cuba menenangkan
aku ...
“Kau
tak tahu, aku sakit 5tahun ... Jiwa aku terseksa, 5tahun Saiful ... Aku macam
orang bodoh ... Aku ikutkan sahaja apa yang orang sekeliling aku kehendaki ... Aku
cintakan Hisham ... Aku sayangkan Hisham ... Hisham meninggal dunia, sebegitu
juga dengan cinta ku ... Apa yang kau lihat ni, hanya cinta Hisham ... Aku
bernyawa kerana cinta Hisham ... Aku dah tanam sekali jasad dan cinta aku
bersama Hisham ... Ibu, Ibu suka sakitkan hati aku ... Ibu suka gelarkan Hisham
‘orang mati’ ... Kau tak rasa sakit hati ke, bila orang yang kau sayang tu di
hina sebegitu sekali”, aku mula menangis ...
“Ibu
kau betul ... Hisham dah mati, Alia ... Tak mungkin untuk dia hidup lagi”
“Kau
dengan Ibu aku sama aje! Aku benci orang macam kau! Aku benci kau sama aku
benci Ibu aku! Dah lah kau balik lah Malaysia ... Peduli kan aku ... Kau cakap
dengan Abah, aku sihat aje ... Bila aku nak balik, itu terpulang pada aku ...
Kau dah sakit kan hati aku ... Jangan berani untuk kau muncul lagi di hadapan
aku ... Aku benci kau! Benci!”, aku marah lalu bingkas bangun mencari Farish
dan Fatihah dan meninggalkan Saiful ...
Malam tu kurang menyenangkan buat aku ...
Kenapa semua orang suka nak pisahkan aku dengan Hisham ... Tidak kah mereka
tahu, bahawa aku sangat menyintai dan menyayangi Hisham ... Tidak boleh ke
mereka tahu bahawa cinta kami ini tulus ... Aku cukup marah kalau ada yang
menentang percintaan aku dengan Hisham ... Hisham bukanlah mat rempit untuk
orang benci ... Hisham bukanlah penagih dadah, yang mengacau hidup orang
sehinggakan orang benci akan dia ... Aku tidak boleh menerima dengan apa yang
orang buat dan katakan terhadap Hisham ... Sukar untuk aku menerimanya ...
Saiful sering mengganggu aku dan memujuk aku
agar aku pulang ... Aku pun tidak tahu bagaimana dia tahu tempat tinggal aku
... Sudah seminggu berlalu begitu sahaja ... Hidup aku kembali tidak gembira
... Biar apa pun caranya, Farish dan Fatihah menceriakan aku ... Tetapi aku
tetap juga tidak ceria ... Fikiran aku terganggu ... Sehinggakan aku
mengabaikan Farish dan Fatihah ... Mujur mereka faham, kadang-kadang kalau aku
lalai, mereka akan melakukannya sendiri ... Mereka sangat comel dan membesar
dengan baik ... Bagus tunjuk ajar Abang dan Kak Long ... Aku rasa menyesal
dengan apa yang aku lakukan ... Tidak sewajarnya aku babitkan Farish dan
Fatihah dalam hal aku ... Farish, Fatihah, maafkan Cik Lia ...
“Cik
Lia gaduh dengan uncle ke ???”, tersedar aku dengan pertanyaan Farish ...
“Tak
adalah ... Buat apa Cik Lia nak gaduh dengan uncle ... Lagi pun uncle just my
friend”, aku senyum kepada Farish dan Fatihah ...
“Friends
or Boyfriends ???”, Fatihah bertanya, saja Fatihah menekankan perkataan ‘boy’
tu ... Memang nak kena budak ni ...
“Hello!
Excuse me! Boyfriends ... Who boyfriends, hah ?!”, aku pura-pura garang dengan
mereka ...
“Kalau
tak nak, Tihah nak ... Uncle tu hensem apa”, Fatihah tersenyum malu ...
“Cik
Adik, awak tu kecil lagi ... Jangan nak berangan lah ... Kalau awak nak kahwin
sekali pun, awak ingat Mummy dan Daddy awak akan setuju ke dengan apa yang awak
nak ???”, aku mengenakan Fatihah ...
“Alah,
Tihah suruh lah uncle tu tunggu Tihah ... Cik Lia mesti tak percaya dengan
cinta sejati kan ... Daddy ada cakap yang cinta sejati tu hanya wujud sekali
aje ... Sekali kita dah jatuh hati, kita jangan lepaskan orang tu ... Sebab
sukar untuk kita perolehi cinta sejati tau”
Ayat itu ... Ayat itu sama seperti yang pernah
Hisham katakan kepada aku ... Kata Hisham, aku ni adalah cinta sejati nya ...
Hisham juga pernah berkata bahawa, cinta sejati akan kekal untuk selamanya ...
Kerana cinta sejati adalah ikhlas dan jujur ... Dulu, Hisham tidak percaya
dengan cinta sejati ... Tetapi selepas berjumpa dengan aku, muncul nya aku di
depan nya, Hisham percaya yang cinta sejati itu wujud ...
“Suka
hati kamu lah Tihah ... Tapi nanti kalau uncle dah tua, dah kerepot kamu nak
jugak ke ???”
“Cik
Lia, Cik Lia ni tak faham ya ... Itu nama nya cinta sejati ... Tak kenal apa
pun ... Rupa ... Sikap ... Fizikal dan mental nya ... Tak kisah lah ... Apalah Cik Lia ni”, kami gelak bersama-sama
... Dah lama tak gelak bersama-sama seperti ini sejak kehadiran Saiful ...
Sejak Saiful membuat aku sakit hati ...
Hari ini adalah hari terakhir peperiksaan
Farish dan Fatihah ... Selepas itu mereka akan bercuti panjang sehingga lah
tiba nya tahun baru ... Kak Long akan pulang lagi 3minggu ... Abang Long pula
akan pulang lagi sebulan lebih ... Aduh, ini bermakna tugas aku beres dan aku
perlu pulang ke Malaysia ... Tapi aku tak nak, aku tak nak balik ke Malaysia
... Tapi alasan apa yang aku hendak berikan kepada Abang Long ... Hari aku
berhajat hendak membawa Farish dan Fatihah berjalan-jalan ... Tetapi ke manakah
kami hendak pergi ... Kesemua tempat sudah kami pergi ... Bahkan orang di semua
kedai atau restoran yang kami kunjungi juga mengenali kami ...
Tak kisah lah, memandang kan hari ini hari
mereka, baik biar mereka yang mengutuskan ke mana mereka hendak pergi ... Tunggu
sahaja lah mereka pulang dari sekolah ... Tetapi mereka agak pelik malam tadi ...
Mereka beritahu kepada aku bahawa mereka aku pulang sendiri tanpa di jemput
oleh aku ... Katanya juga mereka hendak ke suatu tempat dahulu ... Kemanakah
mereka mahu pergi ... Kenapa pula mereka tidak mahu dijemput oleh aku ... Lepas
itu berpesan supaya aku berpakaian cantik ... Kemanakah mereka mahu membawa aku
... Mereka sangat pelik, tak kisah lah janji mereka pulang ...
Ting Tong! Ting Tong! Ting Tong!
Bunyi loceng tu ... Tak akan lah mereka dah
balik ... Lihat jam pada dinding memang
sudah waktu Farish dan Fatihah balik ... Tapi tak akan awal sangat mereka sudah
sampai ke rumah ... Pelik betul lah ... Dengan keadaan semalam ... Hari ini ...
Memang sangat pelik ... Tak apalah, baik aku buka pintu ... Tak baik kalau aku
biarkan tetamu tunggu lama ... Tak kisah lah siapa pun ...
Saiful! Kenapa dia datang ke rumah ... Dah lah
budak-budak tiada di rumah ... Tak baik kalau aku jemput dia masuk ke dalam
rumah ... Walaupun ini di London, penuh dengan kebebasan, tapi aku masih lagi
anak yang berkuturunan Islam ... Aku patuh pada agama ... Kerana aku cukup ilmu
agama yang di ajar oleh Abah ... Tak mungkin lah untuk aku benarkan dia masuk
... Baik aku tanya, apa yang di mahu ... Di dalam kereta itu seperti Farish dan
Fatihah sahaja ... Buat apa mereka di dalam kereta Saiful ...
“Cik
Lia! Jom! Kita jalan-jalan ... Uncle nak ajak kita jalan-jalan”, teriak Fatihah
...
“Jom
lah Cik Lia!”, kata itu di sambung oleh Farish ...
“Jom
lah, anak buah kau dah ajak tu ... Jangan risau, aku bukan nak buat jahat pun ...
Aku tahu lah batas-batas sebagai seorang Islam ... Walaupun kita dekat negara
orang, tak bermakna kita perlu lupakan ajaran Islam kan ... Jom lah, nanti
diorang tunggu lama pulak ... Tadi pun dah merungut lapar ... Karang sakit anak
buah kau tu, aku tak nak tanggung yea”, kata Saiful ada benarnya ...
“Baiklah,
kejap aku tukar baju dengan tudung aku ni”, aku meminta Saiful tunggu sebentar
...
“Tak
payah lah Cik Lia ... Lapar ni! Jom lah!”, teriak Fatihah ...
Aku tidak sampai hati untuk membiarkan kedua
anak buah aku kelaparan ... Tak apalah bukan selalu pun aku keluar dengan jeans
dan t-shirt serta tudung bawal biasa ... Biasa juga aku keluar dengan memakai
seperti ini ... Tetapi lain nya, tak biasa aku berpakaian sebegini jika keluar
bersama lelaki yang aku tidak kenali ... Dengan Hisham dulu pun tidak pernah aku keluar dengan pakaian sebegini ... Tak
apalah, demi anak buah aku ... Anything for you Farish and Fatihah ... Aku ikut
langkah Saiful dan mengunci pintu rumah sambil di perhatikan kedua anak buah ku
... Begitu seronok mereka ... Tidak pernah aku melihat mereka seronok dan
gembira sebegini ...
Hari ini berjalan dengan baik dan lancar ...
Mereka sangat gembira dan seronok ... Ternyata tafsiran aku pada Saiful salah
... Saiful yang sangat mesra dengan budak-budak seperti arwah Hisham ... Saiful
seperti Hisham ... Watak nya ... Pergaulan nya ... Tutur kata nya ... Sama
seperti Hisham ... Astaghfirullahalazim! Kenapa aku berfikir sebegini ... Tak
mungkin! Itu Saiful bukan Hisham ... Tak mungkin untuk aku sama kan dia dengan
arwah ... Perbuatan mereka sama mungkin kerana mereka sudah kawan lama ... Tak
salah kalau ada sedikit perangai Hisham yang Saiful terikut ... Tak mungkin
juga kalau ada perangai Saiful yang Hisham ikut ... Mereka rapat seperti belangkas
...
“Kau terfikirkan Hisham ke ???”
“Kenapa
kau tanya ??? Tak payah nak sibuk lah ... Lagi pun kau hanya akan sakit kan
hati aku aje ... Dah lah cakap benda lain ... Sebab kalau mood aku berubah
nanti anak buah aku perasan”, aku mengelak untuk terus berbual dengan orang
yang suka menyakitkan hati aku ...
“Cuba
kau lupakan Hisham ... Cuba kau terima lelaki lain dalam hidup kau, Alia
Nadira”
“Hisham!
Just Hisham in my heart ... Tak ada siapa pun dapat pisahkan aku dengan Hisham
... Cinta kami ikhlas ... Cinta kami jujur ... Cinta kami tulus ... Hanya
kematian sahaja yang dapat memisahkan kami”
“Kau
kata ‘hanya kematian yang dapat pisahkan korang’, kan, dia dah mati apa ... Tak
salah untuk kau lupakan dia”
“Kenapa
kau tak faham-faham ??? Tak bermakna kalau Hisham atau salah seorang dari kami
mati, dan salah seorang dari kami juga perlu mencari pengganti ... Tak
mungkin!”, aku tegas dengan pendirian ku ...
“Cuba
kau sedar, orang yang dah mati tak mungkin untuk ia kembali hidup ... Kau yang
sebenarnya seksa hidup kau sendiri ... Bukan Abah mahupun Ibu ... Mereka hanya
nak bantu kau ... Tapi kau yang tak dapat menerima kenyataan ... 5tahun Alia,
lupakan aje lah Hisham!”
“Jangan
sesekali berani untuk menasihati aku supaya lupakan Hisham ataupun cinta dia
... Tak mungkin untuk aku lupakan dia ... Tak semudah itu, Saiful Iskandar!”
“Hisham
Arshad, dah mati! Dia tak ada kat dunia ini lagi ... Faham!”
“Dia
belum mati lagi! Dia hidup dalam hati aku!”
“Kau
tetap dengan pendirian kau kan Alia Nadira ???”
“Sudah
semestinya ... Kerana aku sayang dan cinta kan Hisham hari-hari ... Cukuplah,
buang masa aje aku bergaduh dengan kau ... Sebab kau tak faham pasal cinta, kau
tak pernah bercinta”, marah ku kepada Saiful kerana sikap nya seperti Ibu ...
“Hisham
hidup lagi! Hisham Arshad yang kau cinta kan seperti separuh mati aku tengok
nie, dia masih hidup lagi!”
Apa ??? Hisham masih hidup lagi ... Mustahil
... Perkara ini tak benar ... Masakan orang yang dah mati boleh hidup kembali
... Mustahil ... Aku tak percaya ... Alia Nadira! Kenapa dengan kau ni ...
Mula-mula kata tak setuju yang Hisham dah mati ... Lepas tu marah kalau orang
panggil Hisham itu sudah mati ... Kau ni dah kenapa ... Kini percaya yang dia
mungkin wujud ... Kau sedar tak Alia Nadira apa yang kau cuba fikirkan ini ...
Hisham hidup lagi ... Tapi macam mana ...
“Kau
tipu aku kan Saiful ... Kau saja nak kenakan aku, kan”, airmata ku mula
mengalir ...
“Nak
buat apa aku tipu kau ... Aku rasa kau dah jumpa dia, Alia Nadira”
“Apa
???”, aku semakin tidak faham apa yang cuba Saiful katakan ...
“Haikal
Arshad yang kau jumpa, yang kau rasakan dia adalah pengganggu hidup kau adalah
Hisham Arshad ... Kekasih hati kau!”
Mustahil! Mustahil itu Hisham Arshad yang aku
kenal ... Hisham Arshad tak sama dengan Haikal Arshad ... Mungkin nama sahaja
yang sama tapi bukan orangnya ... Mustahil! Aku tidak percaya ini ... Aku
sendiri melihat sewaktu pengebumian Hisham ... Aku sendiri melihat sendiri
dengan mata kepala ku sendiri bahawa jenazah adalah Hisham ... Tidak ...
Mungkin ini adalah perangkap yang cuba Saiful pasang supaya aku pulang ke
Malaysia ... Bila Saiful berkata begitu, aku mungkin berniat akan pulang ke
Malaysia dan mencari dia ... Tidak, kali ini aku tak akan tertipu oleh sesiapa
pun ... Tidak!
“Tak
mungkin Saiful! Aku sendiri melihat di dalam kubur itu adalah Hisham”, aku cuba
menyakinkan Saiful bahawa Hisham sudah mati ...
“Itu
adalah khayalan kau sahaja ... Sebelum kau ke tempat perkuburan, Abang Long kau
telah bersekutu dengan kawan nya yang seorang doktor untuk menyuntik kau dengan
sejenis ubat ... Bila kau di suntik, kau hanya akan berfikir orang itu sahaja
... Apa yang kau nampak hanya lah orang kau fikirkan sahaja ... Oleh itu, kau
hanya nampak Hisham selepas seminggu kematian Hisham, kerana kesan ubat itu ...
Sedangkan Hisham masih hidup lagi”, terang Saiful ...
Abang Long! Sampai nya hati Abang Long untuk
mengenakan aku ... Tidak kah dia sedar bahawa aku ini adik kandung nya sendiri
... Sanggupkah Abang Long perlakukan sebegini ke atas darah daging nya sendiri
... Aku tidak boleh terima semua ini ... Langsung tidak dapat menerima ini ...
Hisham! Hisham Arshad masih hidup ... Apa yang cuba Saiful sampaikan adalah
benar ... Maknanya, dia datang ke sini bukan hanya untuk mengajak aku pulang
tetapi memberitahu bahawa Hisham masih hidup lagi ...
“Mana
nya kau datang sini nak bagi tahu yang Hisham masih hidup lagi ???”
“Ya!
Sebenarnya aku dah tahu lama yang Hisham hidup ... Dia tak mati pun sebenarnya
... Dia telah di sorokkan oleh keluarga nya ... Ini adalah angkara Ibu kau
sendiri ... Ibu tak suka kau dengan dia ... Dulu Ibu tak dapat nak kongkong
hidup Abang Long serta Kak Ngah, kini dia nak kongkong hidup kau ... Sebab tu
dia sanggup lakukan apa sahaja, biar salah satu anak dia merasakan apa yang dia
pernah rasakan dahulu”
“Ibu
kejam! Aku dah agak yang Ibu mesti buat ini bersebab”, aku terus menangis ...
“Kau
ikut balik Alia ... Kau settle kan semua ini ... Kau akhirkan lah semua ini”
“Aku
mesti balik ... Pertama aku nak dengar dari mulut Ibu sendiri ... Rupanya aku
hidup dengan penipuan korang semua ... Aku benci korang! Aku nak jumpa Hisham
... Ya! Sesungguhnya aku rindu dia”
“Kalau
kau balik nak jumpa Ibu, mungkin benar dan aku setuju, tapi, aku tak setuju
kalau kau hanya nak tambah kan masalah ... Kau boleh selesaikan dengan cara
yang baik Alia”, Saiful cuba memujuk ...
“Aku
dah lama terseksa Saiful ... Kau tak rasa ke yang kawan kau ni macam orang
bodoh!”
“Kau
yang buat diri kau kelihatan seperti orang bodoh!”
“Aku
??? Kau salahkan aku ... Salah korang, tapi nak kata semua ini salah aku ...
Apa khabar agaknya Hisham ya ??? Masih setia kah dia pada cinta nya ???”
“Tak
payah lah Alia ... Dia dah kahwin pun ... Dah ada anak pun”
Kahwin! Anak! Mustahil! Hisham Arshad yang aku
kenal sangat setia pada cinta nya ... Tak mungkin begitu mudah Hisham berpaling
tadah ... Aku punya lah setia dengan dekat dia sepanjang 5tahun ini ... Aku
turuti sahaja kemahuan Ibu ... Aku biarkan diri ku seperti dungu ... Aku
biarkan orang ketawa dan kutuk aku ... Aku hanya mampu hidup kerana cinta
Hisham ... Aku tak percaya dengan apa yang kau katakan Saiful Iskandar ...
Mustahil!!!
“Aku
tak percaya!”
“Kau
boleh balik Malaysia, kau tengok sendiri dengan mata kepala kau sendiri ...
Paling tepat kau boleh tanya Zakiah atau Pijat ... Kalau kau tak nak, nak lebih
percaya tanya Ibu kau sendiri!”
Ya! Aku perlu pulang ke Malaysia untuk mendapatkan
semua jawapan ini ... Tapi bagaimana aku hendak pulang ... Farish dan Fatihah
bagaimana, tak kan aku hendak tinggalkan mereka sendirian di sini ... Abang dan
Kak Long lama lagi nak balik ... Tak apa, aku boleh bawa mereka sekali ... Lagi
pun Abah dan Ibu dah lama tak jumpa mereka ... Walaupun mereka tidak rapat
dengan Ibu, tapi mereka rapat dengan Abah ... Bagaimana aku hendak bawa mereka
... Pasport mereka ada di mana ??? Kalau ada dengan Abang Long atau Kak Long,
susah lah hendak aku bawa mereka sekali ... Aku perlu menanya kepada Abang dan
Kak Long ... Aku perlu pulang ke Malaysia dengan kadar segera ... Aku perlu kan
jawapan untuk semua soalan ku ini ...
Alhamdulilah pengurusan aku untuk pulang ke
Malaysia langsung tiada masalah ... Malah passport Farish serta Fatihah ada
bersama mereka rupanya ... Aku bersyukur sangat ... Seolah tuah berpihak pada
diriku ... Tetapi bukan itu yang harus ku fikir kan ... Aku harus pulang dan
bertemu dengan orang yang telah banyak menyusahkan hidup aku ... Orang yang
banyak menyeksa aku ... Hisham! Ya, aku perlu menemuinya juga ... Jika benar
dia sudah mati, siapakah yang di dalam kubur itu ... Jika benar dia masih hidup
lagi ... Kenapa perlu dia menyamar sebagai orang lain ... Aku bingung ...
Semakin aku fikir, semakin sakit kepala ku ini ... Farish dan Fatihah sudah
tidur ... Aku juga perlu berehat ... Aku perlu mengumpul tenaga ku untuk bersua
dengan semua orang ...
Abang dan Kak Long tidak tahu kenapa aku
membawa anak mereka pulang ke Malaysia ... Aku menipu mereka dengan mengatakan
mereka sudah pun bercuti ... Cuti yang sangat panjang ... Apa salahnya kalau
aku bawa mereka pulang ke tanah air mereka sendiri, Malaysia ... Kadang-kadang
ada salahnya Abang Long ni, suka sangat ikut kata Kak Long ... Tidak pernah
mahu pulang ke Malaysia walaupun cuti sekolah ... Balik hanya untuk perayaan
sahaja ... Memang aku tidak setuju dengan ini ... Takutnya kalau mereka lupa
saudara-saudara di Malaysia ...
Jam menujukkan pukul 3petang waktu Malaysia
... Aku tidak memberitahu sesiapa bahawa yang aku akan pulang hari ini ... Aku
juga tidak beritahu kepada Saiful ... Saiful masih ada lagi di London ... Aku
tinggalkan dia di sana ... Aku rasa tugas Saiful sudah pun selesai iaitu
mencari aku dan menyuruh aku pulang ... Kini aku perlu terus menuju ke rumah
... Tetapi aku perlu ke satu destinasi ... Zakiah ... Aku perlu menemui Zakiah
... Zakiah juga tahu mengenai hal ini ... Sampai hati kau Zakiah ... Sudah tahu
hal yang sebenarnya, tetapi langsung tidak beritahu aku ... Sering juga kau BBM
aku, tetapi tidak pula kau beritahu aku kan ...
“Cik
Lia, siapa nak amibil kita ni, Tihah dah penat lah”, kata Fatihah ... Kesian
dia, dah lah sepanjang penerbangan dia langsung tidak selesa ...
“Kejap
ya, Cik Lia tahan teksi”, pujuk ku ...
“Kenapa
tak suruh Grandpa aje yang ambil kita”, tanya Farish ...
“Its
okey lah ... Cik Lia tak nak menyusahkan Grandpa ... Lagipun Grandpa sibuk ...
Kita buat surprise ya kat Grandpa dan Granny”, aku tersenyum pada mereka ...
“Surprise
???”, tanya Fatihah, kelihatan hairan kanak kecil ini ... Maafkan Cik Lia
kerana babitkan kamu berdua dalam masalah Cik Lia ...
“Its
okey lah dear ... Yeah! Tu teksi, kita tahan ya ... Lepas tu boleh balik cepat”
Dengan pantas aku menahan teksi dan pulang ke
rumah ... Betul juga kata Fatihah, memang letih dan sangat extreme letihnya ...
Mungkin aku perlu pulang dahulu ... Tenangkan minda dan solat ... Ya Allah!
Ampunkan aku ... Aku jarang menyembah mu ... Itulah aku, Alia Nadira ... Sejak
“kematian” Hisham, aku jarang bersolat ... Aku bersolat bila aku rasa hendak
bersolat ... Dosa nya aku ... Bukan dosa kecil, tetapi dosa besar yang telah aku
lakukan ... Masih dapat di ampunkan ke dosa ku ini ... Ya Allah, ampunkan aku
... Aku lalai, aku alpa ... Astaghfirullahalazim!
Sepanjang pulang ke rumah, airmata ku
tiba-tiba mengalir ... Kenapa ??? Kenapa airmata ini mengalir ??? Bukan salah
kau Alia Nadira ... Kau adalah mangsa ... Kau mangsa Ibu ... Kau mangsa Hisham
... Kenapa kau perlu rasa sedih ... Kau perlu pertahan kan hak kau ... Kau
perlu pulih kan keadaan ini, semua ini ... Kring! Kring! Kring! Panggilan dari
Saiful ... Panggilan dari London ni ... Adakah dia mencari aku ... Saiful ada
memberitahu kepada aku supaya jangan bertindak sendirian ... Maklumlah, aku ini
memang suka bertindak sendiri ... Kalau nak marah orang, marah sahaja ... Tidak
pedulikan orang di sekeliling ... Tak kisah juga lah kalau kemudian hari nanti
perlu rasa malu ... Kadang-kadang Zakiah selalu menjadi mangsa nya ... Aku ni
seorang yang lurus ... Bukan lurus bendul ... Tapi aku seorang yang tegas dan
tak suka melambat-lambatkan sesuatu perkara ... Tidak kisah lah dari segi kerja
atau apa sahaja ... Alhamdulilah, teksi sudah pun sudah memasuki kawasan
perumahan ku ... Tidak kisah lah apa akan terjadi ... Saiful atau siapa sahaja
tidak layak untuk menahan aku dari mencari kisah sebenar ... Maafkan aku
Saiful, sebab terpaksa bertindak sekarang ... Aku tak sanggup lagi ...
No comments:
Post a Comment