MASIH WUJUD LAGIKAH CINTA ITU
Nama aku Alia Nadira Ahmad … Umur
sudah menjangkau 29tahun … Rakan-rakan yang sebaya ku sudah pun berkahwin …
Sudah juga beranak-pinak … Aku tumpang gembira buat mereka, kerana mereka
berjaya memperolehi kebahagiaan yang mereka impikan … Bahkan mereka berkahwin
dengan cinta sejati mereka … Aku … ??? Sampai sekarang aku tak temui cinta
sejati … Cinta pertama benar-benar memberi tamparan yang hebat buat diriku …
Sehingga kan ku rasakan dia tiada tandingannya, dan sukar untuk ku mencari
penggantinya … Apalah nasib diriku ini … Hanya Allah yang mengetahui segalanya
…
Hisham! Hisham adalah cinta pertama
dan cinta sejati ku … Orang kata cinta sejati akan kekal untuk selama-lamanya …
Tetapi tidak pada aku … Orang juga kata cinta pertama sukar untuk di lupakan …
Ya! Aku setuju dengan itu, kerana sampai sekarang tidak mudah dan tidak mungkin
akan ku lupakan cinta pertama ku, Hisham …
Hisham telah meninggal dunia 5tahun
lepas kerana barah otak … Perkenalan kami sangat singkat, kerana keberanian dia
sebagai seorang lelaki membuat kan aku jatuh hati pada dia … Masih ada lagi kah
lelaki seperti Hisham … Mungkin masih ada lagi, tetapi tidak seratus peratus
seperti beliau … Allah lebih sayang kan dia, aku redha dan pasrah atas
kepemergiannya … Aku tahu, Allah “mengambilnya” dari aku, dan Allah juga akan
“menggantikan” dengan yang lebih baik …
Mungkin itu juga yang sering kali Ibu
dan Abah lakukan … Sepanjang 5tahun ini lah, aku sering di jadikan mangsa oleh
Ibu dan Abah … Ada sahaja pasangan buat diriku … Anak kawan lama Abah lah …
Anak kawan Ibu lah … Anak kawan ini lah … Anak kawan itu lah … Tetapi satu pun
tidak terlintas untuk ku pilih … Kerana aku masih cinta kan Hisham … Aku masih
menapak di bumi ini, kerana cinta Hisham … Aku masih bernyawa, kerana cinta
Hisham … Aku masih bernafas kerana cinta Hisham yang tulus ... Cintanya yang
sangat ikhlas dan mungkin sukar untuk ku perolehi dari lelaki lain … Aku
ikutkan sahaja kehendak Ibu dan Abah sepanjang 5tahun ini …
Akhirnya, Ibu dan Abah berputus asa …
Mereka tidak tahu lagi cara apa yang harus mereka lakukan agar aku lupakan
Hisham serta menerima lelaki lain dalam hidup ku ini … Aku juga sudah putus asa
dan telah mengambil keputusan … Dimana menyambung pelajaran ku dalam bidang
fesyen … Aku amat meminati dunia fesyen … Salah satu kenapa Hisham jatuh hati
pada ku, kerana cara ku memakai tudung … Berbeza dari yang lain …
“Ibu,
Abah, Alia dah buat keputusan yang Alia nak sambung belajar”, kata ku …
“Kamu
nak sambung belajar ??? Kamu biar betul ???”, tanya Ibu … Seolah-olah Ibu tidak
percaya dengan kata-kata ku …
Mananya tidak, aku dan Hisham pernah
berjanji bersama-sama yang kami akan ambil ijazah bersama-sama … Aku juga
pernah memberitahu kepada Ibu dan Abah bahawa yang aku tidak mahu lagi
menyambung pembelajaran ku kerana Hisham sudah tiada lagi … Tetapi itu semua tidak
penting lagi … Mungkin dengan cara ini aku dapat melupakan Hisham … Aku mungkin
dapat melupakan nya, tetapi tidak mungkin aku akan lupakan cintanya yang tulus
terhadap ku …
“Iyalah,
dari Ibu dan Abah sibuk nak cari kan jodoh buat Alia, baik Alia sambung belajar
… Lagi pun dapat lah Alia sambung berfesyen … Dah lama Alia tak berfesyen …
Bila jumpa kawan-kawan, mereka banyak tegur kata Alia macam orang tua lah tak
reti berfesyen … Sedangkan Alia kan ikon fesyen mereka”, kata ku sambil cuba
menyakin kan Ibu dan Abah agar membenarkan aku pergi …
“Kalau
itu yang kamu mahu, Abah tak pernah bantah pun, malah Abah sokong dengan apa
yang kamu hendak lakukan”, kata Abah …
“Tapi,
Ibu kurang setuju lah”
“Kenapa
???”, aku hairan … Kenapa dengan Ibu, itulah Ibu suka membantah …
“
Kenapa baru sekarang ??? Kenapa tidak waktu 5tahun yang lepas ???”
Aku terkejut dengan kata –kata Ibu …
Adakah selama ini, Ibu tidak gemar sikap aku yang suka berkabung dek kerana
kepemergian Hisham ??? Adakah Ibu tidak mahu aku pergi jauh dari sisi nya,
kerana takut aku akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaannya ??? Adakah Ibu
tidak gemar aku menyambung pembelajaran ku, bahkan menyuruh ku berfikir tentang
perkahwinan ??? Ya! Tidak dapat ku menafikan … Kebanyakkan kawan-kawan Ibu, anak-anak
mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak … Sehinggakan tiada masa hendak
keluar seperti dulu, kerana perlu menjaga cucu … Kehidupan mereka sangat
lengkap … Mungkin kerana itu, Ibu selalu jodohkan aku dengan pilihan hati nya …
“Kenapa
Ibu cakap macam tu ??? Ibu tahu tak, yang ibu akan kecil kan hati Alia … Ibu
suka tengok Alia sedih ke ???”, kata Abah …
Ya! Ibu suka menyakit kan hati aku …
Aku sedar dari awal lagi Ibu tidak pernah suka apa yang aku cuba lakukan …
Menurut Abah, kehidupan Ibu dulu selalu dikongkong oleh Tok Wan … Bahkan
perkahwinan Ibu dan Abah juga di atur oleh Tok Wan, ayah Ibu … Tak kan aku pula
yang menjadi mangsa nya … Bukan kah ini kehidupan ku sendiri … Bukan kah ini
kisah hidup ku sendiri … Aku yang akan tempuhi nya dan alami nya sendiri …
Kenapa Ibu lakukan semua ini terhadap aku … Adakah dia mahu aku merasakan
betapa sakitnya hati bila impian yang kita hendak kecapi tetapi dilarang oleh
keluarga sendiri ??? Bukankah seorang Ibu perlu melindungi anaknya dan jangan
biarkan anaknya menerima nasib yang sama seperti dirinya dahulu … Persoalan ini
sering kali bermain di benak fikiran ku sepanjang 29tahun aku hidup …
“Tak
apalah Abah, kalau Ibu tak setuju dengan apa yang Alia nak buat … Alia tak
kisah, lagi pun tak baik kan kalau memberontak dan melawan kata Ibu … Syurga
itu di bawah telapak kaki Ibu kan”, aku tersenyum, tetapi di sebalik senyuman
itu terselit seribu kedukaan …
“Abah
tak setuju! Itu cita-cita kamu dari kecil lagi”, bantah Abah …
“Abah
nak marah-marah kenapa ??? Dah budak tu cakap macam tu nak buat macam mana lagi
… Dah lah Alia, esok kawan Ibu ada buat parti hari jadi cucu dia … Anak lelaki
dia baru balik dari Cairo, belajar kat sana dalam jurusan Syariah … Ibu rasa
kamu patut berkenalan dengan dia … Esok kamu ikut Ibu ya”, kata Ibu seolah-olah
ingin memujuk hati ku, tetapi hati ku tetap meronta menangis …
“Itulah
Ibu, asyik nak jodohkan anak aje … Entah budak tu dah ada pilihan dia sendiri
ke tidak ke, ada Ibu peduli … Abah tak setuju dengan apa yang Ibu cuba buat,
atur hidup Alia … Sudah-sudah lah Ibu kita seksa dia sepanjang 5tahun ini …
Cukup dia dengar kata-kata kita … Abah tak sanggup lagi”, Abah seolah-olah
memahami apa yang ada di dalam hati ku ini …
“Tak
apalah Abah, Alia ikut aje Ibu … Lagi pun Alia kan dah tua, tak layak kot nak
sambung belajar … Tak apalah Ibu, Alia ikut Ibu aje esok ya”, aku cuba
tersenyum di depan mereka dan cuba menyorokkan kesedihan aku dari Abah …
Hari ini adalah hari yang
dinanti-nanti kan … Ibu akan mengajak aku ke rumah kawan nya … Mungkin aku dah
bosan dengan kehidupan seperti ini … Diatur ke sana, ke sini … Tetapi tidak
pernah sekali ke Ibu memahami ku … Aku ingin kebebasan itu seketika … Sudah
puas aku serah kan segalanya itu Ibu lakukan apa sahaja yang Ibu sukakan …
“Alia!
Kamu dah siap ke belum ???”, teriak Ibu …
“Dah
Ibu, Alia dah siap”, sahut ku …
Aku mengena kan blaus berwarna biru …
Blaus ini benar-benar mengingatkan aku kepada Hisham … Hisham hadiahkan aku
blaus ini … Dia hendak sangat melihat aku memakai nya, tetapi belum sempat aku
memakai nya, Hisham telah pergi meninggalkan aku … Tiba-tiba hati ini menjadi
sayu … memang aku mudah cair dek bercerita tentang Hisham … Aku tidak pernah
mengenal erti cinta sehingga muncul dan hadir nya cinta Hisham dalam hidup ke …
Dan kini hanya blaus berwarna biru ini kenangan terakhir yang Hisham tinggalkan
kepada aku …
“Alia,
betul ke kamu nak pergi ???”, lamunan ku di ganggu oleh suara Abah …
“Abah!
Terkejut Alia”, aku cuba senyum tetapi airmata ini mudah sangat mengalir
selepas hampir 5tahun aku tidak menangis …
“Kalau
Alia tak nak pergi, Abah boleh cakap dekat Ibu … Abah tahu, Alia terseksa kan …
Terpaksa ikut dan turuti sahaja permintaan Ibu”, kata-kata Abah ada benarnya …
“Tak
apalah Abah … Alia tak nak Ibu dengan Abah bergaduh gara-gara Alia tak nak
pergi … Lagi pun rasanya Ibu dah canang satu Damansara tu yang Alia ini nak
datang kot”, aku dan Abah tergelak … Sudah lama kami tak bergelak besar seperti
ini … Hanya aku dan Abah …
“Abah
jangan nak menghasut Alia supaya tak ikut Ibu ya!”
Gelak ketawa kami terhenti serta
merta selepas mendengar suara Ibu … Aku tahu Ibu mahukan yang terbaik buat
diriku … Aku tahu juga, Hisham bukan menantu pilihannya … Kerana Ibu adalah
orang pertama yang tahu Hisham menghidap penyakit barah otak tahap 4 …
Gara-gara tidak mahu aku tahu, Hisham terpaksa menanggung kesakitan dengan
sendirinya … Sehingga Hisham menghembuskan nafas nya yang terakhir … Mungkin
kerana Hisham berpenyakit, Ibu serta merta menolak Hisham … Tapi, Ibu kalah …
Ibu kalah dengan cinta aku dan Hisham … Cinta kami tulus … Cinta kami ikhlas …
Cinta kami utusan dari Allah … Di saat Ibu cuba sekali lagi untuk menerima
Hisham dalam hidupnya, di saat itu lah, Hisham di panggil pulang … Sejak saat
itu lah, Ibu tidak lagi membenarkan aku mencari pasangan hidupku sendiri …
Perlu di awasi oleh Ibu …
“Apa
Ibu cakap macam tu … Abah tak pernah nak hasut Alia macam mana Ibu buat dekat
Alia ya … Sebab Alia anak Abah untuk selama-lamanya”, abah senyum kepada ku …
“Iya
lah, sebab dia anak Abah lah dia tak nak dengar cakap Ibu … Asyik nak dengar
cakap Abah aje … Alia, dah lah cepat nanti kita lambat … Ibu tak suka
lambat-lambat … Ibu nak jadi orang pertama yang kenal kan anak Ibu yang paling
lawa ini dekat anak kawan Ibu tu … Sebelum kawan Ibu yang lain sambar”
Ibu seperti yakin bahawa dia akan
berbesan dengan kawan baik nya itu … Siapakah kawan baik nya itu ... Kenapa Ibu
beria-ia benar hendak menjodohkan aku dengan kawan baik Ibu … Setakat belajar
kat Cairo, ada sahaja kawan-kawan Ibu yang terdahulu Ibu kenal kan kepada aku
yang belajar di Cairo … Apa yang istimewa sangat lelaki yang bakal aku kenali
ini … Dan jika aku berkenan, bakal menjadi suami ku … Tidak! Ini tidak mungkin
akan terjadi … Kerana Hisham sahaja yang bertahkta di hati ku ini …
“Mengelamun!”
“Mana
ada, Ibu ini suka sergah orang tak tentu pasal lah”, aku membuat muka …
“Maafkan
Ibu ya Alia … Dah tu, dari tadi Ibu cakap dengan kamu, kamu buat tak tahu aje”
“Ibu
cakap dengan Alia ??? Ibu cakap apa ???”, aku bertanya kepada Ibu …
“Nanti
sampai sana jangan nak buat muka 50sen awak tu ya”
“Eh!
Mana ada muka 50sen … Tak nampak ke muka anak Ibu ini macam bulan purnama …
Cantik apa kot! Sebab itu Hisham suka kat Alia”, tiba-tiba aku merindui lelaki
yang pernah bertahkta di hatiku ini …
“Sudah,
sudah! Ibu tak suka kamu sebut nama budak itu lagi … Dia dah mati! Mati!”
“Ibu!
Walaupun dia dah mati, tak bermakna yang dia mati dalam hati Alia!”, aku kurang
setuju dengan kata-kata Ibu … Begitu lah Ibu, gemar untuk menyakitkan hati aku
jika aku menyebut nama Hisham … Teruk sangat kah Hisham di matanya …
“Suka
hati kamu lah Alia, yang pasti dia dah mati di muka bumi ini dan Ibu akan buat
dia juga mati dalam hati kamu itu! Keputusan Ibu muktamad!”, Ibu tegas dengan
pendiriannya … Tak mungkin akan aku ubah … Jika putih kata ibu, putih lah
katanya … Jika hitam, hitam lah … Terpaksa lah aku akur …
Airmata ini mengalir dengan deras
tanpa mempedulikan apa yang Ibu katakan … Tidak kuasa rasanya hendak melayan
kerenah Ibu … 5tahun! Hampir 5tahun aku turuti sahaja … Kenapa bila aku hendak
membuat keputusan ku sendiri selepas 5tahun ini, Ibu bantah … Ini lah sikap
Ibu, aku dan Abah memang tidak gemar … Memang betul kata kawan-kawan Ibu yang
lain … Ibu seorang “queen control” … Bukan setakat Abah aje yang di control
dengan aku sekali di control nya … Sebab itu lah Abang Long dengan Kak Ngah
jarang balik rumah … Sekali dah balik rumah, ada aje lah yang dibebelkan …
Ya! Di saat ini, aku merindui
kedua-dua anak buah ku … Farish dan Fatihah … Apa khabar agaknya mereka di
London … Mereka di sana kerana kerja Abang Long … Abang Long adalah seorang
arkitek … Jika ada projek baru, Abang Long pasti akan merantau … Sebab itu,
Farish dan Fatihah tak pernah ada di Malaysia … Mungkin juga sudah lupa akan
aku … Tetapi aku tak pernah lupa akan mereka … Sepanjang 5tahun, mereka selalu
menceriakan hidup aku …
Hanya pada Farish dan Fatihah sahaja
tempat aku bergantung dan meluahkan apa yang terbuku di hati ku ini … Walaupun
mereka tidak memahami apa yang terjadi, tapi mereka tetap menjadi pendengar
yang baik buat diriku … Kak Ngah, sudah berkahwin 7tahun, tetapi tidak
dikurniakan anak … Sehinggakan Ibu selalu menghasut Kak Ngah agar bercerai dengan
Abang Ngah … Katanya, Abang Ngah mandul … Sebenarnya, Kak Ngah yang mandul …
Aku dan Abah sahaja yang tahu mengenai Kak Ngah … Sebab kami semua tahu
perangai Ibu …
“Mengelamun
lagi! Ibu dah cakap kan jangan fikirkan orang yang dah mati!”
Ibu sahaja menyakitkan hati aku
dengan menekankan perkataan “MATI” itu … Apapun yang terjadi tidak mungkin
untuk aku menggantikan Hisham … Hisham tetap di dalam hati ku ini … Aku masih
hidup kerana cinta Hisham … Jika bukan kerana cinta Hisham yang tulus, mungkin Ibu
tak kan dapat melihat aku lagi … Mungkin aku tak akan akur pada semua perintah
Ibu …
“Suka
hati Ibu lah, Alia dah malas nak cakap dah ini”, aku cuba untuk menenangkan
hati aku yang sakit ini dek kata-kata Ibu yang suka mengguris hati ku …
“Erm,
nanti kat sana rajin-rajin lah, ringan-ringan lah berbual dengan kawan Ibu tu
ya … Sebab anak dia yang Ibu akan jodohkan dengan kamu”, Ibu tersenyum seperti
rancangan nya akan berjaya …
“InsyaALLAH”,
balasku seperti acuh tak acuh …
Tidak sama seperti yang ku bayangkan
… Rumah ini … Ya! Rumah ini amat ku kenali … Tidak mungkin! Kenapa Ibu ke sini
??? Adakah rumah kawannya di sini ??? Tidak mungkin! Tetapi tadi Ibu ada bilang
pada ku bahawa rumah kawan nya itu di Damansara … Tetapi kenapa rumah ini
mengingatkan aku pada rumah keluarga Hisham … Bukankah keluarga Hisham sudah
berpindah ke Pahang …
“Alia!
Alia! Alia!”, teriak Ibu …
“Ya,
Ibu”, lamunan ku terhenti dek di cubit oleh Ibu …
“Ibu
dah cakap kan, jangan mengelamun … Jangan fikirkan orang yang dah mati!”, bisik
Ibu kepada aku …
“Apa
Ibu ini ??? Dia ada nama ya … Hisham! Hisham namanya, jangan Ibu nak suka
memanggil Hisham sebegitu”, balas ku yang agak sedikit tinggi … Walaupun aku
tahu dosa, tetapi sakit hati ini bila Ibu suka menggelarkan Hisham dengan
perkataan “mati” …
“Assalamualaikum”
Aku tersedar dengan seseorang yang
memberi salam … Suara ini, suara ini pernah ku dengar … Sebelum ini sering kali
aku dengar … Ya! Ummi! Ummi adalah ibu Hisham … Apa yang Ummi buat di sini …
Bukankah Ibu memberitahu kepada aku bahawa dia dan keluarga akan menetap di
Pahang dan tak akan kembali ke rumah ini lagi …
“Wa’alaikumusalam”,
jawab ku serta di ikuti Ibu …
“Kak
Rahmah, apa khabar?”, Ibu memulakan bicaranya …
“Khabar
baik … Siapa ini ???”, tanya Ummi …
Tak kan Ummi sudah melupai aku …
Mudah sungguh Ummi melupakan aku … Sedangkan ketika Hisham hidup dahulu sering
kali aku ke rumah ini … Membantunya memasak … Tidak mungkin Ummi melupakan aku
dengan cepat sekali … Walaupun sudah 5tahun, aku tidak pernah melupakan sesiapa
di dalam keluarga Hisham … Ibu! Ya, Bagaimana Ibu mengenali Ummi … Sedangkan
aku tidak pernah membawa Ibu berjumpa Ummi … Begitu juga Hisham, Hisham tidak
pernah membawa Ummi berjumpa Ibu …
“Inilah
anak dara saya, Alia Nadira”, Ibu mula mengenali aku kepada Ummi … Ya! Ummi
benar-benar tidak mengenali aku … Mungkin di saat hendak melupakan Hisham, Ummi
melupakan aku sekali …
“Salam
Alia”, Ibu menyuruh ku bersalaman bersama Ummi … Ya! Aku sudah lama tidak
bersalaman dengan Ummi … Sesungguhnya, rupa Hisham persis Ummi … Kerana Hisham
rapat sungguh dengan Ummi …
“Apa
khabar makcik ???”, aku memulakan bicara ku …
“Khabar
baik, Alia”, balas Ummi sambil tersenyum …
“Jemputlah
masuk … Tak kan lah kita hendak berbual di luar”, Ibu tergelak serta merta di
ikuti Ummi …
Di saat aku melangkahkan kaki ku ke
banglo 2tingkat ini, aku teringat kan saat pertama kali Hisham membawa aku ke
rumahnya … Aku memerhati di semua sudut, tidak satu pun berubah … Seperti Ummi
pernah berkata kepada ku, bahawa susun atur di dalam rumah ini di lakukan
sendiri oleh Hisham … Hisham suka mengemas rumah dan memasak … Mungkin tidak
mahu melupakan Hisham di dalam rumah ini … Mungkin tidak mahu menghilangkan
sedikit sentuhan Hisham di dalam rumah ini … Sebab itu Ummi tidak pernah
menyentuh sekali pun … Adakah betul tekaan ku ini ??? Jika benar, bermakna Ummi
belum dapat lupakan Hisham … Bermakna juga Ummi belum lupakan Alia … Tetapi
kenapa hari ini …
“Haikal!
Haikal! Haikal!”, teriak Ummi membuatkan ku tersedar dari lamunan ku …
Pantas aku memalingkan pandangan ku
di satu sudut … Aku seperti tidak menyangkakan apa yang aku lihat … Hisham!
Adakah itu Hisham ??? Tidak mungkin! Kenapa lelaki yang Ummi panggil Haikal itu
persis seperti Hisham … Siapakah dia ??? Ya Allah! Aku merindui Hisham … Hendak
sahaja aku pergi ke arah nya dan bertanya siapakah dia … Tetapi aku punya harga
diri dan tidak mungkin aku akan malukan Ibu … Kerana jika aku malukan Ibu, Ibu
pasti naik hantu dengan aku … Hendak lagi kalau aku sama kan lelaki ini dengan
Hisham … Orang “mati” yang sering kali Ibu katakan …
“This
is Auntie Khatijah and this is her daughter Alia Nadira”, Ummi memperkenalkan
Haikal kepada kami …
“Hai
Auntie Khatijah and Alia”, dia mengukir senyuman dan senyuman ini persis Hisham
…
“What
a handsome boy, nice to meet you Haikal … Don’t call me Auntie lah, just call
Khaty”
Huhhh! Perasan muda! Itulah Ibu, tak
sedar diri … Kalau mengingatkan anak-anaknya nombor satu … Tetapi kalau
anak-anaknya mengingatkan nya, ada sahaja yang hendak di bantahnya … Bukan main
rancak lagi Ibu berbual dengan Haikal … Adakah Ibu berkenan dengan lelaki ini …
Tidakkah Ibu perasan bahawa Haikal ini seperti Hisham … Kenapa Ibu ini ???
Kalau Hisham mudah sahaja membantah … Lelaki yang persis Hisham ini tidak pula
mahu di bantahnya … Ini hendak mencari jodoh untuk aku, atau mahu mencari jodoh
buat dirinya sendiri … Makin aku tidak faham dengan perangai dan kerenah Ibu
ini …
Majlis hari jadi itu berjalan dengan
baik … Di mulakan dengan doa yang di baca oleh Haikal … Kemudian ada sedikit
pengajian … Majlis itu cukup tenang dan damai … Tidak seperti majlis
sebelum-sebelum ini yang pernah ku hadiri … Tidak juga sama seperti majlis di
rumah ku sendiri … Benarkah Ibu berkenan kepadanya … Sedangkan, Ibu kurang
dengan lelaki yang agak sedikit patuh pada agama … Ibu sendiri tidak menutup
aurat … Pernah sekali Abah menegurnya agar menutup aurat malah Ibu menuntut
cerai dari Abah … Sebab itu dan sejak itu juga Abah tidak berani lagi hendak
menegur Ibu …
Bukan tidak mahu … Sesungguhnya, Ibu
harus di tegur dan akur pada kata Abah … Tetapi sepanjang hidup bersama Abah,
ada sahaja yang hendak di bantahnya … Maklumlah, dahulu tidak dapat hendak
membantah … Disuruh kahwin bersama Abah, di turuti sahaja … Selepas berkahwin
dengan Abah, berani sahaja hendak di bantahnya … Baik kata-kata ku atau sesiapa
sahaja … Ibu memang gemar untuk membantah …
Malam makin menghimpit siang … Sang
bulan semakin kelihatan dan menyembunyikan sang matahari … Cepat benar hari ini
berlalu … Tidak sangka dengan apa yang terjadi … Ibu meminta izin untuk pulang
… Begitu dengan aku juga … Sesungguhnya aku agak keletihan sedikit pada hari
ini … Mungkin kerana majlis ini berbeza dengan majlis sebelum ini yang pernah
aku hadiri … Majlis hari ini di penuhi dengan kanak-kanak kecil yang sangat
comel … Sehinggakan aku turut tertipu dengan kecomelan mereka dan turut serta
bermain dengan mereka …
“Muka
Haikal sama macam Hisham kan”, aku cuba memasang perangkap …
“Hisham!
Hisham! Hisham! Itu aje yang ada dekat kepala kau ya, Alia Nadira binti Ahmad!”
“Alia
bukan tak cakap dengan Ibu kan … Alia akan turuti apa sahaja kehendak Ibu dan
Abah, tetapi tak mungkin untuk Alia lepaskan dan lupakan Hisham begitu … Ibu
kena ingat bahawa Alia hidup dan bernyawa ini kerana cinta Hisham … Ibu tak kan
dah lupa selepas kematian Hisham, apa yang Alia pernah cuba untuk lakukan …
Alia boleh lakukan sekali lagi jika Alia hendak … Alia tidak suka dikongkong …
Kehidupan Alia berbeza dengan Ibu dahulu … Jangan Ibu buat dekat Alia
sepertimana Ibu pernah cuba untuk lakukan terhadap Abang Long dengan Kak Ngah …
Jika dahulu Abang Long dan Kak Ngah berani untuk melawan kehendak Ibu, Alia
juga boleh”, aku cuba meluahkan kata-kata ku yang hampir 5tahun aku pendam …
Sudah masanya Ibu mendengar rintihan hati aku …
“Kamu
berani hendak mengugut Ibu ya, Alia!”
“Alia
tidak mengugut Ibu, tapi, Alia mengingatkan Ibu”, balas ku … Aku tahu hati Ibu
sakit dengan kata-kata ku … Maafkan Alia, Ibu … Alia terpaksa …
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah
… Kami berdua hanya mendiamkan diri … Mungkin Ibu marah dan sakit dengan
kata-kata ku … Tapi sebegitu lah yang ku rasakan sepanjang 5tahun ini … Ibu
tidak pernah sekali mengambil tahu tentang diriku setelah Hisham meninggal
dunia … Yang hanya di fikirkan adalah hendak mencari jodoh buat diriku …
Sepanjang perjalanan pulang juga, aku memandang ke luar dan memandang ke arah
langit … Malam ini sungguh indah dan nyaman … Malam ini bulan purnama … Setiap
malam bulan purnama, Hisham mesti akan mengajak aku keluar … Katanya, bulan
purnama ini sesuai untuk orang sedang bercinta seperti kami … Falsafah cinta
mana yang Hisham ikut pun aku tidak tahu … Tetapi itu lah Hisham, suka buat
falsafah sendiri … Setiap kali bulan purnama juga lah kami akan berjanji …
“Malam
ini cantik kan bulan”
“Betul
tu, malam ini macam lain macam aje cantik nya”
“Apa?!”
“Hahaha!
Apalah Alia ini, Hisham cakap pasal bulanlah”
“Memanglah
Hisham cakap pasal bulan, tapi, mata Hisham tu ke arah bulan ke, hah?!”
Rindu nya saat itu … Hisham selalu
menyakat aku … Ada aje benda yang cuba hendak dia lakukan … Katanya, kalau
sehari tak sakat aku, memang tak lengkap hidup nya … Kadang-kadang sampai
menyakat dengan menyebut tentang kematian …
“Kalau
Hisham mati, Alia nak tak tengok bulan purnama seperti mana Alia tengok sekarang
ke ???”
“Kenapa
Hisham cakap macam tu ??? Alia akan tengok bulan purnama ini sama-sama dengan
Hisham sehingga nafas terakhir kita … Itu janji Alia untuk Hisham”
“Hisham
nak Alia tengok bulan purnama setiap kali munculnya malam bulan purnama”
“Ermm
.......”
“Kalau
Alia rindu, Alia penjam mata dan pandang ke arah bulan purnama ... Hisham akan
muncul dalam bulatan bulan purnama”
“Kenapa
Hisham ni ???”
“Boleh
tak malam ini kalau kita tak buat janji ???”
“Apa
Hisham ini, bukankah tiap-tiap malam bulan purnama kita akan keluar … Bila
keluar sama-sama kita akan berjanji … Kenapa malam ini Hisham tak nak berjanji
??? Hisham ada perempuan lain ke ???”
Itu lah perbualan terakhir aku
bersama Hisham sebelum aku mendapat berita tentang kemasukkan Hisham ke
hospital … Bukan kerana Hisham ada perempuan lain tetapi dia takut untuk
berjanji pada malam itu kerana dia tahu bahawa masa nya sudah tiba … Dia takut
hendak menunaikan janji nya, jika dia berjanji pada malam itu … Hisham seorang
yang taat dan patuh pada janji …
“Kalau
kamu berani hendak mengugut dan melawan Ibu, Ibu tidak teragak-agak hendak
lakukan yang lebih keras berbanding sekarang!”, kata-kata Ibu bukan satu
omongan kosong … Ibu pasti akan buat apa sahaja yang dia hendak lakukan …
Lamunan ku terhenti dengan kata-kata
Ibu … Tak sangka sepanjang perjalanan pulang, aku hanya terfikirkan Hisham …
Kenangan kami berdua … Apa yang kami pernah lakukan bersama … Saat yang sangat
indah pernah kami kecapi … Ada sahaja kejutan yang hendak dia lakukan terhadap
aku … Ini yang membuatkan aku sayang dan cinta pada nya hari-hari … Sedikit pun
tidak pernah berkurang …
“Kenapa
tak masuk ini ???”, suara Abah mengejutkan aku …
“Eishhh!
Abah ini sukalah terjah-terjah ini”, aku seolah-olah merajuk … Dengan pantas
Abah memeluk ku … Sesungguhnya aku rindu hendak di peluk oleh Abah … Sudah lama
Abah tidak memeluk aku …
“Kesian
anak Abah sorang ini ya … Terkejut ya … Dah tu apa yang kamu buat sorang-sorang
kat luar malam ini … Bahaya tau”, Abah cuba hendak menakutkan aku …
“Alah
Abah ini … Sahaja amik angin malam … Malam ini kan malam bulan purnama … Cantik
kan bulan malam ini”
“Kamu
teringat kan arwah Hisham ???”, Abah mula menyoalku … Sesungguhnya Abah sangat
memahami diriku berbanding Ibu …
“Ermmm,
tak adalah Abah”, aku cuba menyembunyikan jauh-jauh perasan ku ini …
“Tak
payah lah kamu hendak menipu … Abah kenal kamu dah lama Alia Nadira binti
Ahmad”
“Abah,
tadi kan dekat majlis rumah kawan Ibu tu Alia nampak seorang lelaki yang persis
arwah Hisham”
“Ibu
tahu tak ???”, Abah mula menyoalku …
“Ibu
tahu … Bahkan Ibu dengan dia sepanjang majlis tu”
“Ibu
perasan tak yang mukanya sama macam arwah ???”
“Tak
tahu Abah, tapi, Ibu marah Alia adalah … Sebab Alia cakap yang muka dia sama
dengan arwah Hisham ... Ibu cakap dia tak sama pun dengan arwah Hisham … Ibu
pesan dekat Alia, jangan ingat lagi orang yang dah mati”, aku meluahkan perasaa
ku …
“Patutlah
Ibu kamu tadi macam marah aje masa masuk tadi … Abah tanya kamu mana, kenapa
tak masuk-masuk, Ibu kamu jawab macam orang tak nak jawab aje … Rupanya ada
sesuatu ya”
“Bukan
itu aje Abah … Majlis itu di adakan di rumah keluarga Hisham … Yang pelik nya
macam mana Ibu boleh kenal dengan keluarga Hisham … Sedangkan kita mahupun
keluarga arwah, tak pernah berjumpa salah satu sama lain kan”, aku mula menyoal
Abah … Mana tahu Abah tahu sesuatu yang aku tidak tahu …
“Mungkin
satu kebetulan kot”
“Tak
mungkin Abah … Dulu Alia selalu ke rumah keluarga Hisham … Alia kenal mereka
semua … Tetapi yang peliknya, kenapa mereka tak kenal dan tak ingat langsung
pada Alia”
“Dah
lah Alia, jangan fikirkan lagi ya … Alia penat sangat kot, esok kita bualkan
lagi ya”
Abah kelihatan sangat pelik … Adakah
Abah tahu sesuatu … Tak mungkin lah Abah tahu sesuatu … Sebab Abah pun sama
macam Ibu tidakmemengenali keluarga Hisham … Tapi jika dibandingkan Ibu, Hisham
memang rapat dengan Abah … Aku perlu mencari jawapannya … Aku perlu menanyakan
kepada Abah … Atau mungkin Abang Long dan Kak Ngah tahu sesuatu …
Pagi itu berlalu seperti biasa cuma
yang berbeza hari ini, Abah kelihatan semacam … Ibu langsung tidak bertegur
sapa dengan aku … Adakah Ibu masih berkecil hati dengan kata-kata ku semalam …
Bukan sengaja hendak ku sakitkan hati Ibu … Tetapi aku juga berhak untuk bersuara
… Aku hendak menyedarkan Ibu, tetapi mungkin Ibu tidak dapt menerima dengan
cara aku yang di anggap seperti mengugutnya …
“Abah,
boleh Alia duduk sebelah Abah”, tanya ku …
“Duduklah,
lagipun kerusi tu kan memang ada nama Alia”, Abah tersenyum sinis kepada ku …
“Apalah
Abah ini”
“Betul
apa, itu kah kerusi yang selalu Alia duduk … Kadang-kadang sampai berebut
dengan Abang Long atau Hisham”
Hisham! Ya, aku berjumpa dengan Abah
hendak menyoal tentang arwah Hisham … Mungkin Abah tahu sesuatu … Mungkin juga
semalam Abah hendak mengatakan sesuatu kepada aku … Tetapi kerana takut aku
akan sedih, Abah menghentikan kata-katanya …
“Abah,
semalam Abah ada apa-apa nak cakap dengan Alia ke ???”, aku mula menyoal Abah …
“Tak
adalah, mana ada … Kenapa ???”, raut wajah Abah berubah …
“Ermmm,
tak ada apa-apa lah … Abah, Alia nak keluar kejap lagi tau … Nanti Abah minta
bagi tahu Ibu ya … Sebabnya Ibu tak nak cakap langsung dengan Alia”
“Baiklah,
nanti Abah sampaikan … Kamu hati-hati”
Pertanyaan ku tergantung … Abah
langsung tak jawab persoalan aku … Aku tahu Abah memang menyorok kan sesuatu
dari aku … Hari ini ingat nak pergi ke Mid Valley … Tapi, apa yang hendak aku
belikan di sana … Jalan-jalan sorang bukannya seronok pun … Lain lah kalau ada
teman … Teman ??? Kawan pun tak ada, masing-masing sudah berkahwin … Alah, Alia
Nadira binti Ahmad, apalah nasib kau ini …
Praghhh!!!
“Eh!
Apa benda ini ??? Aku langgar orang ke, ke orang langgar aku ini ??? Itu lah
Alia, sebab itu Ibu selalu marah aku ya ... Habis lah aku”, soal aku sendirian
di dalam hati …
Aku melihat ke arah cermin,
sepertinya bukan orang langgar aku atau aku langgar orang … Tetapi ia adalah
salah aku … Aku mengelamun sehinggakan tidak sedar bahawa lampu isyarat sudah
bertukar ke warna hijau … Aku melihat seorang lelaki kelihatan agak segak
keluar dari kereta dan melihat ke arah keretanya … Aku rasa serba salah, hendak
keluar atau tidak … Ini adalah salah ku, dan wajar jika aku keluar … Aku
beranikan dirilah … Tawakal lah dengan apa yang bakal aku tempuhi dan hadapi
nanti …
“Maaf
encik”, aku memulakan bicara ku …
“Erm,
tak apalah … Bukan salah awak pun kan, saya pun tadi tengah menggunakan
telefon”, balas nya sambil memandang ke arah ku …
Hisham! Ya, Hisham … Tak mungkin lah lelaki
yang sedang berdiri di hadapan ku ini Hisham … Hisham kan sudah tiada … Mungkin
pelanduk dua serupa kot … Tidak! Berkemungkinan juga ini adalah lelaki yang aku
jumpa semalam di rumah Ummi … Lelaki yang Ibu berkepit sahaja sepanjang majlis
semalam … Siapa nama lelaki ini ya … Lelaki di hadapan ku ini …
“Alia!”
Kenapa seperti ada orang memanggil
nama ku … Aku kenal suara ini … Suara ini juga seperti suara arwah Hisham …
Siapa kah lelaki di hadapan ku ini … Siapa juga yang memanggil nama ku ini … Ya
Allah! Aku rasakan seperti badan ku di gerak-gerak kan … Aku juga merasakan
bahawa ada seseorang mnemukul sedikit bahu aku … Haikal! Lelaki di hadapan aku
ini adalah Haikal, anak kawan Ibu …
“Cik
Alia!”
“Eh!
Maafkan saya”
“Tak
apa, awak tak ada apa-apa ke ???”, soal Haikal … Perihatin nya persis Hisham …
“Maafkan
saya, kereta awak kemik sebab saya … Maaflah saya suka mengelamun sejak akhir-akhir
ini”, kenapa aku menceritakan sikap buruk aku ini kepada dia …
“Hehe,
tak apalah … Mengelamun ya ??? Sebab saya ke awak mengelamun ???”, dia
tersenyum sinis seperti Hisham …
“Haha!
Tak ada maknanya lah”, aku cuba tergelak besar, sedangkan aku tidak pernah
tergelak besar melainkan bersama Hisham sahaja … “Saya bayar kerosakkan kereta
awak ya, maaflah”, aku cuba kembali ke perbualan asal …
“Kenapa
perlu minta maaf aje dari tadi ??? Saya tak kisah lah, awak jangan risau,
okey”, Haikal senyum ke arah ku …
“Mana
boleh, benda ini terjadi kerana saya kan … Saya perlu bertanggungjawab”
“Kalau
betul awak nak bertanggungjawab, awak kena belanja saya minum”, Haikal
tersenyum sinis …
“Itu
aje ke ???”, aku kehairanan …
“Iyalah,
awak belanja saya minum aje … Lepas itu kira settle, okey!”
“Kalau
ada seribu orang macam awak dekat dunia ini saya tak tahu lah”
“Kenapa
pulak ???”, Haikal menyoalku …
“Marilah
saya belanja awak minum … Awak nak minum dekat mana ???”, aku menyoal …
“Hari
ini tak dapat lah, saya ada kerja hendak dilakukan … Why not if you give me
your phone number … When I’m free and I would like to drink with you, I will
contact you ???”
Apa gila ke mamat ini … Nak minum
sekarang, minum aje lah … Tak payah lah nak tunggu bila kau free … Kau ingat
ape, hah! Aku macam free sangat lah nak keluar minum dengan kau … Banyak
handsome muka dia … Memang dia handsome pun, sebab dia memang persis Hisham …
Hah! Tak mungkin aku dapat samakan Hisham dengan lelaki di hadapan ku ini …
Walaupun sama, aku tetap tidak akan sama kan dia dengan arwah … Arwah tiada
tandingannya …
“Susah
kan kalau orang terpukau dengan ke’handsome’man saya ini kan … Asyik mengelamun
aje … Susah juga kalau jadi handsome ni kan”, Haikal senyum sinis …
“Ermmm,
okey lah … Ini nombor telefon saya … Kalau dah bersedia nak terima belanja
saya, telefon ya … Make sure when you free, okey! By the way, please make sure
that you call me before one week we going out … Sebab saya ni pun sibuk orang
nya, tak ada masa sangat nak keluar-keluar … Kalau awak cakap awal sikit, dapat
lah saya ubah waktu saya nanti”, kataku sambil menulis nombor rumah … Sejak
kematian Hisham, aku tidak pernah member nombor telefon ku kepada mana-mana
lelaki … Kerana nombor telefon ku adalah “nombor couple” … Aku dan arwah Hisham
membelinya bersama …
“Jangan
risau, saya akan pastikan awak akan ada masa punya lah untuk saya”, tegas
Haikal …
Tanpa melengahkan masa lagi, aku
melangkah kan kaki ke arah kereta ku dan tanpa mempedulikan dia aku
meninggalkan dia sehingga lah tidak lagi kelihatan bayang-bayangnya … Entah
kenapa aku menyampah benar dengan dirinya … Sepertimana aku menyampah melihat
Hisham untuk kali pertamanya kami bertemu … Tiba-tiba aku terkenang kan saat
bagaimana kami bertembung untuk kali pertama nya dulu di UiTM, Johor …
“Sham!
Junior tu … Comel nya”, kata Pijat …
Hafizal atau nama panggilannya Pijat
… Hisham yang memberi nama Pijat itu … Tidak tahu kenapa, Hisham suka memberi
nama kepada orang … Bila orang memberi nama kepadanya, cepat sungguh untuk
melenting … Tetapi itu lah perangai Hisham …
“Mana
??? Kau ni kan Pijat kalau junior nampah aje kan … Tapi satu junior pun tak
pernah melekat dengan kau”, usik Hisham …
“Hah!
Betul tu kata Sham, satu pun tak ada yang lekat dengan kau ni”, percakapan Sham
di balas oleh Saiful … Pijat dan Saiful adalah kawan rapat … Mereka mula
mengenali Hisham pada hari pertama Hisham orientasi … Boleh dikata kan Hisham
dengan mereka jaraknya satu semester sahaja … Dari situ mereka mula rapat …
“Sham,
yang itu comel lah”, kata Pijat sambil menujukkan jari nya ke arah aku ...
“A’ah
lah, Sham”, di sokong oleh Saiful ...
“Kau
nak kami tanyakan siapa nama dia ke ??? Kalau tak nak Saiful nak”, Pijat gelak
besar ...
“Kau
yang nak ke, Saiful yang nak, hah!”, sindir Hisham ...
“Entah
kau ni, aku pulak yang kena ... Kau memang nak kena kan, Pijat”
Lamunan ku terhenti dek kerana
seseorang mengetuk cermin tingkap kereta ku ... Zakiah! Ya, dah lama benar aku
tidak berjumpa dia ... Apa dia buat kat Mid Valley ni ... Shopping jugak ke ...
Tak jaga anak ke dia hari ini ... Aku keluar dari kereta dan dapat kan dia ...
Zakiah ada lah rakan sekelas ku ... Zakiah juga selalu menjadi orang tengah di
antara aku dan arwah Hisham ...
“Alia
Nadira!”
“Zakiah
Zamri!”
“Haha!
What a surprise ??? Kau buat apa kat sini, hah! Aku ingat kan dah keluar anak kedua
itu dah kena duduk rumah aje”, tanya ku kepada Zakiah ... Rindu benar aku pada
dia ...
“Eh!
Kau ni, anak-anak lah ... Laki-laki lah ... Tak kan untuk aku tak ada kot, kan
... So, today is my day lah ... Me and just myself ... Laki aku kerja ... Anak
aku kat rumah mak mertua lah ... Kau buat apa kat sini ??? Dating ya ???
“Tak
ada maknanya lah aku nak berdating-dating ini ... Cukup Hisham aje kat dalam
hati aku ini”
“Dah
lah, tak kan nak cakap dekat tempat car park ni ... Kita masuk dalam jom”
“Jom!”
Zakiah Zamri adalah kawan ku yang aku
kenali sejak hari pertama orientasi ... Seorang gadis yang sangat peramah dan
periang ... Tidak sangka jodohnya bersama Pijat, kawan karib Hisham sendiri ...
Walaupun Pijat sukar untuk didekati dan sering kali melihat nya bersama lelaki
sahaja, tetapi tidak bermakna dia seorang yang tidak suka pada perempuan ...
Pijat juga orang yang sangat penting di antara aku dan Hisham ... Pengenalan
mereka sangat singkat ... Ketika kami di semester 3, Pijat telah menghantar rombongan
merisik ke rumah Zakiah ... Dengan serta merta Zakiah menerima nya, bagi
Zakiah, dia percaya pada cinta pertama dan tak mungkin akan dia lepaskan ...
Tamat sahaja pengajian kami, Zakiah dan Pijat bertunang ... Sebulan kematian
Hisham, Pijat bernikah ... Sebenarnya, tarikh penikahan mereka adalah hari di
mana Hisham, Pijat dan Saiful mengiktirafkan mereka sebagai “SAHABAT” ...
Pada hari penikahan Pijat, tiada
kegembiraan pun yang kami rasakan ... Berbeza dengan orang-orang tua serta
kanak-kanak ... Mereka tidak faham ... Bagi kedua belah pihak, cukup bersyukur
jika anak mereka selamat di ijabkabul ... Bagi kami, tarikh ini sangat penting
buat kami ... Suatu tarikh di mana, terciptanya perkenalan aku dan arwah Hisham
serta terjalinnya persahabatan mereka ...
“Kau
ini still dengan sikap kau kan, suka mengelamun”, tegur Zakiah ...
“Eh!
Iya ke ... Mana adalah, aku tetap aku lah ... Tak ada maknanya nak mengelamun
ini”, balasku ...
“Kau
apa sedar kalau kau mengelamun, hah! Kau tak sedar lah, percaya lah”
“Iya
ke, apa-apa aje lah”
“Kau tak kerja ke, Alia ???”, tanya Zakiah ...
“Kau tak kerja ke, Alia ???”, tanya Zakiah ...
“Tak
adalah Zakiah, aku tak ada nafsu nak kerja”, aku gelak ...
“Hahaha!
Kerja pun nak kena ada nafsu ke ???”, soal Zakiah ...
“Iya
lah ... Apa kau ingat masa bercinta aje ke, hah!”
Kami gelak besar ... Lama sungguh
kami tidak jumpa ... Lama juga kami tidak bergelak besar seperti ini ... Kali
terakhir aku jumpa Zakiah pada waktu itu aku terserempak dia keluar dari klinik
dan memberitahu bahawa dia sudah berbadan dua untuk kedua kalinya ... Banyak
perubahan yang berlaku pada Zakiah ... Walapun tidak pernah bekerja ... Pijat
tidak membenarkan Zakiah kerja kerana Pijat mampu untuk menanggung Zakiah serta
kedua anak mereka ...
“Pijat
kerja tempat lama ke ???”, aku memulakan bicara ku ...
“Tak
adalah, dia dah tak kerja kat tempat sama ... Sebab Saiful tak ada dah”, balas
Zakiah ...
“Saiful
pergi mana ??? Eh! Dia dah kahwin ke ???”, aku mula minat untuk bertanya
tentang mereka ... Sudah lama aku tidak dengar khabar mereka ... Apabila aku
bertanya tentang mereka, ibarat seperti aku bertanya tentang Hisham ... Rindu
nya aku kepada arwah Hisham ...
“Hehe!
Kau berminat pada Saiful ke ??? Aku boleh minta Pijat tolong line kan kau
dengan dia”
“Mulut,
tak cukup insurans ke Pijat buat kan untuk kau, hah! Tak cukup aku boleh buat
kan lagi satu insurans untuk kau”, aku mula geram dengan Zakiah ...
“Alah,
agak lah kau ni pun nak angin aje ... Saiful balik Sabah dah ... Kan dia orang
Sabah ... Lagi pun dia tak nak tinggal kat sini lagi, dia kata banyak kenangan
dia dengan arwah Hisham ... Pijat pun dulu macam tu jugak ... Faham-faham lah,
kalau di ikutkan antara Pijat dengan Saiful, Pijat kan lagi rapat dengan arwah
... Pijat kan tempat arwah gelak dan berlawak ... Tapi, arwah juga banyak meluahkan,
berbicara dengan Saiful ... Senang kata, Pijat dan Saiful saling melengkapi
hidup Hisham ... Kalau nak gelak cari Pijat, kalau nak bercerita cari Saiful
... Tak kan kau tak tahu kot diorang tu macam mana”
Ya! Itu lah Hisham ... Sebab itu,
kalau dulu kami bergaduh aku tahu dia rujuk pada siapa kalau bukan dekat Saiful
... Sesungguhnya, Saiful banyak menyimpan rahsia Hisham ... Tidak pernah sempat
untuk aku tahu rahsia apa lagi yang Hisham pernah cerita kepadanya ... Selain
Ibu, Saiful juga tahu penyakit Hisham ... Pijat, pijat hanya lah tempat dia
untuk bergelak ... Kalau hati dia berbunga-bunga, dia akan cari Pijat ...
Mereka sangat melengkapi antara satu sama lain ... Jika mereka lagi sedih atas
kepemergian Hisham, aku setuju ... Mereka lebih mengenali antara satu sama lain
berbanding diri aku sendiri ... Lamunan ku terhenti dengan pertanyaan Zakiah
...
“Sampai
sekarang kau masih fikirkan arwah ke Alia ???”
“A’ah
lah Zakiah ... Kau tahu aku tak pernah bercinta kan ... Sebelum ini adalah,
tapi main-main aje ... Tapi, bila hadirnya Hisham dalam hidup aku ... Tak
mungkin untuk aku lupakan dia”
“Tapi,
dia dah tak ada kan Alia ... Why not you try to forget Hisham slowly ???”
“Kau
jangan nak sama macam Ibu aku ya! Aku tak faham lah, kenapa semua orang nak aku
lupakan Hisham ... Hisham ada buat korang sakit hati ke ???”, aku mula marah
...
“Kau
tahu tak yang kau seksa diri kau sendiri ??? Kau tengok tak diri kau sekarang
macam mana ???”
“Macam
biasa aje”
“Iya,
kau fikir macam biasa ... Aku tengok kau dah macam mayat hidup ... Kau tahu kan
mayat hidup tu macam apa ... Macam kau lah”
“Tak
kisah lah apa kau nak cakap ... Aku tahu siapa aku, sebab ini diri aku”
Zakiah selalu bantah apa sahaja yang
aku buat ... Tapi Zakiah sayang aku sangat ... Dia seorang kawan yang baik dan
setia ... Bila aku dapati bahawa Hisham menghidap penyakit barah otak di tahap
4, Zakiah banyak menenangkan diri aku ... Sentiasa di sisi aku ... Sentiasa
bagi semangat kepada aku ... Aku mempunyai kawan yang lain, tetapi aku sangat
selesa bila bersama dengan Zakiah ... Sehinggakan Hisham pernah menggelarkan
kami “lesbian” ...
“Assalamualaikum”
“Wa’alaikumusalam”,
jawab Zakiah sambil mencuit aku ...
“Eh!
Apa kau buat kat sini, hah!”, soal aku kepada Haikal ...
“Nak
minum dengan awak lah ... Minum tak ajak pun kan”
“Kejap!
Bukan kau cakap bila kau free ke ???”
“Saya
tengah free ni, sebab tu lah saya cari awak”, Haikal senyum sinis ...
“Mana
kau tahu aku ada kat sini, kau ikut aku dari tadi ya ???”
“Mana
ada ... Saya telefon awak, tak sangka pulak awak bagi nombor telefon rumah awak
ya ... Ibu awak yang angkat tadi panggilan saya ... Merdu suara Ibu awak ya”
“Suka
hati kau lah, kalau Ibu aku pun yang angkat telefon, tak mungkin dia tahu aku
ada kat sini ... Kau sahaja kan, kau memang ekori aku dari tadi kan ???”, aku
mula takut dengan tingkah laku Haikal ...
“Apahal
korang ni ???”, Zakiah cuba merapatkan dirinya kepada aku nak mula membisikkan
sesuatu kepada aku ... “Alia, kenapa mamat ni mukanya macam Hisham ??? Arwah ada
adik kembar ke ???”, Zakiah mula hairan ...
“Nantilah
aku cerita dekat kau ya, aku nak settle kan kejap dengan mamat ni”, balasku ...
“Aku
sibuk lah, tak ada masa nak minum dengan kau ... Nanti kalau ada masa lah ya,
kau telefon ya ... Hari ini aku sibuk sangat”, aku bingkas bangun dan menarik
tangan Zakiah ...
“Kenapa
kau takut sangat dengan aku ya, Alia Nadira ???”, teriak Haikal ...
“Woi!
Apahal mamat ni ikut kita lepas tu nak jerit-jerit ??? Kau boleh settle kan
masalah kau ni tak, malu kot ... Kita kat shopping complex ni”, Zakiah mula
mempersoalkan sesuatu yang sangat pelik dia rasakan ...
“Encik
Haikal, saya minta tolong sangat dengan awak ... Hentikan lah, I can’t make it
by today ... Can you please do understand ???”, rayu ku terhadap Haikal ...
“Boleh
rupanya awak cakap perlahan dan lembut dekat saya ... Baiklah, I will let you go
but promise we will going out together ???”, Haikal seperti memeasang perangkap
...
“No
promises but InsyaALLAH”, aku mengukir senyuman kepadanya dan berlalu pergi
setelah Zakiah menarik lengan ku ...
Entah kenapa sejak kejadian petang
tadi benar-benar membuatkan aku terfikir bahawa Haikal adalah Hisham ...
Renungan nya ... Senyuman nya ... Suara nya ... Sangat sama dan tiada kurang
sedikit pun ... Aku tidak suka perasaan ku sekarang ... Aku tahu apa yang aku
buat ini salah, tapi, tidak salah untuk aku bercinta sekali lagi ... Tapi masih
wujudkah lagi cinta buat ku ??? Setelah ku tanam bersama arwah Hisham ... Cuma
cinta nya sahaja yang masih segar di dalam hati ku ... Tak mudah untuk ku
berikan cinta ku ini kepada orang lain terutamanya Haikal ...
“Alia
tadi keluar dengan Haikal ke ???”
Aku tersedar dek terdengar suara Ibu
... Ibu memang setuju sangat jika aku memilih Haikal sebagai pasangan hidup ku
... Tetapi seperti yang ku katakan, tidak mungkin untuk ku jatuh hati sekali
lagi ... Kerana telah ku tanam jauh-jauh cinta ku bersama jasad Hisham ... Di
saat Hisham menghembuskan nafas nya, di saat itu lah cinta ku pergi bersama nya
...
“Tak
adalah, buat apa nak keluar dengan dia”, balasku dengan selamba ...
“Cuba
lah bukak mata kamu itu sikit ... Cinta sejati ada di depan mata tapi nak
sia-siakan pulak”, kata-kata Ibu cukup menyakitkan hati ku, “cinta sejati”
konon ...
“Cinta
sejati ???”, aku berpura-pura tidak tahu ...
“Iyalah,
Haikal tu Ibu tengok dah cukup sempurna ... Apa lagi yang kamu nak ... ??? Kamu
kena ingat ya, orang yang dah mati tak akan hidup kembali! Faham!”
“Ibu!
Alia dah cukup bersabar dengan Ibu ... Ibu sedar tak apa yang Ibu katakan ini
... Alia tak kisah kalau Ibu tak suka dengan arwah Hisham ... Tapi jangan sesekali
Ibu menghina dia ... Cinta sejati ??? Apa yang Ibu tahu tentang cinta sejati
??? Sedangkan cinta Ibu pun di atur oleh Tok Wan ... Ibu jangan sama kan hidup
Alia dengan Ibu ... Ibu tak berjaya nak atur hidup Abang Long dengan Kak Ngah,
Ibu nak atur hidup Alia pulak ... Cukup lah Ibu! Cukup! Alia dah bosan dengan
hidup macam ini ... 5tahun Ibu, 5tahun Alia terseksa ... Alia ikut kan sahaja
kehendak Ibu dengan Abah ... Alia tak pernah sedikit pun bantah macam mana Ibu
suka membantah setiap kali apa yang Alia nak buat ... Alia rimas dengan hidup
macam ni ... I hate you!!!
Parggghhhh!
Aku terkejut! Aku tersentap!
“Abah!”
“Abah
tak ajar kamu kurang ajar dengan Ibu kamu, Alia”
“Tapi
.......”
“Itulah
Abah, manjakan sangat Alia ... Macam ni lah dia, pijak kepala kita”, Ibu cuba
melarikan diri dengan kata-katanya ...
“Kamu
minta maaf dengan Ibu kamu ... Itu Ibu kamu Alia Nadira!”, jeritan Abah
benar-benar membuat airmata ku mengalir ...
“Tidak
... Tidak!!! Alia tidak akan minta maaf ... Ibu jahat! Ibu seksa hidup Alia ...
Alia benci Ibu!!!”, aku lari dan menuju ke bilik tidur ku ...
Pada malam itu, aku menangis
teresak-esak ... Aku tercari-cari jawapan yang selama ini aku ingin kan ...
Kenapa ??? Kenapa aku menjadi mangsa Ibu ... Setelah sekian lama airmata ini
tidak mengalir ... Sekali lagi ia mengalir membasahi pipiku ... Dengan mudah
sahaja airmata ini mengalir ... Aku tersentap dengan tamparan yang diberikan
oleh Abah ... Abah tidak pernah memukul atau menjentik ku dari kecil lagi ...
Hanya Ibu berani melakukan sebegitu kepada ku ...
Malam itu ku biarkan berlalu ... Aku
sedar aku juga bersalah dalam isu ini ... Sewajarnya tidak aku meninggikan
suara ku kepada Ibu ... Bukan kah derhaka namanya ... Ibu, maafkan Alia
...Tetapi hati ku sakit tatkala Ibu memanggil arwah Hisham dengan “orang mati”
... Sakit sangat hatiku ini ... Aku tahu aku boleh berkata atau bertutur dengan
baik kepada Ibu ... Entah syaitan apa yang telah merasuk ku menyebabkan ku
berani untuk melakukan semua ini ... Mungkin ini adalah yang aku pendam selama
ini sehingga kan ku mampu untuk lakukan semua ini ... Sehinggakan ku sekuat ini
untuk melawan dan meninggikan suara ku terhadap Ibu sehinggan kan membuat Abah
naik tangan ke atas ku ...
Semalaman aku tidak dapat tidur ...
Sedih dengan apa yang terjadi ... Tiba-tiba aku terfikir mengenai Haikal ...
Bukan suka tetapi menyampah! Sejak wujudnya kemunculan Haikal, Ibu sering
menyakitkan hati ku ... Aku ingin sahaja berjumpa lelaki tidak guna itu ...
Tetapi bagaimana hendak aku mencari nya ... Sedangkan nombor telefon pun aku
tidak ada ... Pasti Ibu ada nombor telefonnya ... Tapi tidak mungkin aku akan
minta dari Ibu ... Sedang kan malam tadi aku berperang hebat bersama Ibu
... Bukan aku yang memulakan dahulu ...
Jika api yang kecil, kalau tidak kita simbah minyak, tidak akan lah api tu akan
menjadi besar ... Alamat rumah ... Aku ada alamat rumahnya ... Tetapi alasan
apa yang aku hendak berikan jika aku sudah sampai ke sana ...
Haikal! Aku benci lelaki yang bernama
Haikal ... Dia buat hidup ku terumbang ambing ... Kenapalah hidup aku jadi
macam ni lepas muncul nya Haikal ... Siapa Haikal ??? Kenapa muka nya seiras
Hisham ??? Dia ada kena mengena dengan Hisham ke ???
Kring! Kring! Kring!
Bunyi telefon ... Ya! Bunyi telefon
rumah ... Aku pernah memberi Haikal nombor telefon rumah ku ... Dengan pantas
aku berlari ke ruang tamu untuk mendapatkan telefon ... Tapi sayang, Ibu
mengangkat telefon itu ... Yang peliknya, Ibu tersenyum sinis dan memandang
tepat ke arah aku sambil tersenyum ...
“Alia,
panggilan buat kamu”, Ibu memanggil nama ku ...
“Baik
Ibu”, aku menyahut ... Tapi siapa yang menelefon ku pagi-pagi sebegini ...
“Ajak
dia keluar!”, tiba-tiba Ibu membisik kepada ku ...Siapakah yang menelefon aku
...
“Assalamualaikum”,
dengan pantas aku memberi salam tanda hormat ku ... Itulah yang sering Abah
ajar kepada ku ... Selalu menghormati orang tidak kira tua atau muda ...
“Wa’alaikumusalam”,
balasnya ...
Suara ini seperti pernah ku dengar
... Haikal! Ya, aku harus menjumpai lelaki ini ... Lelaki yang telah
memporak-perandakan hidup aku ... Buat hidup ku kucar-kacir ... Buat Abah naik
tangan ke atas ku, sedang kan Abah sedikit pun tidak pernah berani hendak
menyentuh ku ...
“Haikal
??? Its you, right ???”, aku sudah tahu ini dia, tapi saja aku hendak bermain
teka-teki bersamanya ...
“Yes!
Its me ... So good ... You know me ... You miss me ???”
Sangat menjengkelkan ... Siapa kau
untuk aku rindukan ... Kau langsung tidak penting dalam hidup aku ... Sedikit
pun tidak pernah aku terlintas untuk merindui diri kau yang telah buat hidup ku
kucar-kacir ...
“Aku
nak jumpa kau! Sekarang! Dekat Papa John, Times Square pukul 2petang ... Aku
tak suka tunggu orang dan aku tak suka orang yang lembab!”, terus sahaja aku
meletak kan gagang telefon ... Tidak kuasa hendak aku melayan kerenah dia ...
Tidak tahu kenapa hati ini
berdebar-debar seperti mana pertama kalinya aku hendak berjumpa Hisham dahulu
... Papa John! Kenapa aku pilih tempat itu ... Itu adalah tempat kegemaran
Hisham ... Tempat pertama aku dating dengan Hisham ... Tempat pertama juga dia
melamar aku di hadapan khalayak ramai hendak membina masjid bersama ku ... Alia
Nadira! Kenapa dengan kau ni ... Kau sedar tak yang kau dah masuk perangkap dia
... Kau sedar tak apa yang kau buat ... Lamunan ku terhenti tatkala Ibu
mengetuk pintu bilik ku ...
“Kamu
nak keluar dengan Haikal ya ???”, Ibu senyum kepada ku ... Ibu merasakan
seperti tiada apa yang berlaku ... Adakah dengan semudah itu Ibu lupakan
kejadian malam tadi, gara-gara lepas menerima panggilan lelaki itu ...
“Alia
Nadira, Ibu sedang cakap dengan kamu ini ... Kamu nak keluar dengan Haikal ke
???”, Ibu terus menyoalku ...
Aku tidak akan menjawab soalan Ibu
kerana aku sudah pasti Ibu tahu jawapan nya ... Bahkan Ibu yang mengangkat
panggilan tadi ... Sudah pasti Ibu tahu yang menelefon tadi adalah Haikal ...
Sudah pasti juga yang Haikal meminta izin hendak keluar bersama ku ... Hati aku
masih sakit lagi dengan sikap Ibu semalam ... Jika aku menjawab semua soalan
Ibu, pasti Ibu fikir yang aku sudah kalah dan menerima Haikal dengan hati
terbuka ... Aku akan buktikan yang tiada siapa dapat gantikan Hisham ...
“Kak
Cham! Kak Cham!”
Kak Cham adalah pengasuh ku dari
kecil lagi ... Dari kecil lagi Kak Cham telah tinggal bersama ku dan keluarga
ku ... Kak Cham sudah bersuami, tetapi di sebabkan suaminya kaki pukul, dia
tidak berani hendak pulang ke rumah ... Dia pulang ke rumah jika suaminya
menelefon nya hendak melepaskan nafsu nya sahaja ... Itulah Kak Cham, hidup nya
lebih terseksa jika di bandingkan hidup aku 5tahun lepas ...
“Ya,
Alia nak apa ??? Alia nak minum ke ??? Nak makan ???”, soal Kak Cham ...
“Tak
adalah Kak Cham ... Abah mana Kak Cham ???”, aku menyoal kemana keberadaan Abah
...
Walaupun Abah menampar ku semalam,
tidak terlintas untuk aku membenci Abah seperti mana aku membenci Ibu saat ini
... Aku sedar kenapa Abah menampar ku semalam ... Abah hendak aku sedar bahawa
itu adalah Ibu yang telah kandungkan aku selama 9bulan 10hari ... Abah hendak
aku sedar bahawa aku tidak patut melawan kata Ibu ... Abah juga hendak jauh kan
aku dari terus menjadi anak derhaka ... Itu lah Abah, sering kali hendak
melindungi anak-anaknya ... Walaupun akhirnya nanti Abah yang akan kena marah
dengan Ibu ... Maafkan Alia, Abah ...
“Tak
tahu lah, Alia ... Dari pagi tadi Abah keluar ... Dia tak cakap apa-apa pun
dengan Kak Cham dia nak pergi mana ??? Kenapa Alia cari Abah ???”
“Kak
Cham boleh tolong sampai kan ini dekat Abah tak ???”, aku menhulurkan sepucuk
surat kepada Kak Cham untuk sampaikan kepada Abah ... Surat itu telah ku tulis
malam tadi, dimana sepanjang malam aku tidak boleh tidur ...
“Baiklah,
nanti Kak Cham sampaikan ya ... Alia nak pergi mana ni lawa-lawa ???”
“Lupa
pulak, Alia ada hal ... Lagi satu Kak Cham cakap dengan Abah yang Alia keluar
kejap ya ... Takut nanti Abah cari pulak ... Jangan tunggu Alia untuk makan
malam ya”, aku mengukir senyuman kepada Kak Cham supaya Kak Cham tidak syak
apa-apa ...
“Alia!
Kamu pesan kepada Abah aje ... Ibu ???”
Aku tidak mengendahkan kata-kata Ibu
dan terus menuju ke kereta ... Pantas aku melepaskan brek dan membiarkan kereta
ku mengikut gerak kaki ku dan tangan ku ... Sakit hati ini lagi masih belum
terubat ... Aku mungkin maafkan Ibu, tapi bukan sekarang ... Kerana aku hendak
selesai kan suatu perkara sebelum aku berangkat ke London ...
Ya! Semalaman aku berfikir mungkin
ini adalah cara terbaik supaya aku tidak lagi menjadi mangsa Ibu ... Semalam
aku ada menelefon Abang Long ... Mujur Abang Long belum berangkat ke Jepun ...
Kata Abang Long, ada satu projek baru yang memerlukan pemerhatian Abang Long
... Mungkin dia mahu pergi untuk jangka masa yang lama ... Farish dan Fatihah tiada
siapa yang mahu menjaga ... Kak Long tiada, Kak Long adalah seorang pramugari
dan sering kali juga tiada di rumah ... Kata Abang Long, Farish dan Fatihah
akan menduduki peperiksaan akhir tahun, tidak mungkin lah hendak Abang Long
bawa mereka bersama ... Aku mengambil keputusan untuk menjaga mereka ... Abang
Long juga setuju dan Abang Long juga memberitahu bahawa Abang Long akan
membayar ku ... Ini adalah satu perkara yang sangat baik buat diriku ... Sudah
lama aku tidak memegang duit sendiri ... Selama ini kalau nak duit, minta
sahaja pada Abah ... Tapi aku terpaksa meninggalkan Abah ... Abah mesti akan di
salahkan kerana memanjakan anak ... Aku terpaksa pergi, aku tidak sanggup lagi
hidup seperti ini ...
Seperti yang aku jangka, lelaki ini
pasti akan lambat ... Tetapi tidak mengapa, ada lagi 15minit ... Jika dia
lambat, minta maaf lah, dia dengan Ibu ku sama sahaja tidak akan mungkin dapat
melihat ku selepas ini ... Ya Allah! Hati ini sangat berdebar-debar seperti
mana aku hendak berjumpa dengan Hisham dahulu ... Black Suede Edge! Wangian ini
amat ku kenali ... Aku rindu akan wangian ini ... Aku terlena dek dengan
wangian harum ini, sehingga aku tidak perasan bahawa Haikal sudah berada di
depan aku ... Kenapa ??? Kenapa dia memakai minyak wangi sama seperti Hisham
... Alia Nadira! Control your self ... Ramai lagi yang pakai minyak wangi ni,
bukan Hisham seorang sahaja ...
“So,
guess who miss me ???”, Haikal memulakan langkahnya ...
“Excuse
me!”
“Awak
rindu kan saya kan”
Beria-ia sungguh mamat ni bercakap
... Tak sayang mulut agaknya ... Kalau aku dah cili mulut ni memang sedap
agaknya dia rasa ... Lepas tu dia nak merepek, merepek lah ... Dah kena cili
dengan aku kan ...
“Suka
hati lah kau nak cakap apa ... Belum pukul 2petang lagi kau dah sampai ... Punctual!”
“Well,
I love to make girl waiting for me ... Biar jantung dia rasa dudap-dudap”,
Haikal senyum sinis ke arah ku ...
Itu lah yang ku rasakan ... Bagaimana dia tahu
jantung ku saat ini berdengup dengan kencang sekali walaupun dia sudah berada
di hadapan aku ... Ya Allah! Kuatkan hati aku untuk menghadapi semua ini ...
Aku ke sini hendak menyelesaikan sesuatu perkara ... Sesuatu perkara yang
membuat kan aku benci dengan diriku sendiri ...
“Kau
ni gila!”
“Memang!
Memang aku gila, gilakan kau”, katanya sambil di akhiri dengan ketawa kecil ...
“What
you want for you drink ???”
“Slurpee!”
Aku ajak kau keluar, boleh tak senonoh sikit
... Slurpee yang kau minta kat aku ... Kau ingat aku ajak kau keluar nak beli
minuman dekat 7eleven ke ... Ni Pap John la! Ops, lupa pulak kat Cairo mana ada
Papa John agaknya ya ... Kat Cairo ada 7eleven aje, sebab itu dia minum Slurpee
aje ... Menyampah! Slurpee! Minuman kegemaran Hisham ... Kenapa ??? Kenapa
lelaki ini banyak meningatkan aku pada Hisham ... Aku dapat merasakan yang
Hisham berada di sisi aku saat ini ...
“Alia!
Sudah-sudah lah awak mengelamun ya ... Its okey, keep your money for our
weeding ya”
Weeding! Apa kau ingat aku nak kahwin dengan
kau ke ... Jangan berangan lah ... Tak ingin aku! Kalau kau nak kahwin aku, kau
kena cari Tok Kadi aku lah ... Aku ada Tok Kadi aku sendiri ... Kalau kau berjaya
cari Tok Kadi aku, baru aku terima kau ... Kau ingat aku main petik Tok Kadi
yang ada kat Malaysia ni ...
“Alia
Nadira binti Ahmad!”, teriak Haikal benar-benar mengejutkan aku ...
“Sorry!”,
balasku dengan agak tegas ...
“Why
you want to meet me ???”
“Aku
nak tanya kau soalan, tapi tolong jawab dengan jujur ... Tolong jangan putar
belit kan fakta dan jangan jadi kan ia auta”, rayu ku ...
“InsyaALLAH!
I will try but no promises”, Haikal senyum kepada ku ...
“Apa
kau nak ya ??? Kenapa kau ganggu hidup aku ??? Siapa kau sebenarnya ???”, aku
mula menyoal ... Aku tidak punyai masa yang lama untuk bermain kata dengan dia
...
“Banyaknya
soalan ... Soal satu-satu tak boleh ke ??? Takut aku lari ya”
“Sangat
menjengkelkan!”
“Baiklah,
soalan pertam kau, apa aku nak ya, aku nak kan KAU! Soalan kedua, kenapa aku
ganggu hidup kau ... Sebab aku nak kan KAU! Kau orang pertama yang ganggu hidup
aku sampai aku asyik teringat-ingatkan kau ... Siapa aku sebenarnya ??? I will
be your full husband, full father for our child and yes I’m Haikal Arshad ...
Anything that you want to know about me ???”
“Tolong
Haikal ... Kau mengingat kan aku pada seseorang ... Siapa kau sebenarnya ???
Boleh tak kau jujur dengan aku ... Tolong Haikal”, aku mula merayu kepadanya
...
“Enough!
I will tell more details after I shake my hand with Tok Kadi ... I think that’s
more enough ... Aku rasa kau dah tak perlukan apa-apa lagi kan Alia Nadira ???”
“But
.......”
“Thank
you for spend your time with me ... Rasa nya dah terbayar lah hutang kerosakkan
kereta aku hari itu ya ... Anything, I will call you, okey dear!”
Haikal pergi dengan satu senyuman yang sangat
aku rindukan ... Senyuman Hisham ... Kenapa soalan aku tergantung ??? Kenapa
tidak sahaja dia menjawab ??? Perlu ke sehingga menunggu bersalaman dengan Tok
Kadi ... Kau cari lah Tok Kadi aku tu, yang sebenarnya adalah Abah aku sendiri
... Ya! Aku hendak Abah yang menikah kan aku ... Aku hendak Hisham bersalaman
dan lafazkan akad nikah itu di depan Abah ... Cita-cita kau sangat tinggi
Haikal Arshad ... Haikal Arshad! Nama yang sama seperti Hisham ... Nama penuh
Hisham adalah Hisham Arshad ... Sekali lagi, soalan yang akan tergantung tidak
tahu bila akan terjawab ... Aku tidak punyai masa yang panjang ... Aku perlu
segera ke lapangan terbang ... Aku perlu menenangkan fikiran ku untuk seketika
... Aku sudah penat ... Aku sudah tidak sanggup lagi untuk beerhadapan dengan
semua ini ... Mungkin dengan cara yang paling terbaik, lari! Walaupun aku tidak
gemar lari dari masalah dan sering kali marah kepada Zakiah yang suka dan gemar
lari dari masalah ... Tidak sangka ia terjadi pada diriku sendiri ...
“Cham!
Cham!”
“Iya”
“Dari
tadi Abang tak nampak pun Alia ??? Alia pergi mana ???”
“Dia
keluar dengan Haikal ... Tak payah lah Abah nak sibuk-sibuk lagi ... Ibu dah
cakap, Alia akan dengar cakap Ibu juga”
“Memang
Alia akan dengar cakap Ibu kalau Ibu tak paksa dia untuk ikut cakap Ibu!”
“Suka
hati Abah lah, Ibu dah cukup gembira yang Alia keluar dengan Haikal hari ini”
“Cham!
Alia ada pesan apa-apa tak ???”
“Ada!
Tadi sebelum Alia keluar dia ada pesanan untuk Abang”
“Apa
dia Cham ???”
“Ni
dia”
“Surat
???”, Abah hairan ... Tidak pernah aku keluar rumah sehingga meninggalkan
sepucuk surat ... Ini benar-benar menghairankan ...
“Surat
apa itu Abah, bukak lah”, Ibu ghairah untuk mengetahui isi kandungannya ...
Assalamualaikum
Abah,
Abah, Alia minta
maaf dengan Abah ... Tak seharusnya Alia tinggikan suara dekat Ibu ... Tapi
Alia tak sanggup lagi Abah ... Hampir 5tahun Alia terseksa ... Alia ikutkan
sahaja kehendak Ibu ... Sehinggakan Ibu tidak tahu yang Alia sangat terseksa
... Alia sedih dan seperti orang lain memerlukan Ibu di saat anaknya jatuh atau
pun sedih ... Tapi, Ibu lain, Ibu tak seperti ibu orang lain ... Abah, Alia
tahu apa yang Alia buat ni salah ... Alia keluar dari rumah tanpa berjumpa
dengan Abah dan Ibu ... Tanpa bersalaman dengan Abah serta Ibu mahupun Kak Cham
... Bukan Alia nak lupa apa yang Abah ajar dekat Alia ... Alia ingat semua apa
yang Abah ajar dekat Alia ... Cukup lengkap, ilmu agama mahu pun ilmu akhirat
... Kalau Alia jumpa, mesti Ibu tak kasi dan tak setuju dengan apa Alia buat ...
Kalau Alia jumpa Abah, Alia takut Alia akan buat Abah nangis ... Alia dah
banyak menyusahkan Abah ... Abah selalu kena marah dengan Ibu ... Alia tak
sanggup lagi ... Alia rasa dengan menulis surat ini, harap Abah faham apa yang
Alia cuba sampaikan ... Abah, Ibu, halal kan makan minum Alia ... Pakaian yang
Abah dan Ibu belikan untuk Alia ... Tempat tinggal dan tempat tidur Alia yang
Ibu dan Abah sediakan ... Duit belanja
yang selalu Abah berikan, walaupun Ibu larang Abah bagi duit belanja dekat Alia
... Alia pohon dan minta pada Abah, “Jangan cari Alia!” ... Tolong Abah, Alia
perlu tenang kan diri Alia dan fikiran Alia ... Jika Alia rasa sudah tenang,
Alia akan pulang ... Sampaikan salam Alia pada Kak Cham ... Alia akan rindu
saat kita bersama Abah ... Saat kita bergurau ... Saat kita ketawa ... Saat
kita bersama ... Alia juga akan rindu, saat Alia bergaduh dengan Ibu ... Alia
tahu, Ibu mahu kan terbaik buat Alia seperti mana ibu lain yang mahu kan
terbaik buat anak mereka ... Tapi Alia bukan seperti anak orang lain Ibu ...
Alia tidak suka dikongkong ... Maafkan Alia, Abah ... Maafkan Alia, Ibu ...
Dari Anak mu,
Alia Nadira
No comments:
Post a Comment