“Assalamualaikum”, Fatihah memberi salam ...
“Wa’alaikumusalam”, di sahut oleh Kak
Cham ... Kak Cham kelihatan sangat kurus ... Kenapa rumah ni sunyi aje ...
Selalu nya akan dengar bunyi radio ... Bunyi radio tu selalu Kak Cham yang
pasang ... 24jam radio aje, sampai aku panggil pun tak di dengar nya ...
“Nek
Cham ya ???”, kata Farish ... Karish menggelarkan Kak Cham adalah “nenek” ...
“Ini
Farish dengan Fatihah ke ???”, Kak Cham memulakan bicara nya ...
“A’ah,
kami lah Nek Cham ... Nek Cham sihat ???”, tanya Fatihah ...
“Sihat,
sihat alhamdulilah ... Kamu datang dengan siapa ni ??? Mummy dengan Daddy ke
???”
“Tak
adalah ... Mummy dekat Eropah ... Daddy pulak dekat Jepun ... Kita orang balik
dengan Cik Lia”, Fatihah yang membalas pertanyaan Kak Cham ... Fatihah memang
banyak mulut ... Kalau suruh bercerita panggil sahaja dia ... Dari ‘A’ sehingga
lah ‘Z’ dia akan bercerita ...
“Cik
Lia ???, Cik Lia ada sekali ke ???”, Kak Cham seperti tidak percaya ...
“Assalamualaikum,
Kak Cham”, aku memberi salam ... Sesungguhnya aku merindu orang yang berada di
hadapan aku ini ... Orang yang banyak mengasuh aku dari kecil lagi ...
“Ya
Allah, Alia! Ni Alia ke ??? Kemana kamu pergi Alia ... Abah dengan Ibu cari
kamu”
“Alia
pergi London ... Alia duduk dengan Abang Long dekat sana”, jawab ku ...
“Abang
Long dengan Kak Long sihat ??? Dia tak nak balik ke ???”, tanya Kak Cham ...
“Mereka
sihat aje ... Mereka kirim salam”, balas ku ...
“Dah
lah Cik Lia, Nek Cham ... Tihah dah penat ni”, keluh Fatihah ...
“Ya
Allah, Nek Cham lupa ... Mari, mari kita masuk ya ... Kita rehat-rehat”, balas
Kak Cham ... Fatihah manja dengan Kak Cham ... Memandangkan Kak Cham tidak
mempunyai anak, dia sudah menganggap anak-anak Abang Long anak dia sendiri ...
Rumah ini ... Rumah ini berbeza sangat ...
Tidak seperti dulu aku tinggalkan ... Bukan kerana Abah menukar cat atau dari
segi susun atur di rumah ini ... Tetapi rumah ini kelihatan seperti rumah yang
di tinggalkan ... RUmah yang tiada penghuni nya ... Kemanakah penghuni di rumah
ini ??? Abah! Ibu! Mana kalian ... Rumah ni langsung tiada serinya ... Bahkan
aku baru pergi untuk 2bulan lebih, belum 2tahun atau 20tahun ... Jika dalam
tempoh itu aku pergi, entah bagaimana rumah ini nanti ... Aku terus menuju ke
bilik ku ... Istana ku! Itu lah nama bilik ku ... Farish dan Fatihah tidak
perlu di tunjukkan lagi di mana bilik mereka ... Sesungguhnya mereka tahu di
mana bilik mereka ... Bilik aku berhadapan dengan bilik Kak Ngah ... Bilik Abah
dan Ibu di sebelah bilik Abang Long ... Di rumah ini, kawasan yang paling kecoh
adalah bilik aku dan Kak Ngah, kerana kami berhadapan ... Ada sahaja yang akan
kami gaduhkan ... Kalau tidak cukup pasti akan masuk kawasan Abang Long sekali,
Abang Long juga akan turut serta dalam pergaduhan ini ... Ya Allah!
Sesungguhnya aku rindu saat ini ... Tetapi kenapa rumah ini sunyi ... Ya! Aku
perlu mendapatkan Kak Cham ... Mesti Kak Cham tahu perkara yang sebenar
...
“Kak
Cham! Kak Cham kat mana ???”, teriak aku ...
“Kak
Cham kat belakang ni, Alia ... Ada apa, Alia”, tanya Kak Cham ...
“Kak
Cham buat apa dekat belakang ni ???”, tanya aku ...
“Kak
Cham kemas-kemas ni, hah ... Kamu kan tak suka kalau semak-semak macam ni”,
senyum Kak Cham ... Kak Cham memang perihatin dan tahu apa yang aku dan tak
suka ... Bukan seperti Ibu, tidak tahu apa yang aku suka dan tak suka ...
“Oh,
Kak Cham, Alia nak tanya sikit boleh tak ???”, aku memulakan pertanyaan ...
“Ada
apa Alia ??? InsyaALLAH, Kak Cham boleh jawab”
“Kenapa
rumah ni sunyi aje ... Abah dengan Ibu ada dekat mana ???”
“Erm
.......”, Kak Cham agak ketakutan hendak menjawab ...
“Kenapa
Kak Cham ??? Mereka dekat mana ???”, aku mula risau ...
“Ibu
kamu di masukkan ke hospital ... Dah seminggu Ibu kat hospital ... Abah yang
teman kan Ibu ... Kalau Abah nak tukat baju, baru Abah balik ... Kalau tak,
Abah tak kan balik ... Rasa nya hari ini Abah balik ... Sebab dah 2hari Abah
tak tukar baju”, jawab Kak Cham ...
Kekesalan terserlah di wajahku ... Adakah Ibu
jadi begini kerana aku ... Ibu! Maafkan
Alia ... Alia berdosa dengan Ibu ... Alia tak patut buat Ibu macam ini ...
Tapi, Alia sakit hati dengan apa yang Ibu buat ... Nak lagi, Saiful telah
menceritakan segalanya tentang Hisham ... Kenapa Ibu ??? Apa salah Alia,
sehinggakan Ibu sanggup buat begini ke atas Alia ... Alia tak pernah lawan kata
Ibu ... Alia tak pernah tinggi kan suara dekat Ibu ... Alia ikut sahaja apa
yang Ibu kehendaki ... Kenapa Ibu ??? Airmata ini mengalir dengan tiba-tiba
sehingga kan aku tidak perasan yang Fatihah ada di sisi ku ... Aku perlu
mengesat airmata ini ... Aku tidak boleh membiarkan Fatihah tahu kenapa aku
menangis ...
“Cik
Lia, kenapa menangis ??? Someone hurt your feeling ???”, tanya Fatihah ...
“No
lah ... Don worry, I’m fine dear ... Tihah nak apa ??? Abang mana ???”, tanya
ku ... Aku perlu mengelakkan semua ini dari pengetahuan Fatihah ... Walaupun
dia masih kecil tetapi dia sangat memahami permasalahan orang dewasa ...
“Okey
... Abang dekat atas, membuta ... Tak ada apa lah, Tihah rasa lain macam ...
Dari tadi tak nampak Grandpa dan Granny ... Mereka dekat mana ???”, tanya Fatihah
... Wajar kah aku menceritakan dimana keberadaan Abah dan Ibu kepada anak kecil
ini ...
“Grandpa
dengan Granny pergi dating ... Apa, ingat Tihah aje boleh pergi dating”, jawab
Kak Cham ... Kak Cham telah menyelamat kan aku ... Terima kasih Kak Cham ...
“Hehe
... Iye ke ... Iye lah tu Nek Cham ... Ada-ada aje ... Nek Cham nak masak ke
??? Boleh Tihah tolong ... Masa Cik Lia duduk dengan Tihah, Tihah banyak tolong
Cik Lia masak”, Tihah tersenyum sambil mengenyet mata kepada ku ... Lalu aku
pergi dan meninggalkan mereka ...
Aku bingung ... Aku tidak tahu apa yang harus
aku lakukan sekarang ... Telefon dari tadi berdering ... Bukan aku tidak mahu
menangkat, tetapi panggilan itu langsung tidak penting ... Panggilan dari
Saiful ... Saiful maafkan aku sekali lagi ... Aku tahu, kau mahu selesaikan
masalah ini sama-sama ... Tapi aku tak boleh nak tunggu lagi ... Walaupun
tindakan aku salah, tapi aku perlu kan jawapan segera ... Kenapa Ibu buat aku
macam ni ... Kenapa Hisham tipu aku ... Kenapa semua ini terjadi dekat aku ...
Adakah ini semua rancangan Ibu untuk pisahkan aku dengan Hisham ... Itu yang
aku mahukan, jawapan!
Dari aku terus bingung dan memikirkan semua
ini yang aku tidak tahu bagaimana hendak mulakan, baik aku keluar ... Biarlah,
Kak Cham dan Fatihah kelihatan sedang seronok di dapur ... Tak payah di ganggu,
jika aku pulang lewat mungkin Kak Cham akan menelefon ku ... Baik aku keluar
tanpa pengetahuan mereka ... Bimbang juga kalau Fatihah mahu mengikuti ku
sekali ... Dengan pergerakan yang agak perlahan, aku menuju ke garaj dan
mendapatkan Myvi biru ku ... Sudah lama aku tidak menaiki Myvi ku ini ... Aku
gelarkan Myvi ku ini Diamond ... Sebab aku suka dengan perkataan Diamond ...
Aku suka dengan perkataan itu kerana, Hisham gemar memanggil aku dengan nama
itu ... Kata nya aku sering menyinari kehidupan nya bak diamond di kedai-kedai emas
... Cantik, mahal dan sukar untuk di sentuh, itulah gambaran Hisham mengenai
aku ... Kereta ku sudah pun berada di jalan, dan aku tidak tahu kemana arah
yang hendak aku lalui ... Tanah perkuburan! Untuk apa ??? Untuk menggali
kembali kubur Hisham ... Hendal mencari bukti di sana ... Tidak perlu! Aku
bukan selemah dan sebodoh itu, sehingga kan hendak melakukan seperti itu ...
Kemanakah arah tujuk ku ... Semakin ku
fikirku, semakin sakit hati dan kepala ini ... Jika tidak memikirkannya,
bagaimana aku hendak peroleh jawapannya ... 5tahun ... Adakah benar Hisham
belum mati ??? Adakah semua ini hanya kerana untuk memisahkan aku dan Hisham
??? Kenapa mereka hendak memisahkan aku dengan Hisham ??? Apa salah ku pada
mereka ??? Apa salah Hisham pada mereka ??? Ya Allah! Kau kuatkan lah hati ku
ini ... Sesungguhnya hamba mu ini lemah dan tidak terdaya lagi hendak melawan
atau melakukan apa-apa ... Dari aku terus bingung seperti ini, wajarnya jika
aku menelefon Zakiah ... Lebih baik keluar bersama nya sambil mengorek sedikit
rahsia, yang mungkin benar atau tidak benar bahawa dia tahu perkara ini ...
“Zakiah,
aku ni, Alia ... Kau dekat mana ???”, tanya ku ... Aku rasa aku tidak perlu
lagi hendak berselindung apa-apa ... Zakiah juga seharusnya begitu, bukan masa
untuk dia lari dari semua ini setelah dia tahu perkara yang sebenar ...
“Aku
dekat rumah mak mertua aku, kenapa Alia ???”, balas Zakiah ...
“Aku
nak jumpa kau ... Kau free tak ???”
“Ermmm,
aku tak rasa yang aku boleh keluar rumah hari ini ... Sebab hari ini bukan hari
aku keluar pun ... Maafkan aku Alia”
“Tak
apalah, aku pergi rumah mak mertua kau ya ... Lagi pun aku dah lama tak jumpa
mak Pijat dengan anak-anak kau ... Boleh ya ???”, aku sudah agak bahawa Zakiah
akan lari dari semua ini ... Aku tak akan biarkan dia lari lagi ... Aku akan
pegang kau Zakiah, sehingga aku peroleh jawapan yang sebenar ...
“Tak
apalah Alia ... Nanti kalau ada masa kita keluar ya ... Sebelum tu kau tahu kan
Ibu kau masuk hospital ???”, dia bertanyakan aku tentang Ibu ... Pandai sungguh
untuk kau mengelak dari aku ... Aku tidak akan sama sekali masuk dan terjerat
dalam perangkap penipuan kau lagi ... Aku benar-benar begang dengan sikap dia
...
“This
is not a right time to talk about my mother! I want to know all, everything
that you know about Hisham ... Hisham still alive, right!”, aku sengaja menekan
kan perkataan ‘alive’ itu ... Sakit hati ini ...
“Alia!
Kenapa dengan kau ni ... Dia dah tak ada lagi, Alia ... Betul lah kata orang
kau ni dah gila ... Gila sebab terlalu cinta kan Hisham, sehingga kan kau masih
belum dapat menerima kematian dia!”, Zakiah memarahiku ...
“What
??? Still nak menipu lagi ... Sudah lah Zakiah! Aku dah tahu segalanya ... Kau
pun nak jadi macam Saiful dengan Ibu aku ke, menipu aku seumur hidup korang ...
Kau tahu kan, lelaki yang kejar kita masa dekkat shopping mall hari itu adalah
Hisham ... Pandai benar kau berlakon ya”, sakit hati ini, aku menyindir Zakiah
...
“Apa
yang kau merepek ni ??? Langsung pun aku tak faham ... Demi Allah Alia, aku tak
tahu apa-apa ... Hal ini antara family kau, Saiful dan juga Pijat ... Aku tak
ada kena mengena pun dalam hal ni”, Zakiah masih menafikannya ...
“Aku
fade up! Aku fade up dengan sikap kau serta orang di sekeliling aku ... Okey,
fine! Kalau kau tak nak berterus terang dengan aku, aku akan cari jawapan nya
sendiri ... Terima kasih!”, aku marah lalu aku mematikan panggilan aku ...
Serta merta airmata ini mengalir ...
Kenapa sukar sangat untuk aku perolehi jawapan
... Kenapa ramai orang suka melukakan hati ku ini ... Salah apa aku pada
mereka, sehingga aku di beri layanan seperti ini ... Aku tidak meminta apa-apa,
aku hanya inginkan kebenaran ... Kebenaran yang perlu untuk aku selesaikan
semua masalah yang telah timbul ini ... Zakiah buat aku begini, begitu juga
dengan Saiful ... Ibu dan Abah, sehingga kini aku belum lagi berjumpa dengan
mereka ... Jika aku berjumpa mereka, aku takut aku tidak mampu menahan
kemarahan ku ... Apa yang harus aku lakukan sekarang ... Siapa yang patut aku
jumpa sekarang untuk menjawab semua persoalan ku ... Adakah aku patut pergi
sahaja ke rumah Ummi ... Ya! Ummi, aku patut bertanyakan semua ini dan
mendapatkan semua jawapan dari Ummi ... Barangkali, mungkin Ummi tahu sesuatu
...
Apa pun yang terjadi, aku telah nekad dan aku
akan pergi berjumpa Ummi ... Jika aku dihalau sekali pun, aku puas ... Aku
perlukan jawapan untuk semua persoalan aku ... Sampai bila aku harus hidup
dengan semua pembohongan ini ... Seseorang perlu menjawabnya ... Alia Nadira!
Apa yang cuba engkau lakukan ini ... Tidak sedarkah engkau bahawa, apa yang kau
lakukan ini hanya akan sia-sia ... Kau tahu jawapan nya mungkin akan
menyakitkan dan menyedihkan ... Kenapa kau masih berkeras untuk melakukan semua
ini ... Kenapa Alia Nadira ??? Cuba kau bayangkan yang memang Hisham Arshad itu
masih hidup ... Apa yang kaun hendak lakukan ??? Jika benar yang Hisham sudah
pun berkahwin, seperti apa yang Saifuk katakan, apa yang hendak kau lakukan,
Alia Nadira ???
Tidak sampai setengah jam aku sudah sampai ke
rumah Ummi ... Aku memang sudah berada di sekitar Damansara dari tadi ... Aku
tidak tahu kemana hala tuju ku ... Entah kenapa, kaki ini hanya ingin melangkah
kea rah Damansara, sehinggakan kereta ku terpaksa mengikut gerak kaki ku kemana
sahaja ... Alia Nadira! Adakah kamu sudah bersedia itu menghadapi semua ini ???
Dengan pantas aku memasuki kawasan rumah Ummi ... Kelihatan seperti tiada
orang, sunyi benar rumah ini tidak seperti dahulu walaupun Ummi sudah duduk di
sini kembali ... Patut kah aku melangkah keluar ??? Pergi Alia Nadira, ini yang
kau mahukan ... Jangan kau berpatah balik kerana kau sudah sampai di sini ...
Jika kau pulang, entah bila akan tiba peluang kedua untuk kau sampai ke sini
... Dengan segera, aku melangkah keluar dari kenderaan ku, dan melangkah kan
kaki ini ke pintu masuk rumah Ummi ...
“Assalamualaikum”,
salam ku ...
“Wa’alaikumusalam”,
sahut seseorang ... Ternyata rumah ini berpenghuni, tetapi siapa yang menyambut
salam ku ...
“Maaf,
ini rumah Puan Faridah ke ???”, aku memulakan pertanyaan ... Kelihatan nya
bukan anak Ummi ... Aku kenal anak-anak perempuan Ummi, tetapi siapa gadis di
hadapn ku ini ... Barangkali menantu nya, tetapi siapa yang sudah berkahwin ...
Alia Nadira, sudah 5tahun kau tidak ke rumah ini, sudah pasti ada perubahan ...
“Ia,
ini rumah Puan Faridah ... Ada apa cik ??? Maaf, saya bertanya, Cik ni Alia
Nadira ???”, wanita itu sungguh sopan, dari tutur bicaranya ... Jika Abang Long
aku belum berkahwin, memang aku jodohkan dengan wanita ini ... Tetapi bagaimana
dia mengenali aku ...
“Ermmm,
iya saya Alia Nadira ... Macam mana awak kenal saya ???”, aku tersenyum ...
Agak pelik, bagaimana gadis ini mengenali ku ...
“Sayanggg!
Siapa yang datang tu ???”, suara itu, amat ku kenali ... Seperti suara Hisham,
tetapi kenapa dia memanggil wanita di hadapan aku ini ‘sayang’ ... Siapakah
mereka ini ??? Semakin banyak persoalan di fikiran ku ini ...
“Oh,
ada seorang gadis ini cari Ummi ... Jemput la masuk”, balas wanita itu sambil
menjemput ku masuk ke rumah ...
“Terima
kasih”, balas ku ...
Rindunya aku pada rumah ini ... Sesungguhnya,
tiada apa-apa perubahan yang berlaku pada rumah ini ... Cuma yang menghairankan
hanyalah orang-orang di rumah ini ... Semuanya sudah berubah, seolah-olah
mereka seperti berada di dunia lain selama ini ... Ya Allah, kuatkan lah aku
untuk aku menghadapi semua ini ... Aku telah sampai ke sini, dan tak mungkin
untuk ku berpatah balik ... Apa pun yang aan terjadi nanti, aku terima dengan
redha dan aku pasrah dengan ketentuan Allah ... Wanita tadi telah menghilangkan
diri dan menuju ke dapur ... Dia meninggalkan aku keseorangan di ruang tamu
rumah Ummi ... Mana Ummi dan yang lain, dari tadi tidak kelihatan ... Adakah
patut aku menuju ke dapur ??? Alasan apa yang harus aku berikan kalau aku
kesana nanti ... Kenal pun tidak dengan wanita tersebut ...
“Assalamualaikum,
kamu ni cari Puan Faridah ya ... Boleh saya tahu kenapa ???”, seseorang lelaki
menanyakan soalan ... Tetapi suara ini mengingat kan aku pada Hisham, lantas
aku menoleh dan .................... Ya Allah! Hisham di hadapan aku ni ...
Subhana’allah ...
“Wa’alaikumusalam,
ya saya cari Ummi ... Eh, tak maksud saya Puan Faridah”, balasku ...
“Ummi
??? Wah! Ta sangka aku sampai ke sini kau cari aku ... Rindu aku ke ??? Ummi keluar, kau tunggu kejap la ya ...
Kejap lagi Ummi balik”, balas Haikal ... Sudah lama aku tidak berjumpa dengan
lelaki ini ... Tetapi hari ini aku berjumpa dengan dia ... Masya’Allah, aku
terlupa bukan kah Haikal anak Ummi ... Kenapa dengan kau ni Alia Nadira ???
“Maaf
saya bertanya, boleh saya tahu dalam rumah ni ada orang nama Hisham Arshad tak
???”, aku memulakan pertanyaan ku ... Yang membuatkan aku terperanjat, dengan
serta merta dia menamatkan langkah kaki nya ... Kenapa dengan tiba-tiba, adakah
dia tahu sesuatu ... Ya! Mungkin aku boleh mendapatkan sedikit jawapan dari
salah satu persoalan aku ...
“Kau
ni gila ke ??? Mana ada orang nama Hisham dekat rumah ni ... Haikal adalah, itu
pun aku orang nya ... Kau ni salah orang atau malu sebab terserempak dengan aku
??? Kau tunggu kejap lah nanti Ummi balik”, balas Haikal, lalu meninggalkan aku
keseorangan di sini ...
Kenapa Haikal seperti hendak melarikan diri
dari aku ... Sedangkan Haikal bukan begitu, Haikal suka menyakat dan pasti ada
sahaja yang hendak di sakatnya ... Tetapi kenapa Haikal hari ini lain macam,
adakah dia segan hendak berjumpa dengan aku kerana sudah lama aku tidak
berjumpa dengan dia ... Kenapa bila aku menanyakan tentang Hisham, dia
melarikan diri dengan serta merta ... Adakah dia tahu sesuatu tentang Hisham
... Aku perlu mencari dia, walau sekali pun aku di tuduh sebagai menceroboh
rumah orang ...
“Assalamualaikum,
Fea kenapa biarkan pintu terbuka ... Kenapa tak di tutupnya ... Kalau ada orang
masuk, orang ambil barang-barang dalam rumah ni, kamu tak sedar ... Sofea!!!”,
teriak seorang wanita ... Suara itu amat ku kenali ... Dengan pantas aku
menoleh ke belakang ... Ummi!
“Ummi,
maafkan Fea ... Fea tak perasan tadi, tapi, Ummi ada tetamu”, kata wanita itu
... Sofea! Siapa Sofea ??? Ummi tiada anak bernama Sofea ...
“Ummi!”,
teriak aku ...
“Alia!
Buat apa dekat sini”, balas Ummi ... Ternyata dia masih ingat lagi pada diriku
...
“Ummi
apa khabar ???”, aku memulakan bicara ku ...
“Alia
buat apa dekat sini ??? Nanti Ibu Alia marah ... Ummi tak sanggup lagi nak
tanggung semua ini lagi Alia ... Terlalu banyak penghinaan yang Ibu kamu
lemparkan dekat Ummi ... Alia balik ya”, balas Ummi membuatkan aku terdiam ...
Kenapa Ummi berkata begitu ... Aku perlu memulakan langkah ku ... Aku perlu
mencari jawapan untuk semua soalan yang sudah lama tidak terjawab ...
“Kenapa
Ummi cakap macam tu ??? Ummi tak pernah jumpa Ibu Alia, macam mana boleh Ummi
cakap macam tu dekat Ibu Alia ???”, aku mula keliru dengan semua ini ...
“Alia,
Ummi minta Alia balik lah sebelum Ibu dan keluarga Alia tahu yang Alia datang
ke sini”, rayu Ummi aku tidak peduli kan ... Aku tidak kisah, aku datang ke
mari bukan melakukan kejahatan, tetapi aku ingin mencari kebenaran ...
“Kau
tak faham bahasa ke, dah Ummi suruh kau balik ... Balik lah, jangan pernah lagi
untuk kau muncul lagi ke rumah ni lagi atau depan aku”, balas Hisham atau
Haikal ... Aku semakin keliru ...
“Aku
cuma nak tahu sama ada Hisham Arshad masih hidup atau pun tidak ... Aku nak
tahu di mana dia berada sekarang! 5tahun aku hidup terseksa ... Aku jadi dungu,
ikutkan sahaja apa yang orang sekeliling aku hendak kan”, luah aku ...
Aku perlu meluahkan semuanya ... Jika benar
lelaki di hadapan ku ini adalah Hisham, sudah tiba masa nya untuk dia tahu apa
yang aku lakukan sepanjang 5tahun ini ... Jika benar di sudah berkahwin, aku
ingin dia rasakan betapa sakitnya aku hidup keseorangan, tetapi dia bahagia
bersama isteri dan anaknya ... Jika benar dia tidak mahu lagi aku dan cinta
yang aku pernah berikan kepada dia, kenapa dia masih muncul lagi di hadapan ku
dan mengacau hidupku dengan menyamar menjadi Haikal Arshad ... Apa yang di
mahu, dia mahu aku merasakan betapa sakitnya hati terpaksa berpisah dengan
kekasih hati ??? Rasanya aku yang paling layak untuk merasakan semua ini ...
5tahun aku terseksa, tetapi dalam temph 5tahun ini juga, dia sudah berumah
tangga dan mempunyai seorang anak ... Kini isterinya sarat mengandung ... Apa
kah semua ini ??? Permainan apakah semua ini ... Aku perlukan jawapan ...
“Alia
Nadira binti Ahmad!”
Suara itu ... Bukankah itu suara Saiful ...
Macam mana dia ada dekat sini ... Bukankah dia berada di Kota London ... Aku
telah meninggalkan dia di sana, aku tidak menjawab panggilan dia pun sejak kaki
aku ni jejak tanah di Malaysia ... Mustahil dia menyusul aku pulang ke Malaysia
... Mustahil juga dia tahu yang aku akan pulang ke Malaysia ... Tidak! Sesiapa
pun tidak dapat menghalang aku untuk mendapatkan jawapan yang aku inginkan
...
“Kau
dah gila ke Alia! Serang-serang rumah prang macam ni ??? Kau tak tahu malu ke
??? Ibu kau terlantang di hospital, bukannya kau pergi ke hospital ... Malah
kau datang ke sini, kau ni kenapa Alia ???”, soal Saiful ... Terus-terusan
Saiful menyoal aku ... Tapi aku tidak mengendah kan nya ...
“Kau
diam! Aku tak minta kau untuk masuk campur dalam hal aku ... Hal aku, hal aku
... Tak ada seorang pun yang boleh halang aku hari ini ... Cukup 5tahun aku
terseksa dan aku diam seperti batu ... Tidak hari ini ... Tidak!!!”, balas ku
...
“Kau
kena ingat, sekali pun kau nak selesai kan masalah, bukan dengan cara ni Alia
... Aku ada, Zakiah ada, keluarga kau ada juga ... Kita sama –sama selesaikan
masalah ni”, pujuk Saiful ...
“Tidak
semudah itu, Saiful Iskandar ... Hati ni mula sakit, tatkala telinga ni
menangkap kata yang kau ungkap kan yang Hisham masih hidup ... Jika dia masih
hidup, kenapa biarkan aku merana selama 5tahun ??? Kenapa dalam temph 5tahun
itu dia sudah berkahwin dengan orang lain ??? Apa dosa aku dekat dia ??? Aku
tak pernah curang atau berpaling tadah dengan dia, kenapa dia buat macam ni
dekat aku ??? Kenapa, aku nak dia jawab semua soalan ni kalau dia ada dekat
sini ... Kalau betul dia masih hidup lagi!”, luah aku ... aku tidak mampu untuk
menyimpan lagi ... Aku perlu akhiri semua ini ...
“Tolong
lah Alia ... Jangan buat macam ni ... Aku merayu dengan kau ... Kita selesai
kan masalah ini antara kita sahaja ya”, pujuk Saiful masih aku tidak peduli kan
...
Suasana jadi sepi tatkala aku meluahkan
perasaan aku ... Aku tidak tahu sama ada mereka faham perasaan aku atau tidak
... Aku tidak peduli lagi, aku perlu luahkan perasaan ini walaupun aku akan
menguriskan hati orang yang aku sayang ... Sebelum mereka terguris, pernah
mereka memikir betapa terguris nya hati aku, tatkala aku di beritahu Hisham
masih hidup, malah dia sudah berkahwin ... Aku tidak kisah, jika hari ini aku
menangis ... Aku tidak kisah juga jika hari ini, bumi turut menangis mengiringi
tangisan aku ...
“Hisham
Arshad masih hidup”, satu suara tiba-tiba memecah keheningan sepi di antara
kami ...
Ibu! Abah! Abang Long juga turut ada ... Apa
maksud semua ini, jadi benar lah semua ini bahawa yang Ibu, Abah serta Abang
Long bersalah juga dalam hal ni ... Kenapa Ibu kelihatan sangat tua ... Ya
Allah! Kau ampunilah hambamu ni ... Sesungguhnya, aku berdosa sangat ... Walaupun
aku marah ibu kandung ku sendiri, aku tetap berdosa ... Aku melawan katanya ...
Aku meninggi suara kepadanya ... Aku keluar dari rumah tanpa bersalaman dengan
Ibu ... Begitu besar dosa ku, Ya Allah! Jika di beri kesempatan, aku ingin
benar mencium tangan yang pernah membesarkan aku tanpa jemu ini ... Ibu!!!
“Alia,
Hisham masih hidup lagi ... Lelaki di depan kamu ni lah, Hisham Arshad ...
Hisham Arshad yang pernah kau cintai ... Hisham Arshad yang Ibu jauhkan dari
kamu ... Gara-gara keeogaan Ibu, Ibu pinggirkan perasaan anak Ibu sendiri ...
Ibu pentingkan diri sendiri ... Ibu tak pedulikan apa orang kata di sekeliling
Ibu ... Maafkan Ibu, Alia Nadira ... Maafkan Ibu”, rayu Ibu ...
“Ibu!
Kenapa Ibu buat macam ni dekat Alia ... Kenapa Ibu ???”, aku memaksa Ibu ...
“Kali
pertama kamu membawa pulang Hisham, Ibu teringat lelaki pertama yang Ibu sayang
dan Ibu cintai sebelum Ibu di kahwinkan dengan Abah kamu iaitu pilihan Tok Wan
kamu sendiri ... Ia benar-benar meningatkan cinta Ibu ... Ternyata, tekaan Ibu
benar ... Bukan itu sahaja, sejak hair itu, Ibu sentiasa mengekori kemana dan
apa yang Hisham lakukan kan ... Dimana dia tinggal ... Dengan siapa, siapa mak
ayah nya ... Semua nya Ibu siasat, seperti yang Ibu katakan, tekaan Ibu betul
... Ayah Hisham, adalah lelaki pertama yang pernah hadir dalam hidup Ibu ...
Ayah Hisham juga lah lelaki pertama yang mengajar Ibu erti kasih sayang dan
percintaan”, luah Ibu ...
“Tapi,
kenapa Alia ... Kenapa Alia yang jadi sasaran Ibu ???”, aku menyoal Ibu ...
“Ibu
rasa bersalah ... Ibu rasa bersalah dengan Ayah Hisham ... Ibu berkahwin dengan
Abah, tanpa beritahunya ... Ibu tinggal kan Ayah Hisham begitu sahaja ... Ibu
tak nak kamu rapat dengan Hisham, sebab jika kamu benar ingin bersama dengan
Hisham, sudah pasti keluarga kita akan sentiasa berjumpa dengan keluarga Hisham
... Ibu akan di ulit dengan rasa bersalah jika bertemu dengan Ayah Hisham ...
Maafkan Ibu”
“Majlis
yang Ibu pernah bawa Alia tu, apa maksud nya ??? Ibu nak sakitkan hati Alia
lagi ... Sebab Ibu tahu kan, majlis hari jadi itu anak Hisham ... Ibu sorok
dari Alia, Ibu saja buat macam ni dekat Alia kan ???”, aku masih keliru dengan
semua ni ...
“Alia
jangan lah kau rumitkan keadaan lagi ... Ibu kau tak bersalah pun dalam hal ni
... Aku yang bersalah sebab tak taat dan tak setia pada cinta kita dulu”, kini
Hisham bersuara ...
Tak! Tidak semudah itu untuk aku maafkan Ibu
atau diri kau sendiri Hisham ... Di sebabkan Ibu terkenangkan kisah lama nya,
aku menjadi mangsa Ibu ... Hisham! Dia tidak setia dengan cinta kami ... Baru
di uji sebegitu, mudah saja dia mengikut rancangan Ibu ... Tidak! Aku cinta kan
dia sepenuh hati ku ... Buktinya, aku tidak pernah suka mana-mana lelaki
sepanjang ‘kematian’ nya untuk 5tahun yang lalu ... Aku setia dengan dia ...
“Alia,
maafkan Ibu kamu ... Ibu kamu memang berdosa dengan kamu kerana jadikan kamu
sasaran nya ... Ibu tak jangka pun yang semua ni akan terjadi, Ibu ingat yang
kamu akan lupakan terus cinta kamu pada Hisham, tapi ternyata salah, cinta kamu
dengan Hisham sangat ikhlas”, Abah bersuara ...
“Betul
kata Abah tu Alia ... Ummi tak sokong sesiapa pun ... Ummi juga turut bersalah,
kerana merahsiakan semua ini dari Alia ... Ummi tak tahu yang semua ini akan
terjadi ... Hisham juga tidak boleh melupaka n kamu ... Akhirnya Ummi bawa
Hisham berhijrah ke Cairo, berubat di sana ... Benar, Hisham sakit, tapi dia
tak mati lagi Alia ... Ummi iktihar, Ummi bawa dia kesana dan berubat ...
Doktor yang merawat dia adalah isteri Hisham sekarang, Sofea ... Selepas
pembedahan Hisham, Hisham hilang ingatan, sesiapa pun dia tidak ingat ... Yang
dia ingat hanya doctor yang merawatnya serta Ummi sekeluarga ... Oleh itu,
mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk Hisham melupakan Alia ... Ummi
jangka mungkin Alia juga sudah lupakan Hisham, oleh itu Ummi kahwinkan Hisham
dengan Sofea ... Maafkan Ummi sekeluarga”, Ummi pula bersuara ...
“Tidak!
Semua ni bohong kan ... Kan!!! Saiful semua ni bohongkan ???”, teriak aku ...
“Tak
Alia, semua ni betul ... Apa yang mereka beritahu kau semua ni betul ... Aku
minta maaf sangat ... Sebab aku pulang ke Sabah, sebab aku nak mengelak semua
ini ... Aku takut kalau aku terserempak dengan kau dan terus akan aku ingat
tentang Hisham ... Aku takut aku tak boleh nak kawal kata-kata ku ... Maafkan
aku Alia”, Saiful bersuara ...
Tanpa mempeduli kan semua ini, aku terus lari
keluar dari rumah ini ... Semakin aku ada di rumah ini, semakin itu lah aku
akan merasa sakit ... Aku ingin pergi jauh dari semua ini ... Jauh!!! Ya Allah,
jika engkau mahu tarik nyawa ku ini, tarik lah sekarang ... Aku tidak sanggup
lagi hendak hidup di muka bumi mu ini ... Aku semakin sakit dengan permainan
hidup ini ... Aku memandu laju kenderaan ku ... Serta merta air mata ini
mengalir dengan deras nya ... Aku sedih sekali ... Ke mana kah hendak aku pergi
... Zakiah! Zakiah sama juga seperti mereka ... Jika aku ke rumah nya,
barangkali aku semakin sakit hati ...
Saat berganti saat ... Minit berganti minit
... Jam berganti jam ... Hari berganti hari ... Sudah 2hari aku tidak pulang ke
rumah ... Aku menetap di sebuah hotel budjet berdekatan di Shah Alam ... Aku
tidak mahu pulang ... Hati aku masih sakit ... Ikhlas aku mencintai nya ...
Ikhlas kasih sayang yang aku berikan ... Ini yang dia balas kepada ku ...
Selama 2hari ini juga lah, Abang Long sering menelefon dan menghantar pesanan
ringkas memberitahu Ibu sudah tenat ... Jika aku tidak pulang, macam-macam
boleh terjadi ... Tapi, bila terpandang wajah Ibu, sakit sungguh hati ini ...
Kenapa aku yang menjadi mangsa nya ... Tidak!!!
Hari ini genap seminggu aku di sini ... Aku
semakin tenang ... Tapi tidak setenang seperti dahulu ... Adakah wajar untuk
aku pulang, berjumpa dengan Ibu ??? Abang Long sering menghantar pesanan
ringkas ... Aku harus pulang ... Mungkin kepulangan aku ni untuk kali terakhir
... Aku tidak akan pulang ke rumah itu lagi ... Mungkin aku akan pergi jauh
dari mereka semua ... Cukup aku berjumpa, bersalaman serta memohon keampunan
... Jika sekali pun Ibu serta Abah tidak mengizinkan aku pergi, aku tetap mahu
pergi ... Hati ini telah hancur ... Tak mungkin untuk di ubati, sekali pun di
ubati, mungkin mengambil masa ... Ibu, Abah, Alia akan balik ... Alia sudah
maafkan Ibu, tapi luka dan sakit hati ini Alia tidak tahu bila akan sembuh ...
Maafkan Alia ...
“Assalamualaikum”,
aku memberi salam ... Kenapa aku mendengar seperti ada orang mengaji ...
“Wa’alaikumusalam,
Alia!”, balas Kak Cham ... Kenapa Kak Cham kelihatan sangat sedih ni ...
“Kak
Cham, kenapa ni ???”, tanya aku ...
“Ibu
tenat Alia ... Sebab tu Along minta kamu balik ... Semua ada dekat sini”, balas
Kak Cham ...
Ibu tenat ... Jadi semua mesej yang Abang Long
hantar itu adalah benar ... Ya Allah, berdosa nya aku ... Sempat atau tidak aku
ingin memohon keampunan dari Ibu ... Ibu! Aku perlu mendapatkan Ibu dengan
segera ... Dosa aku banyak dengan Ibu, sewajarnya aku tidak melakukan sebigini
terhadap Ibu ... Sekali pun Ibu menyakitkan hati aku atau Ibu membuatkan air
mata ku mengalir tak mungkin untuk aku membalasnya ... Berdosa aku! Neraka
tempatku! Ampuni aku, Ya Allah!
“Ibu!
Ibu!”, aku terus menuju ke bilik Ibu ... Ternyata benar kata Kak Cham, Ibu
sedang tenat ...
“Alia!”,
suara Ibu tersekat-sekat ...
“Ibu,
Alia minta maaf ... Alia tahu, Alia berdosa ... Alia tahu, Alia banyak buat
salah dengan Ibu ... Maafkan Alia ... Tak sepatutnya, Alia buat semua ni dekat
Ibu ... Alia berdosa sangat”, luah aku sehingga menitis air mata ku ni ...
Sesungguhnya berdosa nya aku ...
“Tak
apa Alia, Ibu dah maafkan ... Ibu dah halalkan semuanya ... Ibu yang bersalah
dalam soal ini ... Ibu yang memisahkan kamu dan Hisham ... Tak sepatutnya, Ibu
lakukan semua ini terhadap kamu “, luah Ibu, walaupun Ibu tidak perdaya lagi
...
“Tak
Ibu, Alia yang berdosa ... Maafkan Alia, Ibu ... Maafkan Alia”, balas aku ...
“Tak
apa, Ibu maafkan ... Ibu maafkan semua anak-anak Ibu ... Ibu sayang anak-anak
Ibu ... Abang Long, jaga adik-adik ya ... Jaga Abah elok-elok ya ... Abah
adalah seorang ayah yang baik ... Kamu beruntung ... Hisham!”
“Ya,
makcik”, jawab Hisham ...
“Maafkan
makcik ya ... Makcik berdosa sangat ... Tak sepatutnya makcik pisahkan kamu
dengan Alia ... Maafkan makcik”, kata Ibu ...
“Saya
dah lama maafkan Makcik ... Tak sedikit pun saya simpan dalam hati”, balas
Hisham ... Tapi kenapa tangan Ibu sejuk ...
“Ibu!
Ibu! Ibu!”, teriak aku ... Ibu!!!
Tepat jam 4.35petang, Ibu menghembuskan nafas
terakhirnya ... Hujan serta merta turun dengan lebat nya seperti turut menangis
dengan kepergian Ibu ... Seisi keluarga turut sedih dengan kehilangan Ibu ...
Ibu tidak jahat ... Ibu seorang ibu yang baik dan peyayang ... Jika dia
membantah, bukan dia suka-suka hendak membantah, tetapi ada sebab kenapa Ibu
membantah ... Kehilangan Ibu benar-benar memberi tamparan hebat buat diriku ...
Tidak sangka, selama seminggu aku tiada di rumah, Ibu terseksa ... Tatkala aku
pulang, Ibu pergi dengan tenang ... Sesungguhnya, Ibu ingin melihat aku buat
kali terakhirnya ...
Walaupun bukan Ibu yang membesarkan aku ...
Kadang kala aku merasakan yang Ibu lah yang banyak menjaga ku tatkala aku demam
atau sakit ... Walaupun Ibu tidak pernah menjaga anak-anak nya dengan baik,
tapi dia tidak pernah lupa tanggungjawab nya sebagai seorang Ibu dan isteri ...
Ibu seorang isteri yang taat ... Walaupun di paksa kahwin dengan Abah, tapi Ibu
redha ... Ibu tidak pernah melawan, Ibu pendam seorang diri ... Tidak pernah
bercerita atau meluahkan dengan sesiapa pun ... Ibu segala-gala nya buat aku
serta adik beradik ku yang lain ...
“Alia,
Hisham nak jumpa kamu ni ... Keluar lah, sejak Ibu meninggal kamu langsung tak
keluar”, suara Kak Ngah ...
“Tak
nak lah ... Alia tak nak jumpa sesiapa pun ... Maaf”, balas ku ...
“Jangan
lah macam ni ... Tak baik kan buat tetamu tunggu lama-lama”, balas Kak Ngah ...
“Baiklah,
Alia keluar ... Tapi kejap aje”, balas ku kembali ...
Dengan keadaan ku serabai dan seperti tidak
terurus, aku turun berjumpa dengan Hisham ... Ada apa Hisham hendak berjumpa
dengan ku ... Aku tidak perdaya dan tidak semangat langusng hendak berjumpa
dengan lelaki yang pernah aku cintai ini ... Sudah tiada perasaan lagi, aku
terhadap lelaki ini ... Kenapa lah aku di uji sebegini ... Apa lah dosa ku ...
Masya’ALLAH, sungguh kacak hamba mu ini ... Sama seperti kali pertama aku
melihat nya dahulu ... Sungguh indah ciptaan Allah ini ... Ya Allah! Aku tidak
boleh, tidak boleh berfikir begitu ... Hisham sudah menjadi laki orang, tak
mungkin untuk aku jatuh hati atau mengacau kehidupan nya ... Tidak!
“Alia
apa khabar ???”, soal Hisham ...
“Khabar
macam ni lah ... Ada apa Hisham datang sini”, balas ku ...
“Kak
Ngah kata, Alia tak keluar-keluar bilik sejak Ibu meninggal ... Kenapa Alia
???”
“Tak
ada apa-apa lah ... Nak buat apa keluar, Ibu dah tak ada kan ... Kalau dulu
boleh lah gaduh-gaduh, bertengkar manja dengan Ibu ... Sekarang dah tak guna
lagi”, balas ku, seiring dengan airmata ku ...
“Jangan
lah macam ni ... Alia tak kesian kan Abah ke ... Alia nak kehilangan Abah juga
ke ??? Jangan macam ni ya ... Alia perlu kuat ... Kalau Ibu tahu, Alia macam
ni, mesti dia sedih”, pujuk Hisham ...
Benar kata Hisham, aku tidak sepatutnya
jadikan semua ini alasan untuk aku berkabung dan membuat orang di sekeliling
aku sedih gara-gara aku ... Cukup trauma dengan kehilangan Ibu, tak mungkin
untuk aku kehilangan Abah pula ... Kini hanya Abah tempat ku bergantung ...
Tempat untuk aku meluahkan segalanya ... Memang Abah sangat memahami aku,
tetapi tak mungkin untuk aku bergaduh dan bertengkar manja dengan Abah ...
Kalau di bandingkan aku, sudah tentu Abah lagi sedih ... Selama Ibu berkahwin
dengan Abah, Ibu tidak pernah melafazkan kata cinta nya pada Abah ... Di saat
hembusan Ibu yang terakhir, Ibu melafazkan kata cinta nya kepada Abah ... Sudah
tentu Abah sedih, penantian ini sudah lama Abah nanti kan ...
“Terima
kasih ... Tapi, Hisham tak faham apa yang Alia rasa ... 5tahun, Hisham”
“Tak
boleh ke Alia lupakan dan mulakan hidup baru ???”, soal Hisham ...
“Maksud
Hisham ??? Nak suruh Alia jadi bini nombor dua Hisham ???” soal ku ...
“Haha!
Tak ada lah sampai macam tu, kalau macam tu pun apa salahnya”, jawab Hisham ...
“Ceh!
Jangan nak mengada-ngada lah ... Aku nie bukan perempuan desperate lah!”, tegas
aku ...
“Haha!
Suka tengok Alia dah tersenyum balik ... Kan manis senyum macam tu ... Jujur
Hisham katakan, Hisham masih rindu kan Alia”
“Hehe,
apa ni Hisham ... Hisham kena ingat yang Hisham dan berumah tangga ... Hisham
ada tanggunjawab sekarang ... Alia tak nak jadi perosak rumah tangga Hisham”
“Tapi
tak kan tak ada sedikit cinta buat Hisham dalam hati Alia ???”, soal Hisham ...
“Ada
Hisham ... Cinta ini tak pernah pudar sikit pun ... Cinta ni masih segar”,
balas ku ...
“Boleh
tak kalau Hisham nak cinta tu balik ???”
“Maksud
Hisham ???”
“Alia
lepas kan cinta tu ... Hisham tak nak Alia terseksa ... Terseksa kerana cinta
Hisham ... Alia lepas kan sekali lepaskan Hisham dalam hidup Alia ... Walaupun
permintaan Hisham ni sangat teruk dan berat untuk Alia tunai kan, tapi tolong
Hisham ... Hisham tak nak, kalau cinta tu masih ada dalah hati Alia, ia akan
buat Hisham rasa serba salah ... Sebab, jujur Hisham katakan, yang Hisham dah
lepaskan cinta Alia 5tahun yang lalu”
Ya Allah! Dugaan apa lagi ni ... Aku mengharap
kan kebahagiaan untuk hari ini ... Jika aku berjumpa dengan Hisham, aku
mengharapkan Hisham akan menceriakan dan menggembirakan aku ... Kenapa Hisham
buat aku macam ni ... 5tahun aku setia dengan cinta ini ... Tidak ku sangka,
bahawa 5tahun yang lepas telah kau lepaskan cinta ku ... Mungkin sampai di sini
sahaja cinta kita ... Jujur aku katakana, saat aku di beritahu bahawa engkau
telah meninggal dunia ... Saat kau di masuk kan ke liang lahad, telah ku tanam
sekali cinta ku ... Apabila aku dapati kau masih hidup, aku mengharapkan cinta
itu masih wujud di antara kita, tetapi harapan ku palsu ... Kau telah pun
berkahwin, kini kau berdiri depan ku ... Ku sangka kan, kau mahu menanam kan
benih cinta kita kembali ... Kau mahu wujudkan cinta di antara kita, tetapi
tidak, kau mahu aku pulangkan cinta yang pernah kau berikan kepada ku dahulu
... Aku redha ... AKu pasrah dengan setiap ketentuan Allah ...
“Erm,
kalau macam tu lah yang Hisham minta, Alia tak boleh nak larang ... Sebab itu
hak Hisham kan ... Alia pun dah tak ada hak ke atas cinta Hisham ... Sekarang
Sofea lebih berhak kan, maafkan Alia”
“Alia,
tak salah pun, Hisham yang bersalah sebab biarkan Alia terseksa sehingga
sekarang ... Alia kehilangan Ibu, sebab Hisham kan ... Maafkan Hisham”
“Tak
apa lah Hisham, Alia tak salah kan sesiapa pun dalam hal ni ... Takdir kita
macam ni kan ... Tapi, ada satu benda aje yang Alia nak minta dari Hisham”
“Apa
dia, insya’Allah, Hisham boleh bantu atau beri”, Hisham tersenyum padaku ...
“Boleh
tak kalau Alia simpan kenangan kita bersama ??? Gambar-gambar kita ...
Surat-surat kita ... Kalau Hisham tak keberatan”
“Hisham
tak kisah Alia ... Hisham tak kisah kalau Alia nak cinta Hisham tu, tapi Alia
faham kan ... Kalau kita simpan cinta seseorang, sedangkan cinta kita dekat
orang tu dah tak ada, ia akan mengundang bahaya ... Alia, tahu kan, sebab tu
Hisham minta Allia lepas kan cinta tu ... Hisham tak kisah kalau Alia masih nak
simpan semua kenangan kita tu, sebab Hisham pun masih simpan lagi, Alia”
“Terima
kasih Hisham ... Walaupun Hisham dah lepaskan cinta Alia, tapi Hisham tak
pernah lupakan Alia kan, terima kasih Hisham”, aku senyum kepada Hisham ...
“Tak
apa Alia, harap walaupun kita tak ada apa-apa Alia sudi menjadi kawan Hisham ya
??? Sebab Hisham tak ada kawan dah ni ... Semua tak nak kawan dengan Hisham
ni”, Hisham seolah merajuk ...
“Haha!
Boleh aje, tak apa ... Make sure kawan aje tau, jangan bertukar cinta”, aku
bergurau dengan Hisham ... Sudah lama aku tidak bergurau dengan dia ...
“Haha!
Apa salah nya kan ... Boleh buat cawangan kedua”, Hisham tergelak
terbahak-bahak ...
“Haish!
Gila lah, tak ingin Alia”, aku membalas gelak ketawa nya ...
Pada hari itu kami gelak sakan ... Sehingga
tak ingat bahawa hari sudah gelap ... Sudah lama aku tidak gelak besar seperti
ini ... Kali terakhir aku gelak, ketika di London ... Itu pun bersama Farish
dan Fatihah ... Ya Allah! Aku abaikan anak-anak buah aku ... Sudah lama, aku
tidak berhubung dengan mereka ... Apa khabar mereka agaknya di sana ??? Selepas
Ibu meninggal, Abang Long bawa mereka pulang ke London ... Hanya Kak Ngah
sahaja yang menetap di sini, kata Kak Ngah, dia akan menetap terus di sini ...
Abang Ngah pun sudah setuju, kebetulan, memang Abang Ngah bercadang untuk duduk
di Malaysia sahaja ...
Alhamdulilah, setelah ku melepaskan cinta ku
terhadap Hisham ... Jiwa ku semakin tenang ... Tidak lagi serabut, bah kan
sekarang aku telah mengambil alih perniagaan Ibu ... Semakin maju butik Ibu ...
Aku bercadang hendak menambah satu lagi cawangan, mungkin di luar negara ...
Insya’Allah, ni sahaja harta Ibu satu-satu nya ... Kak Ngah tak nak, kerana Kak
Ngah ada perniagaan online nya sendiri, oleh itu biar aku ambil alih, tak kan nak
di biarkan sahaja ...
Tak sangka sudah 5bulan Ibu pergi, tapi aku
rasakan bahawa Ibu masih ada lagi di rumah ini ... Hidup aku tidak lagi bosan
... Kadang kala, aku akan membawa Abah melancong ke tempat kegemarannya ...
Kadang kala aku melancong seorang diri ... Aku bukan melancong untuk
menenangkan minda, tetapi untuk mencari fesyen baru untuk aku letak kan di
butik Ibu ... Rasa seronok apabila menjadi seorang usahawan ... Walaupun aku
tidak minat pada bidang usahawan atau perniagaan, tapi tak bermakna aku nak
lepas kan semua ni ... Sesungguhnya, ini membuat kan aku boleh mereka pakaian
atau fesyen terbaru ... Memandang kan aku minat dalam bidang fesyen ...
“Kak
Ngah, masak apa ni ???”, soal aku ... Selepas Ibu pergi, Kak Ngah yang
mengambil alih tanggungjawab Ibu ...
“Masak
ayam masak kicap, kegemaran kamu lah”, balas Kak Ngah ...
“Erm,
sedap nya ... Dap, dap, dap, haha! Kak Ngah, Abah dengan Abang Ngah mana ???”
“Pergi
surau, kejap lagi balik lah tu ... Kenapa, dah lapar lah tu ???”
“Haha!
Of course lah, gila tak lapar ... Tak apa lah, Alia tunggu ya”
“Alia,
pergi mana tadi ... Kak Ngah tengok seharian tak ada dekat rumah ???”, soal Kak
Ngah ...
“Alia
pergi butik tadi, balik holiday hari itu mana ada pergi tengok butik ... Nnati
Abah bising lah”, balas aku sambil membuat muka ...
“A’ah
lah, Kak Ngah pun perasan kamu asyik holiday aje kan”, Kak Ngah balas membuat
muka ...
“Assalamualaikum,
apa yang dua beradik bualkan ni”, suara Abah benar-benar mengejutkan kami ...
“Wa’alaikumusalam,
tak ada apa-apa lah Abah ... Alia ni, dah gatal nak berlaki”, jawab Kak Ngah
...
“Sesedap
rasa ayam masak kicap ni aje kau cakap ya ... Kau memang nak kena dengan aku
kan Angah!”, getus aku ...
“Eleh,
ngaku aje lah ... Apa yang kau cakap dekat Kak Ngah tadi”, balas Kak Ngah ...
“Dah-dah,
depan rezeki ni, tak baik gaduh, Abang Ngah baca doa makan”, kata Abah ...
Seronok sungguh malam ni ... Kami makan malam
dengan gembira sekali ... Rindu saat ini, kan seronok jika di sertakan Abang
Long sekeluarga dan arwah Ibu ... Rindu nya dengan arwah Ibu ... Tapi rindu tu
tak pernah rasa, sebab masakan Kak Ngah persis dengan arwah Ibu ... Walaupun
Ibu jarang mengajar anak-anaknya untuk memasak, tapi kadang-kadang kalau Ibu
masuk ke dapur untuk memasak hidangan buat kami, sudah pasti kami tak lepaskan
untuk ke dapur, dan saksikan apa yang Ibu masak ... Dari situ lah aku dan Kak
Ngah belajar memasak ...
“Kak
Ngah mana buah nya, potong buah ke baru nak tanam benih nya”, perli aku ...
“Eh,
budak ni ... Dahl ah tak tolong apa-apa, basuh pinggan tak ada, dia boleh
banyak kerenah pulak ya”, balas Kak Ngah ...
“Haaa,
nasib lah ... Cepat lah, lidah ni teringin nak makan benda manis-manis ni”
“Nah,
ambil buah ni cik adik oii ... Makan puas-puas ya”, sindir Kak Ngah ...
“Abah!
Tengok Kak Ngah ni”, luah manja ku ...
“Angah,
jangan buat macam tu dekat Alia ... Alia, Abah nak tanya ni, lepas ni kamu nak
holiday dekat mana ???”, soal Abah ...
“Amboi,
Abah dah seronok holiday, nak pergi aje ya”, perli Abang Ngah ...
“A’ah
lah Abah ni, seronok pulak Abah nak holiday aje ya”, Kak Ngah menyampuk ...
“Apa
salah nya, seronok lah pergi holiday ni, kamu berdua pergi lah”, balas Abah ...
“Tak
tahu lah Abah, ingat nak pergi Paris ... Abah tahu kan, Paris tu kan kota
fesyen ... Kalau Alia pergi sana, mungkin ia membantu Alia untuk Alia design
baju baru ... Atau pun Alia beli baju kat sana, tapi tengok dulu lah, sekarang
dekat sana trend apa kan ... Nanti Alia bawa balik, Alia jual lah dekat butik
Ibu nanti”, balas ku ...
“Kota
fesyen konon, cik adik oii, kota cinta ya ... Tak tengok lah cerita Seindah
Sakura kan ???”, celah Kak Ngah ...
“Apa
kota cintanya, kota fesyen lah ... Masalah lah Kak Ngah ni, ni perangai dia,
kalau tengok tv, bawa sampai ke luar tv ... Kalau baca novel, feeling habis,
sampai orang sekeliling jadi mangsa dia ... Cakap pun dah macam ayat novel ...
Huhhh!”, balasku ...
“Okey
juga tu, kalau Abah nak pergi sekali boleh tak ???”, tanya Abah ...
“Abah!
Tak payah pergi lah, dia pergi sana tu nak mercari cinta ... Nak cari fesyen
baru tu, alasan dia aje tu”, sindir Kak Ngah ...
“Woi!
Ni dah melampau ... Nak ikut cakap lah ... Tuduh bukan-bukan pulak ... Mana
ada, Abah, Abang Ngah, tengok lah Kak Ngah ni”, aku merajuk ...
Malam itu sungguh riuh rendah ... Gara-gara
Kak Ngah semua orang pada malam itu mahu menyakat aku ... Aku tidak kisah kalau
menjadi mangsa sakat mereka mala mini, kerana aku amat merindui saat keluarga
bahagia ni ... Jarang untuk aku perolehinya ... Dulu bila dengan Ibu, lagi lah
susah untuk aku merasakan semua ini, kalau riuh rendah seperti ini pun mesti
Ibu tiada sekali ... Air mata aku tiba-tiba mengalir ... Aku terkenang kan
arwah Ibu ... Bila Ibu tengok dari atas, mesti dia bahagia kerana kami hidup di
muka ini gembira dan sihat sentiasa ... Jika aku di beri satu peluang, aku ingin
Ibu di hidupkan kembali dan bergembira bersama kami pada saat ini ...
Minggu depan aku akan berangkat ke Paris ...
Sedih untuk meninggalkan rumah ini kerana aku akan pergi bersama Abah, Kak
Ngah, Abang Ngah serta Kak Cham ... Mungkin ini boleh di kategorikan percutian
keluarga, kerana kami memang jarang bercuti bersama ... Aku ingin merasakan
saat ini, aku ada mengajak Abang Long sekeluarga sekali, Abang Long bersetuju
... Dia akan menunggu kami di sana, rasa sangat gembira ... Lagi gembira dan
seronok jika Ibu turut serta sekali ... Ibu! Alia akan pergi jauh, jauh sangat
... Tapi Ibu jangan risau, Alia tak pernah lupakan Ibu ... Apa yang Alia buat,
Alia akan sentiasa ingatkan Ibu ... Sebab Ibu lah, Alia sedar bahawa hidup ni
sekali dan kita perlu hargai nya betul-betul ...
Walaupun kita tidak dapat cinta sejati kita
... Tapi, Alia percaya orang lain akan ikhlas mencintai kita ... Mungkin lagi
ikhlas dan sejati dari cinta sejati kita yang dulu ... Seperti cinta Abah
kepada Ibu ... Jika ayah Hisham benar-benar mencintai Ibu, sudah pasti dia akan
cari Ibu dan menghalang Ibu dari berkahwin dengan Abah ... Begitu juga dengan
Hisham sendiri, jika benar dia cinta kan Alia, mesti dia akan cari Alia
walaupun Ibu melarang dia untuk mencari Alia ... Tapi Alia dah tak kisah Ibu,
asalkan Hisham bahagia, Alia bahagia ... Alia akan bahagia dan tersenyum kalau
orang di sekeliling Alia bahagia dan tersenyum ...
“Wonderful
place!”, kata Kak Ngah ...
“Ceh!
Speaking konon, sudah lah Kak Ngah”, sindir aku ...
“Kau
ingat, kau seorang aje yang reti speaking ... Aku pun reti lah, puih!”, balas
Kak Ngah ...
“Eleh,
speaking tu aku tak heran lah ... Perancis please ... Haha!”, aku gelak besar,
di ikuti Abah serta Abang Ngah ... Gelak ketawa kami berhenti seketika tatkala
Abah melihat kelibat Abang Long ...
“Along!”,
teriak Abah ...
“Hehe,
dah sampai ... Macam mana flight ???”, soal Abang Long ...
“Boleh
tahan lah, Abah kan kuat lagi”, balas Abah ... Kami sekeluarga gelak besar ...
Aku hairan, kenapa hanya Abang dan Kak Ngah sahaja ... Di mana Farish dan
Fatihah ...
“Cik
Lia!!!”, teriak Farish di ikuti Fatihah ...
“Farish!
Tihah!”, balas ku ... Tapi kenapa aku melihat seseorang bersama nya ...
Siapakah lelaki bersama mereka ... Saiful Iskandar!
“Miss
you lah Cik Lia”, rajuk Tihah ...
“Miss
you too, sweetie!”, pujuk ku ...
“Cik
Lia, look, someone with us”, kata Farish ...
“Hai,
Saiful”, aku memulakan bicaraku ...
“Aku
sihat macam ni lah ... Kau apa khabar ???”, balas Saiful ...
“Alhamdulilah”,
balas ku ...
Seminggu kami di Paris, pelbagai aktiviti yang
kami lakukan ... Kami seperti sebuah keluarga yang sangat bahagia ... Farish
dan Fatihah sangat selesa bersama Saiful ... Abah juga rapat dengan Saiful ...
Abah tak pernah rapat dengan Hisham seperti ini ... Sangat mesra ... Berbicara
tentang Hisham, aku teringat akan dia ... Walaupun cinta dia telah aku
lepaskan, tapi tak mungkin untuk aku lupakan kenangan yang terukir antara aku
dengan dia ... Walaupun pada asalnya aku mengharapkan cinta antara kami akan wujud
untuk dua kali nya, tapi itu semua angan-angan sahaja ... Dia sudah mempunyai
cintanya yang baru ... Kini aku perlu menanamkan benih cinta baru, agar akan
wujud cinta baru buat diriku dan pasangan baru ku kelak ... Benar kata Kak
Ngah, cinta pertama sukar untuk kita lepas kan ... Tetapi, kita perlu lepas kan
satu hari juga, kerana dalam dunia ini tak ada seorang pun pernah hidup dengan
cinta pertama nya ... Hanya beberapa peratus sahaja yang hidup bersama hingga
ke akhir hayat bersama cinta pertamanya ...
Aku perlu jalani hidup baru ... Suasana di
Paris memberi aku suatu kehidupan yang baru ... Sejak Saiful bersama kami, Abah
dan Abang Long selalu menjodohkan aku dengan dia ... Mujur dia tidak kisah ...
Adakah diary yang pernah aku luahkan dan tulis akan termakbul ??? Bahawa Saiful
sehingga sekarang masih bujang kerana benar menunggu aku ... Atau memang benar
dia ada membaca diary aku ... Ya Allah, jika benar perkara ini wujud kan lah
cinta di dalam hati aku ni, agar aku boleh menerima lelaki lain dan meletak kan
nya di dalam hati aku ini ... Wujud kan lah cinta itu ...
“Asal
termenung aje ni ???”, lamunan ke tersedar dek di tegur Saiful ...
“Tak
ada lah, suka tengok budak-budak tu ... Seronok aje kan, hidup mereka tak ada
masalah langsung ... Cemburu rasa nya”, balasku ...
“Siapa
kata mereka tak ada masalah ... Mereka pun ada masalah juga lah”
“Eh,
mana awak tau ???”
‘Awak!’ ... Eh! Kau dah kenapa Alia Nadira ...
Kau bawa angan-angan kau sampai ke luar kotak minda ku ni ... Tak takut ke
kalau Saiful menghidu sesuatu ... Kau ni suka sangat memalukan diri sendiri ...
Tak tahu malu lah kau ni Alia Nadira ... Nanti kalau dia soal mengenai ‘awak’
tu, kau nak jawab apa ... Aduh! Dah tak pernah-pernah aku bercakap dengan dia
dengan mengelarkan diri sebagai ‘awak’, hari ini kenapa rajin sangat mulut ni
nak sebut macam ni ... Gatal nya kau ni Alia Nadira!
“Awak”,
soal Saiful ...
“Apa
?!, tak ada lah aku salah cakap lah”, malu aku ...
“Tak
payah nak sorok lah Alia ... Kau suka aku kan ??? Dari mula lagi kan ???”, soal
Saiful benar-benar membuat aku malu ...
“Eh!
Mana ada ... Kau jangan nak perasan ya ... Eee, tak tahu malu ... Kita tak suka
dia, dia kata kita suka dia pulak”, ejek aku ...
“Aku
dah baca semua nya Alia ... Diary kau, apa yang kau tulis kalau setiap kali kau
dating dengan Hisham, kau akan tulis dan luahkan dekat diray kau kan ... Kalau
kau tak selitkan pasal aku sehari dalam diary kau tu memang tak boleh ya ???”,
soal Saiful membuatkan aku benar-benar ingin lari dari situasi ini sekarang ...
Tapi aku tidak mampu, kerana aku ingin benar duduk di sini, dan dia menyakat
aku seperti mana dahulu dia dan Hisham menyakat aku ...
“Mana
kau baca diary aku ni ??? Mana kau tahu ni ???”, soal aku pula seperti
kehairanan dan kebingungan seketika ...
“Masa
Hisham konon-konon nya meninggal, kau masuk bilik dia kan ... Kau tinggalkan
diary kau kat situ kan ... Kau tinggal diary kau dalam bilik dia, lepas tu kau
tertidur dekat atas katil dia ... Bila Abang Long ajak kau balik, kau
tinggalkan diary tu ... Aku masuk dalam bilik tu, aku baca lah ... Apa, kau
sangka Zakiah yang bagi tahu semua ni dekat aku ???”
“A’ah,
aku sangka dia”, malu aku, seperti orang yang sedang memakai blushing ...
“Alia
Nadira! Masih wujudkah lagi cinta di dalam hati kau setelah kau lepaskan untuk
Hisham???”, soal Saiful ...
“Haaa”,
balasku dan aku terpaku tatkala dia mengucapkan ayat itu ...
“Boleh
tak aku jadi penggati Hisham ??? Walaupun aku tidak serupa dan tidak sama
dengan Hisham, tapi aku janji akan bahagia kan kau lebih dari Hisham”
“Ermmm
.....................”
“Aku
tak minta kau balas cinta aku sekarang ... Mungkin kau terkejut, jujur aku
katakan pada kau, aku jatuh cinta pada kau dari pandangan pertama kau terhadap
aku ... Aku pernah terfikir sekali, kalau Hisham tak nak kau, aku nak kau”
“Eh!
Boleh pulak macam tu ya”, soal aku ...
“Boleh
lah, macam mana dekat dalam diary kau ... Kau pernah tulis, yang kau harapkan
aku yang akan tegur kau kan, tapi tak sangka pulak Hisham ... Kau pernah tulis
juga, kalau jodoh kau dengan Hishamm tak panjang, kau minta aku tunggu kau dan
mengharapkan cinta aku kan”, luahan Saiful benar-benar membuat aku rasa malu
sekali, apa kah yang aku tulis di diary telah menjadi benar ...
“Suka
hati kau lah, malas aku nak layan kau ... Aku pergi dulu”, aku pergi dari situ
dan ternyata Saiful mengejar ku ...
“Alia!!!”,
teriak Saiful, tidak aku peduli kan ...
“Kau
nak apa, dah lah, pergi jauh-jauh sana”, kami berkejaran ...
“Alia!
Betulkah tiada sedikit cinta yang kau tinggalkan dalam hati aku tu ... Perlu
kah aku mengwujudkan cinta itu ??? Agar kau boleh menerima aku selepas Hisham
???”, tanya Saiful ...
“Saiful,
aku ikhlas ... Aku ikhlas menerima mu ... Aku sangka, yang aku tak akan dapat
bercinta lagi, tetapi salah masih ada yang ingin bercinta dengan aku”, luah aku
...
“Makna
nya ... Makna nya, kau terima aku lah ni ... Are serius Alia Nadira ???”
“Yup!
Terima kasih Saiful ... Terima kasih kerana wujudkan cinta itu ... Aku janji
yang aku akan sayang kau lebih dari aku sayang kan Hisham ... Aku janji aku
akan cinta kan kau, lebih dari aku cinta kan Hisham ... Terima kasih Saiful”,
teriak aku ...
“Alia
Nadira binti Ahamd! I love you so much! I will make you happy, always and this
is my promise ... I love you so much, Alia!!!”, teriak Saiful sehingga kan
telah membuat orang di sekeliling kami memandang ke arah kami ... Segan sekali
aku ...
Hari ini kami akan pulang ke Malaysia ... Tak
sabar rasa nya, kerana aku akan bernikah dengan Saiful secepat yang mungkin
kerana Abah tidak mahu menunggu lagi ... Aku menerima sahaja ... Saiful sangat
romantik, tidak ku sangka begini rupanya Saiful sebenar ... Tetapi aku masih
musykil lagi, apa kah yang menyebabkan dia masih tidak berpunya sampai sekarang
... Kerana pernah sekali untuk dia luahkan, tetapi bila aku bertanya dia
menukar topik ... Tak apalah, yang pasti aku dah dapat dia, seperti mana yang
aku hajat kan dalam diary ... Terima kasih Princess Diary!
Dear
Princess Diary!
Hari
ini Alia bernikah ... Macam tak sangka aje yang akhirnya aku akan bernikah ...
Walaupun bukan bernikah dengan cinta pertama atau orang yang Alia sayang, tapi
mamat ni pun boleh jugak lah ... Macam Alia cakap lah, macam pelakon Korea yang
Alia suka, Lee Minho ... Hahaha! Suka nya Alia ... Alhamdulilah, Allah masih
sayang kan Alia ... Allah masih wujudkan lagi cinta ini buat Alia, walaupun
Alia dah pulang kan cinta Hisham dan telah tanam cinta Alia tatkala Alia dapat
tahu yang Hisham berpura-pura meninggal ... Terima kasih Ya Allah, kerana cinta
ini ... Sayang ini ... Rindu ini ... Terima kasih kerana gantikan Hisham dengan
lelaki yang lebih baik ... Terima kasih Ya Allah! Selamat pengatin baru Alia
Nadira dan Saiful Isandar!
“Alia!
Kamu buat apa lagi ni, cepat turun pengantin lelaki dah sampai ni ... Dah nak
kahwin pun masih lagi nak tulis diary ... Kak Ngah ingat kau dah tak nak tulis
lagi benda ni semua ... Turun Alia!!!”, teriak Kak Ngah ...
Dengan pantas aku turun ke bawah ...
Aku di iringi oleh dua orang yang paling aku sayang di muka bumi ini, iaitu Kak
Long dan Kak Ngah ... Walaupun impian aku adalah hendak Ibu yang mengiringi
aku, tetapi aku percaya yang Ibu juga turut mengiringi aku ... Di saat ini,
mudah sahaja air mata ini hendak mengalir, tapi tak mungkin aku akan menangis,
kerana ini adalah hari terpenting buat ku serta Abah dan ahli keluarga ku yang
lain ... Hisham sekeluarga turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan ku,
begitu juag dengan Zakiah ... Aku gembira sangat ... Tatkala sampai ke
penghujung tangga, Abah menyambut ku dan menghantar sehingga ke pelamin ku
seiring dengan pesanan yang sangat menyentuh perasaan ku ...
“Alia
Nadira Ahmad, Abah serah kan kamu kepada Saiful Iskandar ... Jadi isteri yang
solehah ya ... Patuh pada perintahnya ... Jangan melawan, kerana sekali kamu
melawan, durhaka ... Jangan sesekali berani untuk jadi isteri durhaka ...
Sesungguhnya, syurga mu kini berada di bawah telapak kaki suami mu, Alia Nadira
... Walaupun berat untuk Abah lepaskan kamu, tapi Abah harus melepaskan kamu
... Jangan risau kan tentang Abah, Kak Ngah akan menjaga Abah ... Kamu hidup
dengan bahagia di samping Saiful ya ... Abah sayang kamu Alia ... Abah sayang
kamu hari-hari Alia Nadira”, luah Abah ...
Kata-kata Abah tidak dapat aku bendung
... Dengan cepat air mata ini mengalir dan dengan pantas aku memeluk ... Bila
lagi aku akan di peluk oleh Abah ... Dengan segera Abah melepas kan pelukan ku
dan berada di sisi Saiful semula sambil membisikkan sesuatu kepada Saiful ...
Tidak ku sangka yang Abah sendiri akan menikahkan aku dengan Saiful, waktu Kak
Ngah dulu, Abah tak buat, sebab Abah tak sanggup nak lepas kan Kak Ngah, tapi
tiba waktu aku Abah buat, ia benar-benar menyentuh perasaan ku ... Abah
bersalaman dengan Saiful, Abah menyebut kata-kata itu, di balas dan di jawab
oleh Saiful ... Masya’Allah! Sah! Alhamdulilah ... Sekali lafaz sahaja, sah aku
telah menjadi isteri Saiful ... Air mata kegembiraan jatuh ... Aku merasakan
bahawa Ibu ada di sisi aku, bila ku melihat di kiri ku, Ibu sedang tersenyum
memandang ku ... Ibu menghampiri aku, dan mencium dahi ku ... Ya Allah! Rindu
nya aku pada Ibu ... Aku mengharap Ibu ada di saat ini sekarang ... Aku ingin
berkongsi kegembiraan ini bersama nya ... Aku ingin juga Ibu merasa, seperti
mana ibu-ibu lain rasa apabila anak nya sudah berkahwin ... Alia sayang Ibu ...
Terima kasih Ibu, besar kan dan susu kan Alia sehingga Alia berusia 2tahun
... Ibu!!!
Selepas aku bernikah, aku akan ikut
Saiful balik ke Sabah ... Benar kata Abah, aku perlu patuh dan dengar kata
suami ... Kini Saiful menjaga aku, bukan lagi Abah ... Aku perlu akur itu ...
Walaupun berat untuk aku tinggalkan semua ini, aku harus merelakan dan
mengikhlas kan ... Terlalu banyak kenangan di dalam rumah ini, Ibu, Abah, Abang
Long, Kak Long, Kak Ngah, Abang Ngah, Kak Cham, Farish dan Fatihah, terima
kasih ... Terima kasih kerana membesarkan Alia ... Terima kasih kerana sentiasa
berada di sisi Alia bila Alia sedih dan memerlukan kalian ... Terima kasih
kerana sentiasa membuat Alia tersenyum ... Terima kasih kerana mendidik Alia
sehingga menjadi orang yang berguna ... Terima kasih dan Alia minta maaf kalau
Alia ada menyakitkan, mengguriskan atau melawan kata kalian, tidak terlinta di
fikiran atau di hati ini ... Halalkan semua nya, Alia sayang kamu semua ...
Alia sayang kamu hari-hari dan selamanya ... Alhamdulilah, kerana cinta ini
masih wujud di dalam hati ini ... Terima kasih Ya Allah!