They all are very 중요 for me! My가족, My메모리, My사랑, My심장, My감사 ... Here I want them 항상 when I need ... I do not have anything to be given ... But, only able to create a 추억 with them ... 너희들을 사랑한다 <3<3<3 !!!

Friday 9 March 2012

"CINTA" itu tidak pernah hadir, (PART 3)

" TAKUT DENGAN PENGALAMAN SENDIRI " 

Saat orang lain berbicara tentang soal cinta, aku terdiam dan termenung sendiri ... "CINTA???" Mudah untuk di sebut, dieja dan diungkap ... Tetapi, amat sukar untuk di perlihara dalam sesebuah perhubungan ... Apabila berbicara soal cinta, aku terasa kurang senang ... Buat hati ku gelisah dan serbatidak kena ... Mengapa??? ... Jawabku mudah, aku takut untuk jatuh cinta ... Malah belum pernah ku biarkan hati ini "TERJERUMUS" dengan cinta ... Sudah tentu anda semua terasa jelek dengan pengakuanku ... Tetapi, itulah aku yang ada kalanya juga tidak faham dengan semua ini ... Pengalaman! Iya, pengalaman itu membuat aku takut untuk bercinta ... Aku punyai teman rapat yang sebaya dengan ku ... Cukup sahaja dia di kenali "N", Seawal usia belasan taun telah pun terjebak dengan dunia percintaan ... Begitu asyik aku melihat dia di ulit cinta ... Tamat sahaja tingkatan lima, "N" terus berumah tangga ... Sedangkan di ketika itu, aku merasakan "N" harus melanjutkan pelajaranya terlebih dahulu dek kerana keputusan peperiksaan yang cukup baik ... Kenapa perkahwinan itu harus tergesa-gesa??? Bukankah kalau jodoh itu tidak akan ke mana??? Paling aku kecewa "N" hanya menurut ... Pendapat mereka, lebih baik berkahwin sahaja daripada terus berhubung tanpa sebarang ikatan ... Itu bakal mengundang dosa ... Benar! itu semua nya benar ... Tetapi, bukan kah pendidikan itu lagi penting demi menjamin kelangsungan hidup kelak ... Begitulah akhirnya ... Aku masih terus bersahabat dengan "N" ... Tetapi menjadi pendengar terbaik buatnya ... Manakala aku meneruskan langkah ke menara gading. Alhamdulilah, kini aku berbangga dengan kejayaanku ... Selang dua tahun perkahwinan "N", rumah tangga nya kecundang ... Suami hilang begitu sahaja, malah muncul setahun kemudian dengan isteri yang lain ... Aduh! hal ini benar-benar membakar separuh dari jiwaku ... Aku rasa kehidupan "N" telah berlalu dengan sia-sia ... Cinta yang "N" hulurkan tidak menjaminkan kebahagiaan ... Kini ke mana arah tuju "N" melainkan hanya mampu membuat kerja-kerja di kampung dek kerana ingin menampung kehidupan dan seorang anak nya ... Kejam aku rasakan! Istighfar aju di hati kecil ini ... Siapa aku yang harus merasakan semua ini??? Percaturan ALLAH itu tersimpan seribu satu hikmah ... Hal ini benar-benar membuat ku fobia untuk memberi cinta kepada seorang lelaki ... Hatiku menjadi sekeras kelikir ... Adakah kerana aku belum bertemu dengan sang arjuna yang mampu melembutkan hati ini??? Segalanyan mungkin ... Bukan sahaja kisah "N", tetapi saudara kandungku sendiri juga kecundang dalam cinta ... Kasih sayang serta cinta yang diberikan akhirnya dibiarkan sepi berlalu setelah ikatan pertunangan dijalinkan ... Tiada sebarang alasan, tiba-tiba sahaja pertunangan itu di putuskan ... Akibatnya, saudaraku menanggung kekecewaan yang teramat dalam sehingga menganggu kerjayanya ... Tubuhnya susut! Tidak mahu menjamah sebarnag makanan ... Berlarutan sehingga berbulan-bulan ... Saat ini, mujurlah keluargaku sentiasa memberi sokongan ... Bukan mudah untuk dipulihkan sekeping hati dan jiwa yang telah terluka ... Ia mengambil masa seumur hidup untuk dipadamkan kelukaan itu ... Aku berharap sangat agar pintu hati ku terbuka dan menerima segala nya dengan redha ... Jutaan doa aku panjatkan ... Semoga pengalaman mereka tidak menghampiri kehidupanku ... Bukan ku menolak takdir Tuhan, tetapi aku tidak punyai kekuatan sehebat "N" dan saudaraku ... Benar! siapa aku untuk menentukan dan mentakdirkan kehendak hati seriring dengan keinginanku ... Kepada-NYA kita semua dikembalikan ... Buat ibu dan ayah, maafkan aku jika hati ini masih belum mampu terbuka untuk bercinta dan mencintai ... Kebimbangan kalian dengan persepsiku selama ini akan ku cuba padamkan sedikit demi sedikit ... InsyaALLAH ... 

No comments:

Post a Comment