They all are very 중요 for me! My가족, My메모리, My사랑, My심장, My감사 ... Here I want them 항상 when I need ... I do not have anything to be given ... But, only able to create a 추억 with them ... 너희들을 사랑한다 <3<3<3 !!!

Friday 24 February 2012

"CINTA" itu tidak pernah hadir, (PART 1)

Terlalu banyak kenapa cinta itu tidak hadir ...
Adakah di sebabkan kita, keluarga, sahabat atau sebalik nya ...
Ingin saya kongsikan sesuatu bersama anda semua ... 
Agar yang lain tidak tertanya-tanya punca kenapa "CINTA"mereka tidak hadir ...


" HADIRNYA SEMENTARA LALU KECUNDANG "

Mulai terasa perlu, usiaku kini telah pun mencecah lewat 30-an ... Rata-rata dalam kalangan sahabatku semuanya sudah berumah tangga ... Malah sudah beranak-pinak ... Alhamdulilah! jodoh mereka telah sampai ... Ku doakan penuh ikhlas moga keluarga yang di bina berkekekalan hingga ke hujung nyawa ... Mengimbau kenangan lalu, aku adalah antara sahabat yang sering kali hadir ke majlis-majlis perkahwinan mereka ... Tidak kira sahabat lelaki atau pun perempuan ... Selagi tiada halangan aku pasti menghadirkan diri di majlis ijab dan kabul mereka ... Setelah tahun betukar ganti, yang tinggal kini hanyalah aku semata-mata ... Masih membujang, hidup tanpa sang suami di sisi ... Kalau sebelum ini aku menidakkan keperluan seseorang suami dalam kehidupan ku ... Tetapi kini nyata ia semakin menggamit jiwaku yang sunyi ... Entah kenapa aku belum mampu mengakhirinya ... Di mana silapnya juga, aku tidak tahu ... Jika di tanya, apakah aku tidak pernah
melalui zaman, ** BERCINTA !!! Jawabku selamba, sudah berkali-kali ia hadir ... **CINTA MONYETKAH ??? !!! Oh, tidak juga begitu! Pernah juga cinta itu bersemi bertahun lamanya, namun tetap kecundang ... Tidak perlu aku berahsia di sini ... Aku bukan seorang yang terlalu memilih cinta ... Malah aku juga bukan seorang yang terlalu taksub pada sebuah cinta yang tidak kesampaian ... Dan aku juga bukan seorang yang terlalu bersandarkan pada sebuah kenangan cinta lama ...  Kalau sudah cinta itu bukan untuk ku ...  Aku relakan sahaja kepergian nya ... Namun, kelukaan itu tetap terpalit di sudut hati ku ... Mustahil lah aku tidak menitis kan air mata ... Beza cuma kesedihan itu tidaklah terlalu lama ... Padaku mudah ... Mengapa harus berpaut pada sebuah kenangan dalam tempoh yang terlalu lama ... Sedangkan masih banyak pintu kebahagian lain yang tersedia di hadapan kita ... Namun apa yang sebenarnya ingin aku luahkan adalah perihal kisah aku yang sering kali kalah dalam menamatkan sebuah perhubungan dan cinta sehingga ke jinjang pelamin ... Benar! usiaku ini bukanlah satu masalah yang harus memaksa aku berkahwin segera ... Tetapi, adakala tercetus dalam hati ... Mengapa ??? dan kenapa ??? cinta itu tidak kekal denganku ... Di mana silap dan salah ku ... ??? Apakah jodoh ku masih jauh atau tidak wujud ... ??? Ya ALLAH! andai ada jodoh aku di dunia ini, Engkau permudahkan lah pertemuan aku dan pasangan jiwa ku ini ... Jika di soal tentang "SUNYI", siapa yang tidak sunyi, keseorangan sedangkan yang lain berdua ... Biarpun aku mencuba sedaya upaya untuk mengisi kekosongan ini dengan bermacam aktiviti ... Namun rasa kesunyian itu tetap ada dan mengimpit jiwa ku ... Tambahan pula, orang tua ku sering bertanyakan hal yang sama ... Tidak cukup dengan mereka, ahli keluarga ku yang terdekat juga tidak lekang dari pertanyaan yang sama ... ** Bila lagi mahu kahwin ... ??? Apakah mereka tidak tahu, bahawa "JODOH", ajal, maut, rezeki semuanya di tangan Tuhan ... ??? Ermmm, aku akui niat mereka sangat baik ... Cuma aku ada kalanya rimas dan tertekan untuk mendengar setiap kali pertanyaan mereka yang sama ... Kini aku menjalani kehidupan seperti biasa ... Tanpa cinta! Hanya sesekali terkenangkan cinta lalu bersama insan-insan yang pernah menyentuh jiwa ku ... Mereka pun sudah berumah tangga dan bahagia bersama pasangan mereka ... Hanya ALLAH yang tahu mengapa cinta aku dan mereka itu tidak mampu bersatu ... Sesungguhnya, percaturannya adalah yang terbaik buat hamba-Nya ... Namun, selamanya persoalan itu tetap akan hadir sesekali menjengah akal fikiran ku ... Mengapa cinta aku sering kecundang ... ??? Tidak adakah belahan jiwaku ... ??? Semoga anda semua tidak melalui perkara yang sama dengan diri ku ... 



p/s: thank you for your time and read my blog ... wait for part 2 ... thank you, may ALLAH bless you all ... take care, as'salam :))

No comments:

Post a Comment