They all are very 중요 for me! My가족, My메모리, My사랑, My심장, My감사 ... Here I want them 항상 when I need ... I do not have anything to be given ... But, only able to create a 추억 with them ... 너희들을 사랑한다 <3<3<3 !!!

Monday 16 April 2012

:: Definition of S.T.R.E.S.S. ::


Sesungguhnya, kenapa banyak2 penyakit, penyakit ini yang seringkali "muncul" tatkala aku sedang mengapai kebahagiaan ... Ya ALLAH! adakah ini dugaan dan ujian dari mu untuk menghapus segala dosa2 ku ... Astaghfirullahalazim ... Tiada ketenangan yang lebih baik, hanya mengadu pada pencipta ku, ALLAH! ... Di sini, ingin ku kongsi kan, erti atau maksud sebenar S.T.R.E.S.S. :)) 

S.T.R.E.S.S.
- Satu keadaan gangguan emosi, pemikirian, dan fizikal seseorang ...

Huraian:
- Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerungsingan sehinggan keadaan ketegangan atau stress ... Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, "tension", atau tegang ... Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali di kaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan ... Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada "mood", atau kita tiada minat untuk belajar ... Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dan rumahtangga

S.T.R.E.S.S. menurut ISLAM!
- Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata, bahkan punca stress itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati, roh, nafsu, dan akal ...
- Kelemahan hati yang meyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan ALLAH SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah ... Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus (LATIFAH), ketuhanan (RABBANIAH) dan kerohanian (RUHANIAH)

S.T.R.E.S.S. itu ujian dari ALLAH!
- Berdoa adalah satu cara untuk mententeramkan jiwa ...
- Surah Al-Baqarah (2): 155
Firman Allah yang bermaksud:
" Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar "

Hadis:
" Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang di lakukan "


No comments:

Post a Comment