They all are very 중요 for me! My가족, My메모리, My사랑, My심장, My감사 ... Here I want them 항상 when I need ... I do not have anything to be given ... But, only able to create a 추억 with them ... 너희들을 사랑한다 <3<3<3 !!!

Friday, 13 July 2012

:: MWLCI -part2-


“Alia!”, teriak Ibu ...
            “Alia, kenapa Alia buat Abah macam ini ??? Ya Allah, kuatkan lah aku”, tangisan Abah kelihatan ... “Ini semua salah Ibu, puas hati Ibu ??? Ibu seksa Alia ... Ada Ibu tahu perasaan dia ??? Ada Ibu peduli sakit pening dia ??? Ibu langsung tak peduli ... Dulu Abah kehilangan Along, Abah kuat lagi sebab Abah ada Angah dengan Alia ... Selepas itu, Angah tinggalkan rumah ini dan kini Alia ... Semua salah kamu Puan Khatijah Osman!!! Kamu dah buat Abah terpisah dengan ketiga-tiga anak Abah ... Apa salah Abah sehingga kan ini yang kamu buat dan balas untuk Abah ... Kini baru Abah faham perasaan anak-anak ... Ibu dah seksa mereka selama ini ... Kasih sayang yang Ibu berikan pada mereka semua nya hanya palsu ... Palsu belaka!”
            “Abah, maafkan Ibu ... Maafkan Ibu ... Ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak Ibu ... Ibu tak nak mereka jadi seperti Ibu ... Tidak berjaya untuk mengecapi impian dan cita-cita”
            “Ibu cakap, Ibu tak nak mereka jadi macam Ibu! Ibu sedar tak yang Ibu sudah pun jadikan mereka seperti Ibu ... Ibu atur hidup mereka ... Sampai mereka takut untuk pulang ke rumah ini!”
            “Abah, Ibu tahu Ibu salah ... Ibu tak patut buat anak-anak macam tu ... Ibu dah lakukan dosa besar Abah ... Lagi-lagi kematian Hisham”, Ibu mula menangis teresak-esak ...
            “Hisham ???”, Abah bingung dengan kata-kata Ibu ...
            “Hisham belum mati Abah ... Hisham hidup lagi ... Haikal adalah Hisham”
            “Apa yang Ibu cuba katakan ini ??? Abah langsung tak faham”

Alhamdulilah, aku selamat sampai ke Kota London ... Wah! Sungguh indah dan sangat nyaman ... Udara nya yang tidak tercemar langsung ... Benar-benar nyaman ... Pagi ini mulalah tugas ku sebagai “babysitter” kepada kedua anak buah ku ... Semalam aku sampai ke Kota London tidak sempat aku menemui mereka kerana aku sampai sudah lewat, dan menurut Abang Long mereka penat menunggu lalu tertidur di sofa ... Kesian sungguh mereka ... Pagi ini juga aku tidak perlu buat sarapan, sebab Kak Long sudah menyediakan ... Aku hanya perlu mengejutkan mereka dan menghantar mereka ke sekolah ... Walaupun aku agak kekok dan tidak fasih lagi dengan jalan di Kota London ini, tapi mungkin aku akan biasa satu hari nanti macam mana aku perlu biasa kan hidup aku dan menerima kenyataan bahawa Hisham tiada di sisi ku lagi ...

Menurut Kak Long, hari ini juga dia akan berangkat dan terbang ke Eropah ... Mungkin 2bulan ... Abang Long pula, akan berangkat ke Jepun, esok ... Mungkin sama juga seperti Kak Long berbulan-bulan ... Kerana aku tidak sempat lagi berbual dengan Abang Long ... Kak Long kata, Farish dan Fatihah sudah besar dan mereka tidak cerewet ... Mereka juga sudah biasa jika bukan Abang dan Kak Long yang menjaga mereka ... Kerana mereka sudah lama di tinggalkan ... Pernah ku bertanya kepada Abang Long, kenapa setiap kali perlu ke luar Negara tidak di tinggalkan sahaja Farish dan Fatihah di rumah Ibu ... Abang kata, Kak Long tidak mahu kerana takur perangai Ibu akan melekat pada Farish dan Fatihah ... Walaupun Abang dan Kak Long kurang waktu bersama mereka tidak bermakna yang mereka akan abaikan Farish dan Fatihah ...

Oleh itu, Abang dan Kak Long lebih gemar berpindah-randah dari duduk bersama Ibu ... Aku faham maksud Kak Long ... Kak Long seorang anak yatim ... Perkahwinan Abang Long bersama Kak Long juga di bantah teruk oleh Ibu ... Katanya, kita tidak tahu asal usul Kak Long ... Kerana sejak usia 14tahun, Kak Long telah di hantar ke rumah anak yatim ... Menurut rumah anak yatim, ibu kandung Kak Long meninggal saat melahirkan Kak Long ... Bapa kandung Kak Long, amat membenci Kak Long kerana bagi nya Kak Long adalah pembawa sial atas kematian isterinya ... Sejak dari situ, Kak Long sering di hantar ke sana dan ke sini ...

Jika makcik nya di sini tidak mahu menjaga nya, Kak Long akan hantar ke rumah makcik lain ... Begitu lah seterusnya, dan itulah nasib Kak Long ... Kak Long di letak kan di rumah anak yatim oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ... Pada suatu hari, Kak Long di tuduh mencuri di sekolah menyebabkan dia dipukul teuk oleh bapa kandung nya sendiri ... Kak Long tidak tahan kerana bukan dia perlaku nya dan berhajat untuk keluar dari rumah itu ... Dia lebih rela merempat dari terus di maki dan di caci oleh semua orang ... Sedang Kak Long berjalan untuk mencari tempat berteduh kerana hujan, Kak Long terserempak dengan seorang nenek tua seperti kelaparan ... Mujur Kak Long ada membeli roti dan sebotol air mineral ... Kak Long berikan kepada nenek tua itu, dan sejak itu lah Kak Long menjadi cucu angkat nenek tua itu ...

Kisah Kak Long bukan berakhir di situ ... Kak Long sekali lagi di uji ... Sedang Kak Long berjalan mencari makanan buat nenek ... Kak Long terserempak dengan sekumpulan gangster ... Kak Long tidak tahu mahu lari ke mana, akhirnya Kak Long terperangkap dengan muslihat yang di buat oleh kumpulan gangster itu ... Kak Long hampir-hampir sahaja di rogol, tetapi dapat di selamatkan oleh nenek ... Mungkin nenek risau dengan kepemergian Kak Long yang sudah lama pergi mencari makanan tetapi tidak pulang-pulang ... Sedang nenek cuba untuk menyelamatkan Kak Long, nenek di pukul dan di belasah teruk oleh kumpulan tersebut ... Mujur seseorang menjerit dan membantu nenek serta Kak Long ...

Nenek di bawa ke hospital oleh jasa orang yang menjerit dan meminta bantuan ... Tetapi sayang, nenek meninggal ketika perjalanan ke hospital ... Kak Long sanghat sedih dengan pemergian nenek ... Walaupun perkenalan mereka singkat, tetapi kasih sayang yang Kak Long perolehi dari nenek sangat ikhlas dan jujur ... Saat di hospital, seorang pegawai hospital menelefon Jabatan Kebajikan Masyarakat ... Pegawai tersebut memberitahu bahawa, Kak Long tiada pewaris dan tiada tempat tinggal ... Satu-satu waris nya adalah nenek ... Tetapi nenek sudah tiada, ke mana lagi harus Kak Long pergi ... OIeh itu, Kak Long di tempatkan ke rumah anak yatim yang di hantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ... Di situlah, Kak Long memulakan kehidupan baru ...

Di situ jugalah bermulanya bibit cinta antara Kak Long dan Abang Long ... Kerana selepas Kak Long berjaya, Kak Long sering ke rumah anak yatim itu menghulurkan bantuan, begitu juga dengan Abang Long ... Kerana Abah pernah berpesan, “Jika kita perolehi rezeki lebih, rajin-rajin lah untuk berkongsi bersama orang lain ... Yang lebih tepat jika kita berkongsi dan salurkan nya pada rumah anak yatim” ... Itulah ajaran Abah buat anak-anak nya yang sering jadi panduan hidup kami adik beradik ... Itulah kisah Kak Long yang pernah Kak Long ceritakn kepada aku serta Abah ...

            “Cik Lia!!!”

Teriakan ini ... Ya! Aku sangat merindui teriakan ini ... Ini adalah suara Farish dan Fatihah ... Mereka suka gemar gelarkan aku “cik Lia” ... Katanya aku ni kalau bercerita seperti makcik-makcik, tidak reti untuk berhenti ... Pada asalnya adalah “makcik Alia” ... Aku kurang senang dengan panggilan itu, sehinggakan dahulu Hisham suka memarahi aku ...

            “Apasalahnya kalau budak-budak tu panggil Alia makcik ... Alia memang makcik pun ... Sebab suka sangat membebel ... Ummi pun tak macam Alia kalau bercakap”

Lepas itu, aku membenarkan mereka untuk memanggil aku “makcik”, tapi bukan dengan sebutan yang penuh, tetapi hanya “cik” ... Oleh itu, melekatlah sehingga sekarang “cik Lia” ... Abang Long ada mengajar mereka supaya memanggil aku “mak usu” ... Tetapi buat apa, panggilan aku di rumah bukanlah “usu” atau apa sahaja ... Abah pernah bilang yang “mak usu” itu berasal dari perkataan “bongsu” yang hanya di ambil hujungnya sahaja ... Tetapi aku tetap tidak suka, kerana orang di rumah hanya memanggil aku dengan nama sahaja ... Apa salahnya kalau budak-budak ini memanggil aku dengan nama ku sendiri ... Aku sering kali bilang yang Ibu suka membantah, tidak sangka aku ada sedikit meniru sikap dan perwatakan Ibu, iaitu “membantah” ... Patut lah, Kak Ngah bilang yang aku persis seperti Ibu ... Mahunya tidak, anak perempuan hanya dua sahaja, aku dan Kak Ngah ... Selepas Kak Ngah kahwin dan menetap di luar negara, tinggal aku di rumah itu ... Sudah tentu aku yang menjadi sasaran Ibu ... Sebab itu, Ibu mahu mengatur hidupku ...

            “What a nice smell ??? Did you cook it, Cik Lia ???”, Farish mula berkata-kata ... Rindu benar hendak mendengar suara nya yang agak serak-serak basah itu ...
            “Nope! The fried rice your mom cook it”, aku membalas pertanyaan dengan senyuman ...
            “Why you don’t cook it ???”, soalan di ajukan lagi, tapi kini Fatihah ...
            “I’m lazy because my two nephew lazy”, aku gelak besar diiringi Kak Long serta Farish dan Fatihah sehingga kelihatan lesung pipit Fatihah ...
            “Okey, Farish dan Fatihah, Mummy dan pesan yang Mummy tak aka nada dekat London untuk beberapa bulan ni tau ... Daddy jugak, Daddy perlu pergi ke Jepun ... Yang akan jaga kamu nanti masa ketiadaan Mummy dan Daddy adalah Cik Lia ... Kamu suka ???”, Kak Long memang pandai berkata-kata ... Sebab itu Abang Long jatuh hati pada Kak Long ... Tuturnya agak lemah lembut ...
            “Really ??? Its you Cik Lia ???”, Farish seperti tidak percaya dengan kata-kata Mummy nya ...
            “I love you Mummy!”, percakapan itu di teruskan oleh Fatihah sambil berlari keanak-anakan dan menuju ke bilik nya ...
            “Yes! Your auntie will take care both of you ... Why you want Granny to take care both of you ???”
            “No! I hate Granny ... She is look like devil!”, tegas Farish ... Mungkin kerana Farish sudah besar dan dia faham keadaan dan situasi yang pernah di hadapai dahulu ...
            “Farish, Farish tak boleh cakap macam tu dekat Granny tau ... Kalau Granny jahat, makna nya Grandpa dan Cik Lia juga jahat lah kan”, aku cuba memujuk Farish ...
            “Tak! Tapi Farish tak suka layanan Granny pada Mummy ... Farish kesian tengok Mummy selalu kena marah dengan Granny ... Grandpa with you, is nice person ... Tak pernah marah Farish mahupun Mummy ... Sebab tu I love you more”, Farish mencium ke lalu memegang kedua pipi ku ... Saat ini aku terkenangkan Abah ... Dulu bila aku sedih, Abah akan menghapuskan airmata ku ini dan membelai pipiku ... Rindunya dekat Abah walaupun baru sehari aku di Kota London ini ...
            “Okey, enough Farish ... If you want to play it your Cik Lia, play after school ya ... Now, go to your room clean up your room and take shower after that going down and have a breakfast, okey ???”
            “Yes Mummy, I love you!”

Sungguh bahagia kehidupan Kak Long serta Abang Long ... Ibu bukan sahaja kalah dengan cinta aku dan Hisham ... Malah kalah dengan cinta dan kebahagiaan Abang dan Kak Long ... Bermulalah tugas ku, selepas Farish dan Fatihah pergi ke sekolah, aku perlu menunggu dan bawa mereka keluar makan ... Kata Kak Long, waktu tengahhari mereka tidak suka makan di rumah ... Hanya makan pagi dan makan malam sahaja mereka akan makan di rumah ... Tidak tahu kenapa, mungkin Abang Long yang mengajar mereka sebegitu kerana Abang Long sejak dari kecil tidak suka makan tengahhari di rumah ...

Sewaktu kecil, apabila tiba makan tengahhari mesti hanya ada aku, Abang Long serta Kak Long ... Abah dan Ibu mesti ada urusan di luar ... Yang menghairankan kami, tak akan setiap kali makan tengahhari perlu keluar ... Ya! Aku tahu Ibu sibuk dengan perniagaan online nya ... Abah pula sibuk dengan ladang kudanya ... Tak kan lah, Ibu makan dengan computer nya dan Abah makan dengan kudanya ... Aku hairan dengan mereka berdua ... Oleh itu lah, Abang Long jarang makan tengahhari di rumah ...

Hampir sebulan lebih aku di Kota London ini ... Kadang-kadang aku ada menelefon Abah, cuma aku tidak beritahu kepada Abah di mana aku sekarang ... Aku tidak mahu Abah tahu, cukup sahaja Abah tahu aku selamat dan setiap hari aku menelefon Abah ... Aku tidak mahu Abah risau ... Abah ada beritahu kepada aku yang Ibu jatuh sakit ... Aku tahu aku berdosa dan aku tidak patut lakukan ini semua, tapi aku terpaksa ... Aku tak suka dikongkong ... Aku mahu kebebasan seperti burung ... Yang boleh terbang ke sana dan ke sini ... Mungkin jika aku sudah kuat, aku akan pulang dan menemui Ibu ... Aku berdoa agar Ibu di panjangkan umur dan jangan lah Allah mengambilnya sebelum aku berjumpa dengan Ibu ... Kerana aku perlu memohon keampunan dari Ibu ... Syurga ku di telapak kaki Ibu, aku tidak mahu menjadi anak derhaka dan Neraka tempat ku ... Aku tidak mahu!

Sebulan kehidupan aku di sini penuh dengan gelak ketawa dan riuh rendah yang Farish dan Fatihah ... Rasa bahagia sangat ... Agaknya begini rasanya apabila sudah berumah tanggakan ... Tiba-tiba teringat akan arwah Hisham ... Agaknya kalau aku sudah kahwin mesti anak-anak aku juga secomel dan selincah Farish dan Fatihah ... Hisham pernah berhajat bahawa dia mahu 2orang anak sahaja ... Lelaki serta perempuan ... Cukuplah dua sahaja, kerana katanya dia tidak mahu melihat aku terseksa dek kerana melahirkan zuriatnya ... Kerana Ummi pernah menceritakan tentang betapa sakitnya melahirkan anak ... Memang kesakitan nya sekejap, selepas itu ibu bersalin perlu berpantang, tetapi sang suami juga perlu berpantang seperti ibu bersalin ... Bukan berpantang dari segi makan atau apa sahaja, tetapi dari segi “tutt” ... Itu yang membuat kan Hisham tidak mahu anak ramai kerana takut aku perlu berpantang lama turut di ikuti Hisham, di mana dia juga perlu “berpantang” ...

            “Cik Lia, today is Sunday ... Jom kita dating”, kata-kata Farish agak melucukan sambil mengenyet mata kepada ku ... “Dating”, mana agaknya dia belajar dari perkataan ini ... Mesti Abang Long lah ni ...
            “Dating ??? With me ??? Tak takut ke ???”, aku mengatur langkah untuk mengenakan nya ... Kerana Farish terkenal dengan perangai nya yang suka mengenakan orang ...
            “Yup! Kenapa perlu takut ... Farish dating dengan manusia bukannya Vampire”, Farish gelak besar ...
            “Erm, betul ... Tapi bukankah Vampire tu menyamar manusia sebelum dia bertukar menjadi Vampire ???”, aku memerhatikan Farish yang kelihatan mulai takut ...
            “Are you Vampire, Cik Lia ???”, Fatihah mula bertanya ...
            “Fatihah rasa ???”, mereka sudah memasuki perangkap aku ...
            “Tihah, abang rasa abang nak pergi tandas ... Boleh tak kalau Tihah temankan abang”, Farish dan Fatihah mulai ketakutan aku mereka mula lari dan menuju ke tandas ...
            “Jangan lama-lama tau ... Sebab kawan Cik Lia, Vampire Jahat ada kat tandas tu”, aku mula menakutkan mereka dan aku mendengar jeritan, lantas kelibat Fatihah yang aku perasan serta di ikuti Farish ... Mereka menghampiri dan memeluk ku ...
            “Cik Lia, its true have Vampire at the toilet ???”, Fatihah bertanya ...
            “Cik Lia, Vampire ada nama ke ???”, Farish pula mula bertanya ...
            “HAHA!”, aku gelak besar sehingga mereka lari dari pelukan ku ... Mereka memandang tepat ke arah ku dan berlari duduk di hadapan ku ... Aku merapati mereka dan memberitahu nya bahawa .......
“Mana ada Vampire lah, I’m just kidding”, aku cuba meyakinkan mereka ... Menurut Kak Long, jangan bercerita mengenai hantu, kerana Farish akan susah tidur dan Fatihah perlu di temani juka mahu tidur ...
            “Betul-betullah Cik Lia ... Suka lah main-main ... Tapi tadi Cik Lia cakap ada Vampire Jahat tu ???”, Farish mula rasa tidak puas hati ...
            “Iya lah, tandas tu kan kotor ... Bila kotor, vampire a.k.a ‘syaitan’ suka tempat-tempat kotor ... Bila kamu masuk tak baca doa, nanti dia makan dan kacau kamu semua ... Sebab itu, Cik Lia kata macam tu, agar Farish dan Fatihah sebelum masuk tandas baca doa ... Faham”, aku cuba menerangkan kepada mereka ... Walaupun selalu berada di luar negara, Abang Long tetap menitik berat kan tentang soal agama ... Abang Long lah akan menjadi “ustaz” buat Farish dan Fatihah dan ini kerana mereka tidak pernah ke sekolah agama ...  “Okey! Kata nak dating dengan Cik Lia ... Don worry I’m fully human, not Vampire”, aku menujuk kan jari ‘peace’ tanda kedamaian ...

Hari Ahad di sini berbeza di Malaysia ... Di sini mereka banyak menghabiskan masa bersama keluarga ... Family time menurut Farish ... Rasa cemburu melihat mereka ... Mereka seperti sebuah keluarga yang sangat lengkap dan sangat bahagia ... Seperti tiada masalah ... Alia Nadira! Apa lah kau ni, ada kah manusia kat dalam dunia ni tak ada masalah ... Mungkin mereka juga ada masalah, tetapi tak ada lah seteruk macam kau sehingga bawa diri dan meninggalkan Malaysia ...

Aku mengelamun sehingga aku tidak sedar bahawa Farish dan Fatihah telah hilang dari genggaman ku ... Ke manakah anak kecil ini pergi ... Bukankah aku sudah mengenggam tangan mereka dengan kuat sekali ... Kenapa dengan kau ni Alia Nadira! ... Aku mula takut jika mereka berdua di culik ... Apa yang perlu aku jawab jika Abang dan Kak Long soal aku nanti ... Sedangkan ini adalah satu amanah ... Aku perlu menjaga amanah Abang dan Kak Long dengan baik ... Mereka mempercayai aku, aku tidak boleh biarkan semua ini terjadi ... Jika terjadi, mungkin sukar untuk aku perolehi kepercayaan dari Abang dan Kak Long ...

            “Cik Lia!”

Suara itu ... Itu suara Fatihah ... Tapi di manakah mereka ... Sudah lah panas, ramai pula orang ... Langsung aku tidak melihat kelibat Fatihah ... Di manakah Fatihah ... Suara ada, tetapi tidak ku lihat bayang-bayang nya ... Ya! Aku dapat melihat Fatihah ... Dia lari keanak-anak kan dan menuju ke arah ku sambil memegang aiskrim ... Farish ??? Di mana pula Farish ??? Fatihah ada tetapi Farish tiada ... Ya Allah, aku bersyukur kerana aku menemui Fatihah ... Tetapi di mana Farish ... Tunjukkanlah ya Allah ... Tunjuk kanlah di mana Farish berada ... Aku di sedarkan oleh satu pukulan manja di bahu ku ...

            “Madam, your child with me”

Madam! What the h....... Ni dah buat aku marah ... Aku macam orang yang dah kahwin ke ... Hello pakcik, aku muda lagi ya ... Kau tu dah lah macam orang tua ... Suara dah lah macam orang tua ... Nak panggil aku madam ... Badan punya lah cantik macam Rozita Che Wan, cuma sayang aje aku belum jumpa Zain Saidin aku ... Kalau aku jumpa, kau tahu lah memang aku minta Zain Saidin belasah kau lah ... Tak sayang mulut juga pakcik ni ... Dengan serta merta nanti aku buat kan insurans untuk kau ... Dengan pantas aku menoleh ke belakang ... Seperti ku kenal lelaki ini ... Lelaki ini amat ku kenali ... Saiful! Ya, Saiful Iskandar kawan rapat Pijat serta arwah Hisham ... Tapi apa dia buat kat sini ... Menurut Zakiah dia di Sabah ... Inilah masalah kau Alia Nadira, kau jumpa Zakiah tu bila ... Kau dekat London ni dah berapa lama ... Kau ni macam ikut waktu planet Marikh pulak ya ... Lambat sungguh kau loading kepala hotak kau tu ya ... Dalam tempoh tu, apa-apa boleh jadi ... Orang sihat boleh sakit ... Orang bujang boleh kahwin ... Orang kurus boleh gemuk ... Gemuk! Ya, Saiful kelihatan agak berisi sedikit berbanding aku kenal dia dahulu ... Saiful seorang yang menitik berat aspek kecantikan lelaki ini ... Bab-bab cantik untuk lelaki, cari aje Saiful, banyak gila tips dia ...

            “Alia!”, Saiful cuba menyedarkan aku ...
            “Cik Lia!”, Farish juga cuba menyedarkan aku ...
            “Eh!”, aku tersedar ... Aku perlu sedar, nanti katanya aku minat dekat dia ... Pernah terlintas di fikiran aku jika aku tidak dapat Hisham, aku mahukan Saiful ... Bukan sahaja dahulu dia handsome, tetapi di sebabkan dia orang Sabah, dia kelihatan “chinese look” sikit ... Macam pelakon Korea pun ada si Saiful ni ... Macam Lee Minho yang berlakon dalam City Hunter ...
            “Kau Alia kan ... Alia Nadira, right ???”, Saiful bertanya kerana hendak kepastian ...
            “Betul, nia aku Alia ... Saiful Iskandar kan ???”, aku menanyakan soalan kepada nya pula ...
            “Ya, aku ... Tak sangka kau banyak berubah ya ... Wah! Dah kahwin tak bagi tahu pun ... Dah ada 2orang anak lagi ... Comel anak-anak kau Alia”, Saiful senyum kepada Farish serta Fatihah ...

Anak! Apa dia gila ke ... Aku dah kahwin ... Menurut Zakiah, Walaupun Saiful berada di Sabah sering juga dia menghubungi Pijat di Malaysia ... Ketika aku keluar bersama Zakiah tempoh hari, tak kan lah Zakiah tidak berceritakan apa-apa kepada suaminya, Pijat ... Jika ada, mesti Pijat akan bercerita kepada Saiful ... Tidak akan lah, Saiful meneka yang bukan-bukan seprti ini ... Buat aku angin aje, dah la cuaca panas ... Sepanas hati aku ni, hah! ...

            “Tak adalah, ni anak buah aku ... Farish dan Fatihah ... Salam uncle”, aku mengarah Farish dan Fatihah bersalaman dengan Saiful, sepertimana Abah sering mengajar aku, bersalaman apabila bertemu dengan orang ...
            “Comelnya ... Ingatkan anak-anak kau”
            “Kau tahu kan, hati aku ini hanya untuk Hisham”
            “Cik Lia, Tihah dengan Abang nak main kat sana boleh ???”, Fatihah seperti menghidu sesuatu dan membuat kan dia ingin membiarkan aku dan Saiful berdua sahaja ...
            “Okey, pergilah ... Jangan main jauh-jauh tau ... Nanti susah Cik Lia nak cari”, pesan aku ...
            “Baiklah, Tihah faham ... Uncle, tengok kan Cik Lia, Tihah ya ... Jangan naughty-naughty”, pesan Fatihah, sambil mengenyet mata kepada Saiful ... Saiful gelak melihat gelagat Fatihah ...
            “What a sweet Fatihah ... Sama macam kau”          
            “Of course lah, aku makcik diorang ... Apa kau buat dekat sini ??? Tak akan lah mencari cinta sampai ke sini ... Kat Sabah tak kan tak ada kot”, aku mengusik Saiful ...
            “Aku cari kau”

Apa ??? Cari aku ... Untuk apa ??? Tak kan dia dah tahu isi kandungan diari aku ... Mana dia dapat diari aku ... Tak kan lah dari Zakiah, tak mungkin ... Tak mungkin! Aku pernah tulis .......

Dear Princess Diary,
Today I meet someone, who look like Lee Minho ... Cakap pasal Lee Minho, dah lama aku tak tengok cerita Korea ... Cerita apalah yang paling best sekarang kan ... Hopefully, kalau ada cerita baru, adalah Lee Minho ... Nak pulak kalau dia bergandingan dengan Park Min Young ... So sweet ... Haishhh, aku bukan nak ceirta pasal mereka, aku rasa dah penuh diari aku ni asyik cerita pasal diorang aje ... Baiklah, maaf ya Princess Diary ... Lelaki tu nama dia Saiful Iskandar ... Tak tahu kenapa, mata aku ni tertarik pada dia ... Walaupun yang jumpa aku dulu adalah lelaki yang bernama Hisham Arshad ... Bukannya Hisham Arshad tu tak hensem ... Hensem aje, yang lebih hensem ni si Saiful Iskandar ni ... Kenapa lah bukan kau yang tegur aku dulu Saiful oiii ... Kenapa perlu lelaki tu ... Erm, menjengkelkan tengok lelaki tu ... Kalau lah kau tegur aku dulu, aku rasa indah nya dunia ni ... Berseri-seri aje hidup aku ... Tapi tak apalah, jika jodohku nanti tidak kekal panjang atau lama dengan Hisham Arshad, aku cari kau yea Saiful Iskandar ... Harap-harap waktu itu kau masih bujang lagi lah ... Kerana kau adalah pilihan kedua ku ... Hendak sahaja aku meletakkan kau sebagai pilihan pertama ku ... Tetapi apa kan daya, Hisham Arshad lebih pantas memasuki di dalam hati ku ini ... Tunggu aku Saiful Iskandar ... Maafkan aku Saiful Iskandar ...

Ya Allah! Malunya aku kalau dia dah baca diari aku ni ... Memang nak kena lah si Zakiah ni ... Siap lah, kalau aku balik Malasysia nanti, memang kau lah orang pertama aku jumpa ... Make sure, insurans kau penuh lah ... Apa-apa terjadi dekat kau, boleh lah laki kau tuntut ... Geram nya aku dengan kau Zakiah!!!

            “Alia, kau okey ke ??? Kenapa muka kau merah semacam aje ni ??? Panas sangat ke, kita cari tempat redup ya”

 Ya Allah! Macam termakbul aje apa yang aku tulis kan dalam diari tu ... Tapi, maafkan aku Saiful ... Aku bukan nak kan kau betul-betul pun ... Muka kau tu ingatkan aku dekat pelakon Korea, sebab tu aku tulis kat dalam diari ... Kalau betul kau datang sini sebab nak cari aku ... Nak ajak aku balik Malaysia lepas tu kita kahwin, tak apalah Saiful ... Aku ta nak ... Maafkan aku kalau kau rasa diri kau seperti di permainkan ... Maafkan aku Saiful Iskandar ...

            “Maafkan aku ... Maafkan aku ... Maafkan aku Saiful Iskandar!!!”
            “Woi! Apa masalah kau ni ??? Mengelamun lagi ... Itulah kau, sebab tu masa dekat UiTM dulu ramai yang gelarkan kau ‘Queen of Ngelamun’ ... Aduh, Alia ... Yang kau nak minta maaf ni kenapa ???”
            “Hehe, maaf Saiful ... Tak adalah, mana ada ... Eh! Iya ke aku minta maaf ... Hehe, tak ada lah ... Tak ada apa-apa”, aku tersenyum malu ... Malu sungguh ...
            “Kau sihat ???”
            “Alhamdulilah, aku sihat ... Macam yang kau dapat lihat ... Ini lah kehidupan aku ... Tadi kau cakap kau cari aku kan, kenapa ???”, aku kembali ke perbualan asal ...
            “A’ah ... Abah kau telefon Zakiah ... Minta Zakiah untuk cari kan kau ... Tapi kau tahu kan, Zakiah dah berkeluarga, mana boleh dia tinggalkan keluarga dia semata-mata nak cari kau ... So, dia cerita dekat Pijat ... Pijat telefon aku dan dia minta tolong aku”
            “Tapi macam mana kau tahu aku ada dekat sini ??? Sedangkan aku langsung tak bagi tahu apa-apa dekat Abah aku”, aku hairan ...
            “Aku agak aje ... Maklum lah, menurut Hisham dulu kalau kau gaduh dengan Hisham kau akan cerita dengan Abang Long kau ... So, sikit-sikit Abang Long ... Dari apa yang Zakiah dan Pijat cerita dekat aku, aku dah agak kau mesti pergi ke tempat Abang Long kau kan”
            “Mana Zakiah dan Pijat tau ... Eh! Aku tak faham lah ... Kau cerita kasi terang boleh tak ???”, aku semakin keliru dengan cerita yang Saiful cuba sampai kan ...
            “Hari yang kau pergi tu, Abah dengan Ibu kau gaduh hebat ... Kak Cham telefon Zakiah, minta Zakiah datang ke rumah kau untuk leraikan pergaduhan Abah dan Ibu kau”

Ibu dan Abah gaduh ... Perkara ini lah yang aku paling takutkan ... Aku tidak sangka, kepergian aku telah meimbulkan pergaduhan yang besar buat Ibu dan Abah ... Aku rasa menyesal sekali ... Tidak sepatutnya aku pergi begitu sahaja ... Tanpa bertemu, bersalam dan memohon keampunan dari Ibu dan Abah ... Ibu, Abah, Kak Cham, Alia minta maaf ... Alia minta maaf sangat-sangat ... Maafkan Alia ...

            “Mujur tak ada apa-apa yang terjadi ... Sejak malam tu, Ibu kau tak nak makan, tak nak jumpa orang langsung ... Sehingga dia jatuh sakit ... Seminggu kepergian kau, Abah telefon Zakiah ... Dia minta sangat agar Zakiah dapat cari kau dan pujuk kau agar kau mahu pulang dan jenguk Ibu kau ... Tapi, seperti yang aku katakana, tak mungkin untuk Zakiah kerana dia sudah berkahwin ... Tak kan dia nak tinggalkan keluarganya pula ... Jadi dia minta tolong aku untuk cari kan kau ... Seperti yang aku katakan pada kau ... Antara Abang Long dan Kak Ngah kau, kau paling rapat dengan Abang Long ... Jadi, aku rasa kau tak pergi jauh mana pun ... Kau mesti pergi ke tempat Abang Long kau ... Aku minta Zakiah menanyakan ke mana Abang Long kau berada sekarang, dan Abah bagi tahu Abang Long kau berada di London ... Aku syak, mungkin kau ada dekat sini ... Sebab itu, aku cari kau sampai ke sini”, kata Saiful ...
            “Oh, patut lah ... Masa Zakiah tanya pasal Abang Long aku dekat Abah, Abah ada syak tak yang aku ada dekat London”, aku risau jika Abah tahu aku ada dekat sini ... Mesti dia akan minta Abang Long pujuk aku pulang ... Sesungguhnya, Abang Long tidak tahu kisah sebenar, kenapa aku hendak ke London ... Aku cuma beritahu bahawa aku hendak menukar angin ... Kalau aku beritahu perkara yang sebenar, memang benar-benar “menukar angin” lah nanti ... Abang Long pasti marah ...
            “Tak ada pulak ... Cuma dia minta sangat agar Zakiah dapat pujuk kau pulang”
            “Aku bukan tak nak balik Saiful ... Hati aku sakit sangat ... Kau bayangkan lah 5tahun aku ikut aje cakap Ibu ... Ibu nak ni, aku buat ... Ibu suruh tu, aku ikut sahaja ... Sekali pun Ibu tak pernah tanya aku dah makan ke, aku sakit ke, aku ni ke, aku tu ke ... Langsung tak ada Saiful”, aku meluahkan perasaan aku terhadap Saiful ...
            “Tapi, apa yang kau buat ni, salah Alia ... Kau tahu tak, kau secara sah nya jadi anak derhaka ... Walau sekali pun Ibu dan Abah kau ampun kan kau, tapi kesalahan yang telah kau buat mungkin sukar untuk di ampun kan ... Kau meninggikan suara kau dekat Ibu ... Kau lari dari rumah ... Kau sedar tak apa yang kau buat tu ???”
            “Kau jangan nak mengajar aku Saiful!”, aku mula marah ... Aku tidak puas hati dengan kata-kata Saiful ...
            “Apa salah ke aku cakap ... Aku cakap benda yang betul Alia”, Saiful cuba menenangkan aku ...
            “Kau tak tahu, aku sakit 5tahun ... Jiwa aku terseksa, 5tahun Saiful ... Aku macam orang bodoh ... Aku ikutkan sahaja apa yang orang sekeliling aku kehendaki ... Aku cintakan Hisham ... Aku sayangkan Hisham ... Hisham meninggal dunia, sebegitu juga dengan cinta ku ... Apa yang kau lihat ni, hanya cinta Hisham ... Aku bernyawa kerana cinta Hisham ... Aku dah tanam sekali jasad dan cinta aku bersama Hisham ... Ibu, Ibu suka sakitkan hati aku ... Ibu suka gelarkan Hisham ‘orang mati’ ... Kau tak rasa sakit hati ke, bila orang yang kau sayang tu di hina sebegitu sekali”, aku mula menangis ...
            “Ibu kau betul ... Hisham dah mati, Alia ... Tak mungkin untuk dia hidup lagi”
            “Kau dengan Ibu aku sama aje! Aku benci orang macam kau! Aku benci kau sama aku benci Ibu aku! Dah lah kau balik lah Malaysia ... Peduli kan aku ... Kau cakap dengan Abah, aku sihat aje ... Bila aku nak balik, itu terpulang pada aku ... Kau dah sakit kan hati aku ... Jangan berani untuk kau muncul lagi di hadapan aku ... Aku benci kau! Benci!”, aku marah lalu bingkas bangun mencari Farish dan Fatihah dan meninggalkan Saiful ...
           
Malam tu kurang menyenangkan buat aku ... Kenapa semua orang suka nak pisahkan aku dengan Hisham ... Tidak kah mereka tahu, bahawa aku sangat menyintai dan menyayangi Hisham ... Tidak boleh ke mereka tahu bahawa cinta kami ini tulus ... Aku cukup marah kalau ada yang menentang percintaan aku dengan Hisham ... Hisham bukanlah mat rempit untuk orang benci ... Hisham bukanlah penagih dadah, yang mengacau hidup orang sehinggakan orang benci akan dia ... Aku tidak boleh menerima dengan apa yang orang buat dan katakan terhadap Hisham ... Sukar untuk aku menerimanya ...

Saiful sering mengganggu aku dan memujuk aku agar aku pulang ... Aku pun tidak tahu bagaimana dia tahu tempat tinggal aku ... Sudah seminggu berlalu begitu sahaja ... Hidup aku kembali tidak gembira ... Biar apa pun caranya, Farish dan Fatihah menceriakan aku ... Tetapi aku tetap juga tidak ceria ... Fikiran aku terganggu ... Sehinggakan aku mengabaikan Farish dan Fatihah ... Mujur mereka faham, kadang-kadang kalau aku lalai, mereka akan melakukannya sendiri ... Mereka sangat comel dan membesar dengan baik ... Bagus tunjuk ajar Abang dan Kak Long ... Aku rasa menyesal dengan apa yang aku lakukan ... Tidak sewajarnya aku babitkan Farish dan Fatihah dalam hal aku ... Farish, Fatihah, maafkan Cik Lia ...

            “Cik Lia gaduh dengan uncle ke ???”, tersedar aku dengan pertanyaan Farish ...
            “Tak adalah ... Buat apa Cik Lia nak gaduh dengan uncle ... Lagi pun uncle just my friend”, aku senyum kepada Farish dan Fatihah ...
            “Friends or Boyfriends ???”, Fatihah bertanya, saja Fatihah menekankan perkataan ‘boy’ tu ... Memang nak kena budak ni ...
            “Hello! Excuse me! Boyfriends ... Who boyfriends, hah ?!”, aku pura-pura garang dengan mereka ...
            “Kalau tak nak, Tihah nak ... Uncle tu hensem apa”, Fatihah tersenyum malu ...
            “Cik Adik, awak tu kecil lagi ... Jangan nak berangan lah ... Kalau awak nak kahwin sekali pun, awak ingat Mummy dan Daddy awak akan setuju ke dengan apa yang awak nak ???”, aku mengenakan Fatihah ...
            “Alah, Tihah suruh lah uncle tu tunggu Tihah ... Cik Lia mesti tak percaya dengan cinta sejati kan ... Daddy ada cakap yang cinta sejati tu hanya wujud sekali aje ... Sekali kita dah jatuh hati, kita jangan lepaskan orang tu ... Sebab sukar untuk kita perolehi cinta sejati tau”

Ayat itu ... Ayat itu sama seperti yang pernah Hisham katakan kepada aku ... Kata Hisham, aku ni adalah cinta sejati nya ... Hisham juga pernah berkata bahawa, cinta sejati akan kekal untuk selamanya ... Kerana cinta sejati adalah ikhlas dan jujur ... Dulu, Hisham tidak percaya dengan cinta sejati ... Tetapi selepas berjumpa dengan aku, muncul nya aku di depan nya, Hisham percaya yang cinta sejati itu wujud ...

            “Suka hati kamu lah Tihah ... Tapi nanti kalau uncle dah tua, dah kerepot kamu nak jugak ke ???”
            “Cik Lia, Cik Lia ni tak faham ya ... Itu nama nya cinta sejati ... Tak kenal apa pun ... Rupa ... Sikap ... Fizikal dan mental nya ... Tak kisah lah ...  Apalah Cik Lia ni”, kami gelak bersama-sama ... Dah lama tak gelak bersama-sama seperti ini sejak kehadiran Saiful ... Sejak Saiful membuat aku sakit hati ...

Hari ini adalah hari terakhir peperiksaan Farish dan Fatihah ... Selepas itu mereka akan bercuti panjang sehingga lah tiba nya tahun baru ... Kak Long akan pulang lagi 3minggu ... Abang Long pula akan pulang lagi sebulan lebih ... Aduh, ini bermakna tugas aku beres dan aku perlu pulang ke Malaysia ... Tapi aku tak nak, aku tak nak balik ke Malaysia ... Tapi alasan apa yang aku hendak berikan kepada Abang Long ... Hari aku berhajat hendak membawa Farish dan Fatihah berjalan-jalan ... Tetapi ke manakah kami hendak pergi ... Kesemua tempat sudah kami pergi ... Bahkan orang di semua kedai atau restoran yang kami kunjungi juga mengenali kami ...

Tak kisah lah, memandang kan hari ini hari mereka, baik biar mereka yang mengutuskan ke mana mereka hendak pergi ... Tunggu sahaja lah mereka pulang dari sekolah ... Tetapi mereka agak pelik malam tadi ... Mereka beritahu kepada aku bahawa mereka aku pulang sendiri tanpa di jemput oleh aku ... Katanya juga mereka hendak ke suatu tempat dahulu ... Kemanakah mereka mahu pergi ... Kenapa pula mereka tidak mahu dijemput oleh aku ... Lepas itu berpesan supaya aku berpakaian cantik ... Kemanakah mereka mahu membawa aku ... Mereka sangat pelik, tak kisah lah janji mereka pulang ...

Ting Tong! Ting Tong! Ting Tong!

Bunyi loceng tu ... Tak akan lah mereka dah balik ...  Lihat jam pada dinding memang sudah waktu Farish dan Fatihah balik ... Tapi tak akan awal sangat mereka sudah sampai ke rumah ... Pelik betul lah ... Dengan keadaan semalam ... Hari ini ... Memang sangat pelik ... Tak apalah, baik aku buka pintu ... Tak baik kalau aku biarkan tetamu tunggu lama ... Tak kisah lah siapa pun ...

Saiful! Kenapa dia datang ke rumah ... Dah lah budak-budak tiada di rumah ... Tak baik kalau aku jemput dia masuk ke dalam rumah ... Walaupun ini di London, penuh dengan kebebasan, tapi aku masih lagi anak yang berkuturunan Islam ... Aku patuh pada agama ... Kerana aku cukup ilmu agama yang di ajar oleh Abah ... Tak mungkin lah untuk aku benarkan dia masuk ... Baik aku tanya, apa yang di mahu ... Di dalam kereta itu seperti Farish dan Fatihah sahaja ... Buat apa mereka di dalam kereta Saiful ...

            “Cik Lia! Jom! Kita jalan-jalan ... Uncle nak ajak kita jalan-jalan”, teriak Fatihah ...
            “Jom lah Cik Lia!”, kata itu di sambung oleh Farish ...
            “Jom lah, anak buah kau dah ajak tu ... Jangan risau, aku bukan nak buat jahat pun ... Aku tahu lah batas-batas sebagai seorang Islam ... Walaupun kita dekat negara orang, tak bermakna kita perlu lupakan ajaran Islam kan ... Jom lah, nanti diorang tunggu lama pulak ... Tadi pun dah merungut lapar ... Karang sakit anak buah kau tu, aku tak nak tanggung yea”, kata Saiful ada benarnya ...
            “Baiklah, kejap aku tukar baju dengan tudung aku ni”, aku meminta Saiful tunggu sebentar ...
            “Tak payah lah Cik Lia ... Lapar ni! Jom lah!”, teriak Fatihah ...

Aku tidak sampai hati untuk membiarkan kedua anak buah aku kelaparan ... Tak apalah bukan selalu pun aku keluar dengan jeans dan t-shirt serta tudung bawal biasa ... Biasa juga aku keluar dengan memakai seperti ini ... Tetapi lain nya, tak biasa aku berpakaian sebegini jika keluar bersama lelaki yang aku tidak kenali ... Dengan Hisham dulu pun tidak pernah  aku keluar dengan pakaian sebegini ... Tak apalah, demi anak buah aku ... Anything for you Farish and Fatihah ... Aku ikut langkah Saiful dan mengunci pintu rumah sambil di perhatikan kedua anak buah ku ... Begitu seronok mereka ... Tidak pernah aku melihat mereka seronok dan gembira sebegini ...

Hari ini berjalan dengan baik dan lancar ... Mereka sangat gembira dan seronok ... Ternyata tafsiran aku pada Saiful salah ... Saiful yang sangat mesra dengan budak-budak seperti arwah Hisham ... Saiful seperti Hisham ... Watak nya ... Pergaulan nya ... Tutur kata nya ... Sama seperti Hisham ... Astaghfirullahalazim! Kenapa aku berfikir sebegini ... Tak mungkin! Itu Saiful bukan Hisham ... Tak mungkin untuk aku sama kan dia dengan arwah ... Perbuatan mereka sama mungkin kerana mereka sudah kawan lama ... Tak salah kalau ada sedikit perangai Hisham yang Saiful terikut ... Tak mungkin juga kalau ada perangai Saiful yang Hisham ikut ... Mereka rapat seperti belangkas ...

            “Kau terfikirkan Hisham ke ???”
            “Kenapa kau tanya ??? Tak payah nak sibuk lah ... Lagi pun kau hanya akan sakit kan hati aku aje ... Dah lah cakap benda lain ... Sebab kalau mood aku berubah nanti anak buah aku perasan”, aku mengelak untuk terus berbual dengan orang yang suka menyakitkan hati aku ...
            “Cuba kau lupakan Hisham ... Cuba kau terima lelaki lain dalam hidup kau, Alia Nadira”
            “Hisham! Just Hisham in my heart ... Tak ada siapa pun dapat pisahkan aku dengan Hisham ... Cinta kami ikhlas ... Cinta kami jujur ... Cinta kami tulus ... Hanya kematian sahaja yang dapat memisahkan kami”
            “Kau kata ‘hanya kematian yang dapat pisahkan korang’, kan, dia dah mati apa ... Tak salah untuk kau lupakan dia”
            “Kenapa kau tak faham-faham ??? Tak bermakna kalau Hisham atau salah seorang dari kami mati, dan salah seorang dari kami juga perlu mencari pengganti ... Tak mungkin!”, aku tegas dengan pendirian ku ...
            “Cuba kau sedar, orang yang dah mati tak mungkin untuk ia kembali hidup ... Kau yang sebenarnya seksa hidup kau sendiri ... Bukan Abah mahupun Ibu ... Mereka hanya nak bantu kau ... Tapi kau yang tak dapat menerima kenyataan ... 5tahun Alia, lupakan aje lah Hisham!”
            “Jangan sesekali berani untuk menasihati aku supaya lupakan Hisham ataupun cinta dia ... Tak mungkin untuk aku lupakan dia ... Tak semudah itu, Saiful Iskandar!”
            “Hisham Arshad, dah mati! Dia tak ada kat dunia ini lagi ... Faham!”
            “Dia belum mati lagi! Dia hidup dalam hati aku!”
            “Kau tetap dengan pendirian kau kan Alia Nadira ???”
            “Sudah semestinya ... Kerana aku sayang dan cinta kan Hisham hari-hari ... Cukuplah, buang masa aje aku bergaduh dengan kau ... Sebab kau tak faham pasal cinta, kau tak pernah bercinta”, marah ku kepada Saiful kerana sikap nya seperti Ibu ...
            “Hisham hidup lagi! Hisham Arshad yang kau cinta kan seperti separuh mati aku tengok nie, dia masih hidup lagi!”

Apa ??? Hisham masih hidup lagi ... Mustahil ... Perkara ini tak benar ... Masakan orang yang dah mati boleh hidup kembali ... Mustahil ... Aku tak percaya ... Alia Nadira! Kenapa dengan kau ni ... Mula-mula kata tak setuju yang Hisham dah mati ... Lepas tu marah kalau orang panggil Hisham itu sudah mati ... Kau ni dah kenapa ... Kini percaya yang dia mungkin wujud ... Kau sedar tak Alia Nadira apa yang kau cuba fikirkan ini ... Hisham hidup lagi ... Tapi macam mana ...

            “Kau tipu aku kan Saiful ... Kau saja nak kenakan aku, kan”, airmata ku mula mengalir ...
            “Nak buat apa aku tipu kau ... Aku rasa kau dah jumpa dia, Alia Nadira”
            “Apa ???”, aku semakin tidak faham apa yang cuba Saiful katakan ...
            “Haikal Arshad yang kau jumpa, yang kau rasakan dia adalah pengganggu hidup kau adalah Hisham Arshad ... Kekasih hati kau!”

Mustahil! Mustahil itu Hisham Arshad yang aku kenal ... Hisham Arshad tak sama dengan Haikal Arshad ... Mungkin nama sahaja yang sama tapi bukan orangnya ... Mustahil! Aku tidak percaya ini ... Aku sendiri melihat sewaktu pengebumian Hisham ... Aku sendiri melihat sendiri dengan mata kepala ku sendiri bahawa jenazah adalah Hisham ... Tidak ... Mungkin ini adalah perangkap yang cuba Saiful pasang supaya aku pulang ke Malaysia ... Bila Saiful berkata begitu, aku mungkin berniat akan pulang ke Malaysia dan mencari dia ... Tidak, kali ini aku tak akan tertipu oleh sesiapa pun ... Tidak!

            “Tak mungkin Saiful! Aku sendiri melihat di dalam kubur itu adalah Hisham”, aku cuba menyakinkan Saiful bahawa Hisham sudah mati ...
            “Itu adalah khayalan kau sahaja ... Sebelum kau ke tempat perkuburan, Abang Long kau telah bersekutu dengan kawan nya yang seorang doktor untuk menyuntik kau dengan sejenis ubat ... Bila kau di suntik, kau hanya akan berfikir orang itu sahaja ... Apa yang kau nampak hanya lah orang kau fikirkan sahaja ... Oleh itu, kau hanya nampak Hisham selepas seminggu kematian Hisham, kerana kesan ubat itu ... Sedangkan Hisham masih hidup lagi”, terang Saiful ...

Abang Long! Sampai nya hati Abang Long untuk mengenakan aku ... Tidak kah dia sedar bahawa aku ini adik kandung nya sendiri ... Sanggupkah Abang Long perlakukan sebegini ke atas darah daging nya sendiri ... Aku tidak boleh terima semua ini ... Langsung tidak dapat menerima ini ... Hisham! Hisham Arshad masih hidup ... Apa yang cuba Saiful sampaikan adalah benar ... Maknanya, dia datang ke sini bukan hanya untuk mengajak aku pulang tetapi memberitahu bahawa Hisham masih hidup lagi ...
            “Mana nya kau datang sini nak bagi tahu yang Hisham masih hidup lagi ???”
            “Ya! Sebenarnya aku dah tahu lama yang Hisham hidup ... Dia tak mati pun sebenarnya ... Dia telah di sorokkan oleh keluarga nya ... Ini adalah angkara Ibu kau sendiri ... Ibu tak suka kau dengan dia ... Dulu Ibu tak dapat nak kongkong hidup Abang Long serta Kak Ngah, kini dia nak kongkong hidup kau ... Sebab tu dia sanggup lakukan apa sahaja, biar salah satu anak dia merasakan apa yang dia pernah rasakan dahulu”
            “Ibu kejam! Aku dah agak yang Ibu mesti buat ini bersebab”, aku terus menangis ...
            “Kau ikut balik Alia ... Kau settle kan semua ini ... Kau akhirkan lah semua ini”
            “Aku mesti balik ... Pertama aku nak dengar dari mulut Ibu sendiri ... Rupanya aku hidup dengan penipuan korang semua ... Aku benci korang! Aku nak jumpa Hisham ... Ya! Sesungguhnya aku rindu dia”
            “Kalau kau balik nak jumpa Ibu, mungkin benar dan aku setuju, tapi, aku tak setuju kalau kau hanya nak tambah kan masalah ... Kau boleh selesaikan dengan cara yang baik Alia”, Saiful cuba memujuk ...
            “Aku dah lama terseksa Saiful ... Kau tak rasa ke yang kawan kau ni macam orang bodoh!”
            “Kau yang buat diri kau kelihatan seperti orang bodoh!”
            “Aku ??? Kau salahkan aku ... Salah korang, tapi nak kata semua ini salah aku ... Apa khabar agaknya Hisham ya ??? Masih setia kah dia pada cinta nya ???”
            “Tak payah lah Alia ... Dia dah kahwin pun ... Dah ada anak pun”

Kahwin! Anak! Mustahil! Hisham Arshad yang aku kenal sangat setia pada cinta nya ... Tak mungkin begitu mudah Hisham berpaling tadah ... Aku punya lah setia dengan dekat dia sepanjang 5tahun ini ... Aku turuti sahaja kemahuan Ibu ... Aku biarkan diri ku seperti dungu ... Aku biarkan orang ketawa dan kutuk aku ... Aku hanya mampu hidup kerana cinta Hisham ... Aku tak percaya dengan apa yang kau katakan Saiful Iskandar ... Mustahil!!!

            “Aku tak percaya!”
            “Kau boleh balik Malaysia, kau tengok sendiri dengan mata kepala kau sendiri ... Paling tepat kau boleh tanya Zakiah atau Pijat ... Kalau kau tak nak, nak lebih percaya tanya Ibu kau sendiri!”

Ya! Aku perlu pulang ke Malaysia untuk mendapatkan semua jawapan ini ... Tapi bagaimana aku hendak pulang ... Farish dan Fatihah bagaimana, tak kan aku hendak tinggalkan mereka sendirian di sini ... Abang dan Kak Long lama lagi nak balik ... Tak apa, aku boleh bawa mereka sekali ... Lagi pun Abah dan Ibu dah lama tak jumpa mereka ... Walaupun mereka tidak rapat dengan Ibu, tapi mereka rapat dengan Abah ... Bagaimana aku hendak bawa mereka ... Pasport mereka ada di mana ??? Kalau ada dengan Abang Long atau Kak Long, susah lah hendak aku bawa mereka sekali ... Aku perlu menanya kepada Abang dan Kak Long ... Aku perlu pulang ke Malaysia dengan kadar segera ... Aku perlu kan jawapan untuk semua soalan ku ini ...

Alhamdulilah pengurusan aku untuk pulang ke Malaysia langsung tiada masalah ... Malah passport Farish serta Fatihah ada bersama mereka rupanya ... Aku bersyukur sangat ... Seolah tuah berpihak pada diriku ... Tetapi bukan itu yang harus ku fikir kan ... Aku harus pulang dan bertemu dengan orang yang telah banyak menyusahkan hidup aku ... Orang yang banyak menyeksa aku ... Hisham! Ya, aku perlu menemuinya juga ... Jika benar dia sudah mati, siapakah yang di dalam kubur itu ... Jika benar dia masih hidup lagi ... Kenapa perlu dia menyamar sebagai orang lain ... Aku bingung ... Semakin aku fikir, semakin sakit kepala ku ini ... Farish dan Fatihah sudah tidur ... Aku juga perlu berehat ... Aku perlu mengumpul tenaga ku untuk bersua dengan semua orang ...

Abang dan Kak Long tidak tahu kenapa aku membawa anak mereka pulang ke Malaysia ... Aku menipu mereka dengan mengatakan mereka sudah pun bercuti ... Cuti yang sangat panjang ... Apa salahnya kalau aku bawa mereka pulang ke tanah air mereka sendiri, Malaysia ... Kadang-kadang ada salahnya Abang Long ni, suka sangat ikut kata Kak Long ... Tidak pernah mahu pulang ke Malaysia walaupun cuti sekolah ... Balik hanya untuk perayaan sahaja ... Memang aku tidak setuju dengan ini ... Takutnya kalau mereka lupa saudara-saudara di Malaysia ...

Jam menujukkan pukul 3petang waktu Malaysia ... Aku tidak memberitahu sesiapa bahawa yang aku akan pulang hari ini ... Aku juga tidak beritahu kepada Saiful ... Saiful masih ada lagi di London ... Aku tinggalkan dia di sana ... Aku rasa tugas Saiful sudah pun selesai iaitu mencari aku dan menyuruh aku pulang ... Kini aku perlu terus menuju ke rumah ... Tetapi aku perlu ke satu destinasi ... Zakiah ... Aku perlu menemui Zakiah ... Zakiah juga tahu mengenai hal ini ... Sampai hati kau Zakiah ... Sudah tahu hal yang sebenarnya, tetapi langsung tidak beritahu aku ... Sering juga kau BBM aku, tetapi tidak pula kau beritahu aku kan ...

            “Cik Lia, siapa nak amibil kita ni, Tihah dah penat lah”, kata Fatihah ... Kesian dia, dah lah sepanjang penerbangan dia langsung tidak selesa ...
            “Kejap ya, Cik Lia tahan teksi”, pujuk ku ...
            “Kenapa tak suruh Grandpa aje yang ambil kita”, tanya Farish ...
            “Its okey lah ... Cik Lia tak nak menyusahkan Grandpa ... Lagipun Grandpa sibuk ... Kita buat surprise ya kat Grandpa dan Granny”, aku tersenyum pada mereka ...
            “Surprise ???”, tanya Fatihah, kelihatan hairan kanak kecil ini ... Maafkan Cik Lia kerana babitkan kamu berdua dalam masalah Cik Lia ...
            “Its okey lah dear ... Yeah! Tu teksi, kita tahan ya ... Lepas tu boleh balik cepat”

Dengan pantas aku menahan teksi dan pulang ke rumah ... Betul juga kata Fatihah, memang letih dan sangat extreme letihnya ... Mungkin aku perlu pulang dahulu ... Tenangkan minda dan solat ... Ya Allah! Ampunkan aku ... Aku jarang menyembah mu ... Itulah aku, Alia Nadira ... Sejak “kematian” Hisham, aku jarang bersolat ... Aku bersolat bila aku rasa hendak bersolat ... Dosa nya aku ... Bukan dosa kecil, tetapi dosa besar yang telah aku lakukan ... Masih dapat di ampunkan ke dosa ku ini ... Ya Allah, ampunkan aku ... Aku lalai, aku alpa ... Astaghfirullahalazim!

Sepanjang pulang ke rumah, airmata ku tiba-tiba mengalir ... Kenapa ??? Kenapa airmata ini mengalir ??? Bukan salah kau Alia Nadira ... Kau adalah mangsa ... Kau mangsa Ibu ... Kau mangsa Hisham ... Kenapa kau perlu rasa sedih ... Kau perlu pertahan kan hak kau ... Kau perlu pulih kan keadaan ini, semua ini ... Kring! Kring! Kring! Panggilan dari Saiful ... Panggilan dari London ni ... Adakah dia mencari aku ... Saiful ada memberitahu kepada aku supaya jangan bertindak sendirian ... Maklumlah, aku ini memang suka bertindak sendiri ... Kalau nak marah orang, marah sahaja ... Tidak pedulikan orang di sekeliling ... Tak kisah juga lah kalau kemudian hari nanti perlu rasa malu ... Kadang-kadang Zakiah selalu menjadi mangsa nya ... Aku ni seorang yang lurus ... Bukan lurus bendul ... Tapi aku seorang yang tegas dan tak suka melambat-lambatkan sesuatu perkara ... Tidak kisah lah dari segi kerja atau apa sahaja ... Alhamdulilah, teksi sudah pun sudah memasuki kawasan perumahan ku ... Tidak kisah lah apa akan terjadi ... Saiful atau siapa sahaja tidak layak untuk menahan aku dari mencari kisah sebenar ... Maafkan aku Saiful, sebab terpaksa bertindak sekarang ... Aku tak sanggup lagi ... 

Friday, 6 July 2012

:: MWLCI -part1-


MASIH WUJUD LAGIKAH CINTA ITU

Nama aku Alia Nadira Ahmad … Umur sudah menjangkau 29tahun … Rakan-rakan yang sebaya ku sudah pun berkahwin … Sudah juga beranak-pinak … Aku tumpang gembira buat mereka, kerana mereka berjaya memperolehi kebahagiaan yang mereka impikan … Bahkan mereka berkahwin dengan cinta sejati mereka … Aku … ??? Sampai sekarang aku tak temui cinta sejati … Cinta pertama benar-benar memberi tamparan yang hebat buat diriku … Sehingga kan ku rasakan dia tiada tandingannya, dan sukar untuk ku mencari penggantinya … Apalah nasib diriku ini … Hanya Allah yang mengetahui segalanya …

Hisham! Hisham adalah cinta pertama dan cinta sejati ku … Orang kata cinta sejati akan kekal untuk selama-lamanya … Tetapi tidak pada aku … Orang juga kata cinta pertama sukar untuk di lupakan … Ya! Aku setuju dengan itu, kerana sampai sekarang tidak mudah dan tidak mungkin akan ku lupakan cinta pertama ku, Hisham …

Hisham telah meninggal dunia 5tahun lepas kerana barah otak … Perkenalan kami sangat singkat, kerana keberanian dia sebagai seorang lelaki membuat kan aku jatuh hati pada dia … Masih ada lagi kah lelaki seperti Hisham … Mungkin masih ada lagi, tetapi tidak seratus peratus seperti beliau … Allah lebih sayang kan dia, aku redha dan pasrah atas kepemergiannya … Aku tahu, Allah “mengambilnya” dari aku, dan Allah juga akan “menggantikan” dengan yang lebih baik …

Mungkin itu juga yang sering kali Ibu dan Abah lakukan … Sepanjang 5tahun ini lah, aku sering di jadikan mangsa oleh Ibu dan Abah … Ada sahaja pasangan buat diriku … Anak kawan lama Abah lah … Anak kawan Ibu lah … Anak kawan ini lah … Anak kawan itu lah … Tetapi satu pun tidak terlintas untuk ku pilih … Kerana aku masih cinta kan Hisham … Aku masih menapak di bumi ini, kerana cinta Hisham … Aku masih bernyawa, kerana cinta Hisham … Aku masih bernafas kerana cinta Hisham yang tulus ... Cintanya yang sangat ikhlas dan mungkin sukar untuk ku perolehi dari lelaki lain … Aku ikutkan sahaja kehendak Ibu dan Abah sepanjang 5tahun ini …

Akhirnya, Ibu dan Abah berputus asa … Mereka tidak tahu lagi cara apa yang harus mereka lakukan agar aku lupakan Hisham serta menerima lelaki lain dalam hidup ku ini … Aku juga sudah putus asa dan telah mengambil keputusan … Dimana menyambung pelajaran ku dalam bidang fesyen … Aku amat meminati dunia fesyen … Salah satu kenapa Hisham jatuh hati pada ku, kerana cara ku memakai tudung … Berbeza dari yang lain …

            “Ibu, Abah, Alia dah buat keputusan yang Alia nak sambung belajar”, kata ku …
            “Kamu nak sambung belajar ??? Kamu biar betul ???”, tanya Ibu … Seolah-olah Ibu tidak percaya dengan kata-kata ku …

Mananya tidak, aku dan Hisham pernah berjanji bersama-sama yang kami akan ambil ijazah bersama-sama … Aku juga pernah memberitahu kepada Ibu dan Abah bahawa yang aku tidak mahu lagi menyambung pembelajaran ku kerana Hisham sudah tiada lagi … Tetapi itu semua tidak penting lagi … Mungkin dengan cara ini aku dapat melupakan Hisham … Aku mungkin dapat melupakan nya, tetapi tidak mungkin aku akan lupakan cintanya yang tulus terhadap ku …

            “Iyalah, dari Ibu dan Abah sibuk nak cari kan jodoh buat Alia, baik Alia sambung belajar … Lagi pun dapat lah Alia sambung berfesyen … Dah lama Alia tak berfesyen … Bila jumpa kawan-kawan, mereka banyak tegur kata Alia macam orang tua lah tak reti berfesyen … Sedangkan Alia kan ikon fesyen mereka”, kata ku sambil cuba menyakin kan Ibu dan Abah agar membenarkan aku pergi …
            “Kalau itu yang kamu mahu, Abah tak pernah bantah pun, malah Abah sokong dengan apa yang kamu hendak lakukan”, kata Abah …
            “Tapi, Ibu kurang setuju lah”
            “Kenapa ???”, aku hairan … Kenapa dengan Ibu, itulah Ibu suka membantah …
            “ Kenapa baru sekarang ??? Kenapa tidak waktu 5tahun yang lepas ???”
           
Aku terkejut dengan kata –kata Ibu … Adakah selama ini, Ibu tidak gemar sikap aku yang suka berkabung dek kerana kepemergian Hisham ??? Adakah Ibu tidak mahu aku pergi jauh dari sisi nya, kerana takut aku akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaannya ??? Adakah Ibu tidak gemar aku menyambung pembelajaran ku, bahkan menyuruh ku berfikir tentang perkahwinan ??? Ya! Tidak dapat ku menafikan … Kebanyakkan kawan-kawan Ibu, anak-anak mereka sudah berkahwin dan mempunyai anak … Sehinggakan tiada masa hendak keluar seperti dulu, kerana perlu menjaga cucu … Kehidupan mereka sangat lengkap … Mungkin kerana itu, Ibu selalu jodohkan aku dengan pilihan hati nya …

            “Kenapa Ibu cakap macam tu ??? Ibu tahu tak, yang ibu akan kecil kan hati Alia … Ibu suka tengok Alia sedih ke ???”, kata Abah …

Ya! Ibu suka menyakit kan hati aku … Aku sedar dari awal lagi Ibu tidak pernah suka apa yang aku cuba lakukan … Menurut Abah, kehidupan Ibu dulu selalu dikongkong oleh Tok Wan … Bahkan perkahwinan Ibu dan Abah juga di atur oleh Tok Wan, ayah Ibu … Tak kan aku pula yang menjadi mangsa nya … Bukan kah ini kehidupan ku sendiri … Bukan kah ini kisah hidup ku sendiri … Aku yang akan tempuhi nya dan alami nya sendiri … Kenapa Ibu lakukan semua ini terhadap aku … Adakah dia mahu aku merasakan betapa sakitnya hati bila impian yang kita hendak kecapi tetapi dilarang oleh keluarga sendiri ??? Bukankah seorang Ibu perlu melindungi anaknya dan jangan biarkan anaknya menerima nasib yang sama seperti dirinya dahulu … Persoalan ini sering kali bermain di benak fikiran ku sepanjang 29tahun aku hidup …

            “Tak apalah Abah, kalau Ibu tak setuju dengan apa yang Alia nak buat … Alia tak kisah, lagi pun tak baik kan kalau memberontak dan melawan kata Ibu … Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu kan”, aku tersenyum, tetapi di sebalik senyuman itu terselit seribu kedukaan …
            “Abah tak setuju! Itu cita-cita kamu dari kecil lagi”, bantah Abah …
            “Abah nak marah-marah kenapa ??? Dah budak tu cakap macam tu nak buat macam mana lagi … Dah lah Alia, esok kawan Ibu ada buat parti hari jadi cucu dia … Anak lelaki dia baru balik dari Cairo, belajar kat sana dalam jurusan Syariah … Ibu rasa kamu patut berkenalan dengan dia … Esok kamu ikut Ibu ya”, kata Ibu seolah-olah ingin memujuk hati ku, tetapi hati ku tetap meronta menangis …
            “Itulah Ibu, asyik nak jodohkan anak aje … Entah budak tu dah ada pilihan dia sendiri ke tidak ke, ada Ibu peduli … Abah tak setuju dengan apa yang Ibu cuba buat, atur hidup Alia … Sudah-sudah lah Ibu kita seksa dia sepanjang 5tahun ini … Cukup dia dengar kata-kata kita … Abah tak sanggup lagi”, Abah seolah-olah memahami apa yang ada di dalam hati ku ini …
            “Tak apalah Abah, Alia ikut aje Ibu … Lagi pun Alia kan dah tua, tak layak kot nak sambung belajar … Tak apalah Ibu, Alia ikut Ibu aje esok ya”, aku cuba tersenyum di depan mereka dan cuba menyorokkan kesedihan aku dari Abah …

Hari ini adalah hari yang dinanti-nanti kan … Ibu akan mengajak aku ke rumah kawan nya … Mungkin aku dah bosan dengan kehidupan seperti ini … Diatur ke sana, ke sini … Tetapi tidak pernah sekali ke Ibu memahami ku … Aku ingin kebebasan itu seketika … Sudah puas aku serah kan segalanya itu Ibu lakukan apa sahaja yang Ibu sukakan …

            “Alia! Kamu dah siap ke belum ???”, teriak Ibu …
            “Dah Ibu, Alia dah siap”, sahut ku …

Aku mengena kan blaus berwarna biru … Blaus ini benar-benar mengingatkan aku kepada Hisham … Hisham hadiahkan aku blaus ini … Dia hendak sangat melihat aku memakai nya, tetapi belum sempat aku memakai nya, Hisham telah pergi meninggalkan aku … Tiba-tiba hati ini menjadi sayu … memang aku mudah cair dek bercerita tentang Hisham … Aku tidak pernah mengenal erti cinta sehingga muncul dan hadir nya cinta Hisham dalam hidup ke … Dan kini hanya blaus berwarna biru ini kenangan terakhir yang Hisham tinggalkan kepada aku …

            “Alia, betul ke kamu nak pergi ???”, lamunan ku di ganggu oleh suara Abah …
            “Abah! Terkejut Alia”, aku cuba senyum tetapi airmata ini mudah sangat mengalir selepas hampir 5tahun aku tidak menangis …
            “Kalau Alia tak nak pergi, Abah boleh cakap dekat Ibu … Abah tahu, Alia terseksa kan … Terpaksa ikut dan turuti sahaja permintaan Ibu”, kata-kata Abah ada benarnya …
            “Tak apalah Abah … Alia tak nak Ibu dengan Abah bergaduh gara-gara Alia tak nak pergi … Lagi pun rasanya Ibu dah canang satu Damansara tu yang Alia ini nak datang kot”, aku dan Abah tergelak … Sudah lama kami tak bergelak besar seperti ini … Hanya aku dan Abah …
            “Abah jangan nak menghasut Alia supaya tak ikut Ibu ya!”

Gelak ketawa kami terhenti serta merta selepas mendengar suara Ibu … Aku tahu Ibu mahukan yang terbaik buat diriku … Aku tahu juga, Hisham bukan menantu pilihannya … Kerana Ibu adalah orang pertama yang tahu Hisham menghidap penyakit barah otak tahap 4 … Gara-gara tidak mahu aku tahu, Hisham terpaksa menanggung kesakitan dengan sendirinya … Sehingga Hisham menghembuskan nafas nya yang terakhir … Mungkin kerana Hisham berpenyakit, Ibu serta merta menolak Hisham … Tapi, Ibu kalah … Ibu kalah dengan cinta aku dan Hisham … Cinta kami tulus … Cinta kami ikhlas … Cinta kami utusan dari Allah … Di saat Ibu cuba sekali lagi untuk menerima Hisham dalam hidupnya, di saat itu lah, Hisham di panggil pulang … Sejak saat itu lah, Ibu tidak lagi membenarkan aku mencari pasangan hidupku sendiri … Perlu di awasi oleh Ibu …

            “Apa Ibu cakap macam tu … Abah tak pernah nak hasut Alia macam mana Ibu buat dekat Alia ya … Sebab Alia anak Abah untuk selama-lamanya”, abah senyum kepada ku …
            “Iya lah, sebab dia anak Abah lah dia tak nak dengar cakap Ibu … Asyik nak dengar cakap Abah aje … Alia, dah lah cepat nanti kita lambat … Ibu tak suka lambat-lambat … Ibu nak jadi orang pertama yang kenal kan anak Ibu yang paling lawa ini dekat anak kawan Ibu tu … Sebelum kawan Ibu yang lain sambar”

Ibu seperti yakin bahawa dia akan berbesan dengan kawan baik nya itu … Siapakah kawan baik nya itu ... Kenapa Ibu beria-ia benar hendak menjodohkan aku dengan kawan baik Ibu … Setakat belajar kat Cairo, ada sahaja kawan-kawan Ibu yang terdahulu Ibu kenal kan kepada aku yang belajar di Cairo … Apa yang istimewa sangat lelaki yang bakal aku kenali ini … Dan jika aku berkenan, bakal menjadi suami ku … Tidak! Ini tidak mungkin akan terjadi … Kerana Hisham sahaja yang bertahkta di hati ku ini …

            “Mengelamun!”
            “Mana ada, Ibu ini suka sergah orang tak tentu pasal lah”, aku membuat muka …
            “Maafkan Ibu ya Alia … Dah tu, dari tadi Ibu cakap dengan kamu, kamu buat tak tahu aje”
            “Ibu cakap dengan Alia ??? Ibu cakap apa ???”, aku bertanya kepada Ibu …
            “Nanti sampai sana jangan nak buat muka 50sen awak tu ya”
            “Eh! Mana ada muka 50sen … Tak nampak ke muka anak Ibu ini macam bulan purnama … Cantik apa kot! Sebab itu Hisham suka kat Alia”, tiba-tiba aku merindui lelaki yang pernah bertahkta di hatiku ini …
            “Sudah, sudah! Ibu tak suka kamu sebut nama budak itu lagi … Dia dah mati! Mati!”
            “Ibu! Walaupun dia dah mati, tak bermakna yang dia mati dalam hati Alia!”, aku kurang setuju dengan kata-kata Ibu … Begitu lah Ibu, gemar untuk menyakitkan hati aku jika aku menyebut nama Hisham … Teruk sangat kah Hisham di matanya …
            “Suka hati kamu lah Alia, yang pasti dia dah mati di muka bumi ini dan Ibu akan buat dia juga mati dalam hati kamu itu! Keputusan Ibu muktamad!”, Ibu tegas dengan pendiriannya … Tak mungkin akan aku ubah … Jika putih kata ibu, putih lah katanya … Jika hitam, hitam lah … Terpaksa lah aku akur …

Airmata ini mengalir dengan deras tanpa mempedulikan apa yang Ibu katakan … Tidak kuasa rasanya hendak melayan kerenah Ibu … 5tahun! Hampir 5tahun aku turuti sahaja … Kenapa bila aku hendak membuat keputusan ku sendiri selepas 5tahun ini, Ibu bantah … Ini lah sikap Ibu, aku dan Abah memang tidak gemar … Memang betul kata kawan-kawan Ibu yang lain … Ibu seorang “queen control” … Bukan setakat Abah aje yang di control dengan aku sekali di control nya … Sebab itu lah Abang Long dengan Kak Ngah jarang balik rumah … Sekali dah balik rumah, ada aje lah yang dibebelkan …

Ya! Di saat ini, aku merindui kedua-dua anak buah ku … Farish dan Fatihah … Apa khabar agaknya mereka di London … Mereka di sana kerana kerja Abang Long … Abang Long adalah seorang arkitek … Jika ada projek baru, Abang Long pasti akan merantau … Sebab itu, Farish dan Fatihah tak pernah ada di Malaysia … Mungkin juga sudah lupa akan aku … Tetapi aku tak pernah lupa akan mereka … Sepanjang 5tahun, mereka selalu menceriakan hidup aku …

Hanya pada Farish dan Fatihah sahaja tempat aku bergantung dan meluahkan apa yang terbuku di hati ku ini … Walaupun mereka tidak memahami apa yang terjadi, tapi mereka tetap menjadi pendengar yang baik buat diriku … Kak Ngah, sudah berkahwin 7tahun, tetapi tidak dikurniakan anak … Sehinggakan Ibu selalu menghasut Kak Ngah agar bercerai dengan Abang Ngah … Katanya, Abang Ngah mandul … Sebenarnya, Kak Ngah yang mandul … Aku dan Abah sahaja yang tahu mengenai Kak Ngah … Sebab kami semua tahu perangai Ibu …

            “Mengelamun lagi! Ibu dah cakap kan jangan fikirkan orang yang dah mati!”
           
Ibu sahaja menyakitkan hati aku dengan menekankan perkataan “MATI” itu … Apapun yang terjadi tidak mungkin untuk aku menggantikan Hisham … Hisham tetap di dalam hati ku ini … Aku masih hidup kerana cinta Hisham … Jika bukan kerana cinta Hisham yang tulus, mungkin Ibu tak kan dapat melihat aku lagi … Mungkin aku tak akan akur pada semua perintah Ibu …

            “Suka hati Ibu lah, Alia dah malas nak cakap dah ini”, aku cuba untuk menenangkan hati aku yang sakit ini dek kata-kata Ibu yang suka mengguris hati ku …
            “Erm, nanti kat sana rajin-rajin lah, ringan-ringan lah berbual dengan kawan Ibu tu ya … Sebab anak dia yang Ibu akan jodohkan dengan kamu”, Ibu tersenyum seperti rancangan nya akan berjaya …
            “InsyaALLAH”, balasku seperti acuh tak acuh …

Tidak sama seperti yang ku bayangkan … Rumah ini … Ya! Rumah ini amat ku kenali … Tidak mungkin! Kenapa Ibu ke sini ??? Adakah rumah kawannya di sini ??? Tidak mungkin! Tetapi tadi Ibu ada bilang pada ku bahawa rumah kawan nya itu di Damansara … Tetapi kenapa rumah ini mengingatkan aku pada rumah keluarga Hisham … Bukankah keluarga Hisham sudah berpindah ke Pahang …

            “Alia! Alia! Alia!”, teriak Ibu …
            “Ya, Ibu”, lamunan ku terhenti dek di cubit oleh Ibu …
            “Ibu dah cakap kan, jangan mengelamun … Jangan fikirkan orang yang dah mati!”, bisik Ibu kepada aku …
            “Apa Ibu ini ??? Dia ada nama ya … Hisham! Hisham namanya, jangan Ibu nak suka memanggil Hisham sebegitu”, balas ku yang agak sedikit tinggi … Walaupun aku tahu dosa, tetapi sakit hati ini bila Ibu suka menggelarkan Hisham dengan perkataan “mati” …
            “Assalamualaikum”

Aku tersedar dengan seseorang yang memberi salam … Suara ini, suara ini pernah ku dengar … Sebelum ini sering kali aku dengar … Ya! Ummi! Ummi adalah ibu Hisham … Apa yang Ummi buat di sini … Bukankah Ibu memberitahu kepada aku bahawa dia dan keluarga akan menetap di Pahang dan tak akan kembali ke rumah ini lagi …

            “Wa’alaikumusalam”, jawab ku serta di ikuti Ibu …
            “Kak Rahmah, apa khabar?”, Ibu memulakan bicaranya …
            “Khabar baik … Siapa ini ???”, tanya Ummi …

Tak kan Ummi sudah melupai aku … Mudah sungguh Ummi melupakan aku … Sedangkan ketika Hisham hidup dahulu sering kali aku ke rumah ini … Membantunya memasak … Tidak mungkin Ummi melupakan aku dengan cepat sekali … Walaupun sudah 5tahun, aku tidak pernah melupakan sesiapa di dalam keluarga Hisham … Ibu! Ya, Bagaimana Ibu mengenali Ummi … Sedangkan aku tidak pernah membawa Ibu berjumpa Ummi … Begitu juga Hisham, Hisham tidak pernah membawa Ummi berjumpa Ibu …

            “Inilah anak dara saya, Alia Nadira”, Ibu mula mengenali aku kepada Ummi … Ya! Ummi benar-benar tidak mengenali aku … Mungkin di saat hendak melupakan Hisham, Ummi melupakan aku sekali …
            “Salam Alia”, Ibu menyuruh ku bersalaman bersama Ummi … Ya! Aku sudah lama tidak bersalaman dengan Ummi … Sesungguhnya, rupa Hisham persis Ummi … Kerana Hisham rapat sungguh dengan Ummi …
            “Apa khabar makcik ???”, aku memulakan bicara ku …
            “Khabar baik, Alia”, balas Ummi sambil tersenyum …
            “Jemputlah masuk … Tak kan lah kita hendak berbual di luar”, Ibu tergelak serta merta di ikuti Ummi …

Di saat aku melangkahkan kaki ku ke banglo 2tingkat ini, aku teringat kan saat pertama kali Hisham membawa aku ke rumahnya … Aku memerhati di semua sudut, tidak satu pun berubah … Seperti Ummi pernah berkata kepada ku, bahawa susun atur di dalam rumah ini di lakukan sendiri oleh Hisham … Hisham suka mengemas rumah dan memasak … Mungkin tidak mahu melupakan Hisham di dalam rumah ini … Mungkin tidak mahu menghilangkan sedikit sentuhan Hisham di dalam rumah ini … Sebab itu Ummi tidak pernah menyentuh sekali pun … Adakah betul tekaan ku ini ??? Jika benar, bermakna Ummi belum dapat lupakan Hisham … Bermakna juga Ummi belum lupakan Alia … Tetapi kenapa hari ini …

            “Haikal! Haikal! Haikal!”, teriak Ummi membuatkan ku tersedar dari lamunan ku …

Pantas aku memalingkan pandangan ku di satu sudut … Aku seperti tidak menyangkakan apa yang aku lihat … Hisham! Adakah itu Hisham ??? Tidak mungkin! Kenapa lelaki yang Ummi panggil Haikal itu persis seperti Hisham … Siapakah dia ??? Ya Allah! Aku merindui Hisham … Hendak sahaja aku pergi ke arah nya dan bertanya siapakah dia … Tetapi aku punya harga diri dan tidak mungkin aku akan malukan Ibu … Kerana jika aku malukan Ibu, Ibu pasti naik hantu dengan aku … Hendak lagi kalau aku sama kan lelaki ini dengan Hisham … Orang “mati” yang sering kali Ibu katakan …

            “This is Auntie Khatijah and this is her daughter Alia Nadira”, Ummi memperkenalkan Haikal kepada kami …
            “Hai Auntie Khatijah and Alia”, dia mengukir senyuman dan senyuman ini persis Hisham …
            “What a handsome boy, nice to meet you Haikal … Don’t call me Auntie lah, just call Khaty”

Huhhh! Perasan muda! Itulah Ibu, tak sedar diri … Kalau mengingatkan anak-anaknya nombor satu … Tetapi kalau anak-anaknya mengingatkan nya, ada sahaja yang hendak di bantahnya … Bukan main rancak lagi Ibu berbual dengan Haikal … Adakah Ibu berkenan dengan lelaki ini … Tidakkah Ibu perasan bahawa Haikal ini seperti Hisham … Kenapa Ibu ini ??? Kalau Hisham mudah sahaja membantah … Lelaki yang persis Hisham ini tidak pula mahu di bantahnya … Ini hendak mencari jodoh untuk aku, atau mahu mencari jodoh buat dirinya sendiri … Makin aku tidak faham dengan perangai dan kerenah Ibu ini …

Majlis hari jadi itu berjalan dengan baik … Di mulakan dengan doa yang di baca oleh Haikal … Kemudian ada sedikit pengajian … Majlis itu cukup tenang dan damai … Tidak seperti majlis sebelum-sebelum ini yang pernah ku hadiri … Tidak juga sama seperti majlis di rumah ku sendiri … Benarkah Ibu berkenan kepadanya … Sedangkan, Ibu kurang dengan lelaki yang agak sedikit patuh pada agama … Ibu sendiri tidak menutup aurat … Pernah sekali Abah menegurnya agar menutup aurat malah Ibu menuntut cerai dari Abah … Sebab itu dan sejak itu juga Abah tidak berani lagi hendak menegur Ibu …

Bukan tidak mahu … Sesungguhnya, Ibu harus di tegur dan akur pada kata Abah … Tetapi sepanjang hidup bersama Abah, ada sahaja yang hendak di bantahnya … Maklumlah, dahulu tidak dapat hendak membantah … Disuruh kahwin bersama Abah, di turuti sahaja … Selepas berkahwin dengan Abah, berani sahaja hendak di bantahnya … Baik kata-kata ku atau sesiapa sahaja … Ibu memang gemar untuk membantah …

Malam makin menghimpit siang … Sang bulan semakin kelihatan dan menyembunyikan sang matahari … Cepat benar hari ini berlalu … Tidak sangka dengan apa yang terjadi … Ibu meminta izin untuk pulang … Begitu dengan aku juga … Sesungguhnya aku agak keletihan sedikit pada hari ini … Mungkin kerana majlis ini berbeza dengan majlis sebelum ini yang pernah aku hadiri … Majlis hari ini di penuhi dengan kanak-kanak kecil yang sangat comel … Sehinggakan aku turut tertipu dengan kecomelan mereka dan turut serta bermain dengan mereka …

            “Muka Haikal sama macam Hisham kan”, aku cuba memasang perangkap …
            “Hisham! Hisham! Hisham! Itu aje yang ada dekat kepala kau ya, Alia Nadira binti Ahmad!”
            “Alia bukan tak cakap dengan Ibu kan … Alia akan turuti apa sahaja kehendak Ibu dan Abah, tetapi tak mungkin untuk Alia lepaskan dan lupakan Hisham begitu … Ibu kena ingat bahawa Alia hidup dan bernyawa ini kerana cinta Hisham … Ibu tak kan dah lupa selepas kematian Hisham, apa yang Alia pernah cuba untuk lakukan … Alia boleh lakukan sekali lagi jika Alia hendak … Alia tidak suka dikongkong … Kehidupan Alia berbeza dengan Ibu dahulu … Jangan Ibu buat dekat Alia sepertimana Ibu pernah cuba untuk lakukan terhadap Abang Long dengan Kak Ngah … Jika dahulu Abang Long dan Kak Ngah berani untuk melawan kehendak Ibu, Alia juga boleh”, aku cuba meluahkan kata-kata ku yang hampir 5tahun aku pendam … Sudah masanya Ibu mendengar rintihan hati aku …
            “Kamu berani hendak mengugut Ibu ya, Alia!”
            “Alia tidak mengugut Ibu, tapi, Alia mengingatkan Ibu”, balas ku … Aku tahu hati Ibu sakit dengan kata-kata ku … Maafkan Alia, Ibu … Alia terpaksa …

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah … Kami berdua hanya mendiamkan diri … Mungkin Ibu marah dan sakit dengan kata-kata ku … Tapi sebegitu lah yang ku rasakan sepanjang 5tahun ini … Ibu tidak pernah sekali mengambil tahu tentang diriku setelah Hisham meninggal dunia … Yang hanya di fikirkan adalah hendak mencari jodoh buat diriku … Sepanjang perjalanan pulang juga, aku memandang ke luar dan memandang ke arah langit … Malam ini sungguh indah dan nyaman … Malam ini bulan purnama … Setiap malam bulan purnama, Hisham mesti akan mengajak aku keluar … Katanya, bulan purnama ini sesuai untuk orang sedang bercinta seperti kami … Falsafah cinta mana yang Hisham ikut pun aku tidak tahu … Tetapi itu lah Hisham, suka buat falsafah sendiri … Setiap kali bulan purnama juga lah kami akan berjanji …

            “Malam ini cantik kan bulan”
            “Betul tu, malam ini macam lain macam aje cantik nya”
            “Apa?!”
            “Hahaha! Apalah Alia ini, Hisham cakap pasal bulanlah”
            “Memanglah Hisham cakap pasal bulan, tapi, mata Hisham tu ke arah bulan ke, hah?!”

Rindu nya saat itu … Hisham selalu menyakat aku … Ada aje benda yang cuba hendak dia lakukan … Katanya, kalau sehari tak sakat aku, memang tak lengkap hidup nya … Kadang-kadang sampai menyakat dengan menyebut tentang kematian …

            “Kalau Hisham mati, Alia nak tak tengok bulan purnama seperti mana Alia tengok sekarang ke ???”
            “Kenapa Hisham cakap macam tu ??? Alia akan tengok bulan purnama ini sama-sama dengan Hisham sehingga nafas terakhir kita … Itu janji Alia untuk Hisham”
            “Hisham nak Alia tengok bulan purnama setiap kali munculnya malam bulan purnama”
            “Ermm .......”
            “Kalau Alia rindu, Alia penjam mata dan pandang ke arah bulan purnama ... Hisham akan muncul dalam bulatan bulan purnama”
            “Kenapa Hisham ni ???”
            “Boleh tak malam ini kalau kita tak buat janji ???”
            “Apa Hisham ini, bukankah tiap-tiap malam bulan purnama kita akan keluar … Bila keluar sama-sama kita akan berjanji … Kenapa malam ini Hisham tak nak berjanji ??? Hisham ada perempuan lain ke ???”
           
Itu lah perbualan terakhir aku bersama Hisham sebelum aku mendapat berita tentang kemasukkan Hisham ke hospital … Bukan kerana Hisham ada perempuan lain tetapi dia takut untuk berjanji pada malam itu kerana dia tahu bahawa masa nya sudah tiba … Dia takut hendak menunaikan janji nya, jika dia berjanji pada malam itu … Hisham seorang yang taat dan patuh pada janji …

            “Kalau kamu berani hendak mengugut dan melawan Ibu, Ibu tidak teragak-agak hendak lakukan yang lebih keras berbanding sekarang!”, kata-kata Ibu bukan satu omongan kosong … Ibu pasti akan buat apa sahaja yang dia hendak lakukan …
Lamunan ku terhenti dengan kata-kata Ibu … Tak sangka sepanjang perjalanan pulang, aku hanya terfikirkan Hisham … Kenangan kami berdua … Apa yang kami pernah lakukan bersama … Saat yang sangat indah pernah kami kecapi … Ada sahaja kejutan yang hendak dia lakukan terhadap aku … Ini yang membuatkan aku sayang dan cinta pada nya hari-hari … Sedikit pun tidak pernah berkurang …

            “Kenapa tak masuk ini ???”, suara Abah mengejutkan aku …
            “Eishhh! Abah ini sukalah terjah-terjah ini”, aku seolah-olah merajuk … Dengan pantas Abah memeluk ku … Sesungguhnya aku rindu hendak di peluk oleh Abah … Sudah lama Abah tidak memeluk aku …
            “Kesian anak Abah sorang ini ya … Terkejut ya … Dah tu apa yang kamu buat sorang-sorang kat luar malam ini … Bahaya tau”, Abah cuba hendak menakutkan aku …
            “Alah Abah ini … Sahaja amik angin malam … Malam ini kan malam bulan purnama … Cantik kan bulan malam ini”
            “Kamu teringat kan arwah Hisham ???”, Abah mula menyoalku … Sesungguhnya Abah sangat memahami diriku berbanding Ibu …
            “Ermmm, tak adalah Abah”, aku cuba menyembunyikan jauh-jauh perasan ku ini …
            “Tak payah lah kamu hendak menipu … Abah kenal kamu dah lama Alia Nadira binti Ahmad”
            “Abah, tadi kan dekat majlis rumah kawan Ibu tu Alia nampak seorang lelaki yang persis arwah Hisham”
            “Ibu tahu tak ???”, Abah mula menyoalku …
            “Ibu tahu … Bahkan Ibu dengan dia sepanjang majlis tu”
            “Ibu perasan tak yang mukanya sama macam arwah ???”
            “Tak tahu Abah, tapi, Ibu marah Alia adalah … Sebab Alia cakap yang muka dia sama dengan arwah Hisham ... Ibu cakap dia tak sama pun dengan arwah Hisham … Ibu pesan dekat Alia, jangan ingat lagi orang yang dah mati”, aku meluahkan perasaa ku …
            “Patutlah Ibu kamu tadi macam marah aje masa masuk tadi … Abah tanya kamu mana, kenapa tak masuk-masuk, Ibu kamu jawab macam orang tak nak jawab aje … Rupanya ada sesuatu ya”
            “Bukan itu aje Abah … Majlis itu di adakan di rumah keluarga Hisham … Yang pelik nya macam mana Ibu boleh kenal dengan keluarga Hisham … Sedangkan kita mahupun keluarga arwah, tak pernah berjumpa salah satu sama lain kan”, aku mula menyoal Abah … Mana tahu Abah tahu sesuatu yang aku tidak tahu …
            “Mungkin satu kebetulan kot”
            “Tak mungkin Abah … Dulu Alia selalu ke rumah keluarga Hisham … Alia kenal mereka semua … Tetapi yang peliknya, kenapa mereka tak kenal dan tak ingat langsung pada Alia”
            “Dah lah Alia, jangan fikirkan lagi ya … Alia penat sangat kot, esok kita bualkan lagi ya”

Abah kelihatan sangat pelik … Adakah Abah tahu sesuatu … Tak mungkin lah Abah tahu sesuatu … Sebab Abah pun sama macam Ibu tidakmemengenali keluarga Hisham … Tapi jika dibandingkan Ibu, Hisham memang rapat dengan Abah … Aku perlu mencari jawapannya … Aku perlu menanyakan kepada Abah … Atau mungkin Abang Long dan Kak Ngah tahu sesuatu …

Pagi itu berlalu seperti biasa cuma yang berbeza hari ini, Abah kelihatan semacam … Ibu langsung tidak bertegur sapa dengan aku … Adakah Ibu masih berkecil hati dengan kata-kata ku semalam … Bukan sengaja hendak ku sakitkan hati Ibu … Tetapi aku juga berhak untuk bersuara … Aku hendak menyedarkan Ibu, tetapi mungkin Ibu tidak dapt menerima dengan cara aku yang di anggap seperti mengugutnya …

            “Abah, boleh Alia duduk sebelah Abah”, tanya ku …
            “Duduklah, lagipun kerusi tu kan memang ada nama Alia”, Abah tersenyum sinis kepada ku …
            “Apalah Abah ini”
            “Betul apa, itu kah kerusi yang selalu Alia duduk … Kadang-kadang sampai berebut dengan Abang Long atau Hisham”

Hisham! Ya, aku berjumpa dengan Abah hendak menyoal tentang arwah Hisham … Mungkin Abah tahu sesuatu … Mungkin juga semalam Abah hendak mengatakan sesuatu kepada aku … Tetapi kerana takut aku akan sedih, Abah menghentikan kata-katanya …

            “Abah, semalam Abah ada apa-apa nak cakap dengan Alia ke ???”, aku mula menyoal Abah …
            “Tak adalah, mana ada … Kenapa ???”, raut wajah Abah berubah …
            “Ermmm, tak ada apa-apa lah … Abah, Alia nak keluar kejap lagi tau … Nanti Abah minta bagi tahu Ibu ya … Sebabnya Ibu tak nak cakap langsung dengan Alia”
            “Baiklah, nanti Abah sampaikan … Kamu hati-hati”

Pertanyaan ku tergantung … Abah langsung tak jawab persoalan aku … Aku tahu Abah memang menyorok kan sesuatu dari aku … Hari ini ingat nak pergi ke Mid Valley … Tapi, apa yang hendak aku belikan di sana … Jalan-jalan sorang bukannya seronok pun … Lain lah kalau ada teman … Teman ??? Kawan pun tak ada, masing-masing sudah berkahwin … Alah, Alia Nadira binti Ahmad, apalah nasib kau ini …

Praghhh!!!

            “Eh! Apa benda ini ??? Aku langgar orang ke, ke orang langgar aku ini ??? Itu lah Alia, sebab itu Ibu selalu marah aku ya ... Habis lah aku”, soal aku sendirian di dalam hati …

Aku melihat ke arah cermin, sepertinya bukan orang langgar aku atau aku langgar orang … Tetapi ia adalah salah aku … Aku mengelamun sehinggakan tidak sedar bahawa lampu isyarat sudah bertukar ke warna hijau … Aku melihat seorang lelaki kelihatan agak segak keluar dari kereta dan melihat ke arah keretanya … Aku rasa serba salah, hendak keluar atau tidak … Ini adalah salah ku, dan wajar jika aku keluar … Aku beranikan dirilah … Tawakal lah dengan apa yang bakal aku tempuhi dan hadapi nanti …

            “Maaf encik”, aku memulakan bicara ku …
            “Erm, tak apalah … Bukan salah awak pun kan, saya pun tadi tengah menggunakan telefon”, balas nya sambil memandang ke arah ku …
Hisham! Ya, Hisham … Tak mungkin lah lelaki yang sedang berdiri di hadapan ku ini Hisham … Hisham kan sudah tiada … Mungkin pelanduk dua serupa kot … Tidak! Berkemungkinan juga ini adalah lelaki yang aku jumpa semalam di rumah Ummi … Lelaki yang Ibu berkepit sahaja sepanjang majlis semalam … Siapa nama lelaki ini ya … Lelaki di hadapan ku ini …

            “Alia!”

Kenapa seperti ada orang memanggil nama ku … Aku kenal suara ini … Suara ini juga seperti suara arwah Hisham … Siapa kah lelaki di hadapan ku ini … Siapa juga yang memanggil nama ku ini … Ya Allah! Aku rasakan seperti badan ku di gerak-gerak kan … Aku juga merasakan bahawa ada seseorang mnemukul sedikit bahu aku … Haikal! Lelaki di hadapan aku ini adalah Haikal, anak kawan Ibu …

            “Cik Alia!”
            “Eh! Maafkan saya”
            “Tak apa, awak tak ada apa-apa ke ???”, soal Haikal … Perihatin nya persis Hisham …
            “Maafkan saya, kereta awak kemik sebab saya … Maaflah saya suka mengelamun sejak akhir-akhir ini”, kenapa aku menceritakan sikap buruk aku ini kepada dia …
            “Hehe, tak apalah … Mengelamun ya ??? Sebab saya ke awak mengelamun ???”, dia tersenyum sinis seperti Hisham …
            “Haha! Tak ada maknanya lah”, aku cuba tergelak besar, sedangkan aku tidak pernah tergelak besar melainkan bersama Hisham sahaja … “Saya bayar kerosakkan kereta awak ya, maaflah”, aku cuba kembali ke perbualan asal …
            “Kenapa perlu minta maaf aje dari tadi ??? Saya tak kisah lah, awak jangan risau, okey”, Haikal senyum ke arah ku …
            “Mana boleh, benda ini terjadi kerana saya kan … Saya perlu bertanggungjawab”
            “Kalau betul awak nak bertanggungjawab, awak kena belanja saya minum”, Haikal tersenyum sinis …
            “Itu aje ke ???”, aku kehairanan …
            “Iyalah, awak belanja saya minum aje … Lepas itu kira settle, okey!”
            “Kalau ada seribu orang macam awak dekat dunia ini saya tak tahu lah”
            “Kenapa pulak ???”,  Haikal menyoalku …
            “Marilah saya belanja awak minum … Awak nak minum dekat mana ???”, aku menyoal …
            “Hari ini tak dapat lah, saya ada kerja hendak dilakukan … Why not if you give me your phone number … When I’m free and I would like to drink with you, I will contact you ???”

Apa gila ke mamat ini … Nak minum sekarang, minum aje lah … Tak payah lah nak tunggu bila kau free … Kau ingat ape, hah! Aku macam free sangat lah nak keluar minum dengan kau … Banyak handsome muka dia … Memang dia handsome pun, sebab dia memang persis Hisham … Hah! Tak mungkin aku dapat samakan Hisham dengan lelaki di hadapan ku ini … Walaupun sama, aku tetap tidak akan sama kan dia dengan arwah … Arwah tiada tandingannya …

            “Susah kan kalau orang terpukau dengan ke’handsome’man saya ini kan … Asyik mengelamun aje … Susah juga kalau jadi handsome ni kan”, Haikal senyum sinis …
            “Ermmm, okey lah … Ini nombor telefon saya … Kalau dah bersedia nak terima belanja saya, telefon ya … Make sure when you free, okey! By the way, please make sure that you call me before one week we going out … Sebab saya ni pun sibuk orang nya, tak ada masa sangat nak keluar-keluar … Kalau awak cakap awal sikit, dapat lah saya ubah waktu saya nanti”, kataku sambil menulis nombor rumah … Sejak kematian Hisham, aku tidak pernah member nombor telefon ku kepada mana-mana lelaki … Kerana nombor telefon ku adalah “nombor couple” … Aku dan arwah Hisham membelinya bersama …
            “Jangan risau, saya akan pastikan awak akan ada masa punya lah untuk saya”, tegas Haikal …

Tanpa melengahkan masa lagi, aku melangkah kan kaki ke arah kereta ku dan tanpa mempedulikan dia aku meninggalkan dia sehingga lah tidak lagi kelihatan bayang-bayangnya … Entah kenapa aku menyampah benar dengan dirinya … Sepertimana aku menyampah melihat Hisham untuk kali pertamanya kami bertemu … Tiba-tiba aku terkenang kan saat bagaimana kami bertembung untuk kali pertama nya dulu di UiTM, Johor …

            “Sham! Junior tu … Comel nya”, kata Pijat …

Hafizal atau nama panggilannya Pijat … Hisham yang memberi nama Pijat itu … Tidak tahu kenapa, Hisham suka memberi nama kepada orang … Bila orang memberi nama kepadanya, cepat sungguh untuk melenting … Tetapi itu lah perangai Hisham …

            “Mana ??? Kau ni kan Pijat kalau junior nampah aje kan … Tapi satu junior pun tak pernah melekat dengan kau”, usik Hisham …
            “Hah! Betul tu kata Sham, satu pun tak ada yang lekat dengan kau ni”, percakapan Sham di balas oleh Saiful … Pijat dan Saiful adalah kawan rapat … Mereka mula mengenali Hisham pada hari pertama Hisham orientasi … Boleh dikata kan Hisham dengan mereka jaraknya satu semester sahaja … Dari situ mereka mula rapat …
            “Sham, yang itu comel lah”, kata Pijat sambil menujukkan jari nya ke arah aku ...
            “A’ah lah, Sham”, di sokong oleh Saiful ...
            “Kau nak kami tanyakan siapa nama dia ke ??? Kalau tak nak Saiful nak”, Pijat gelak besar ...
            “Kau yang nak ke, Saiful yang nak, hah!”, sindir Hisham ...
            “Entah kau ni, aku pulak yang kena ... Kau memang nak kena kan, Pijat”

Lamunan ku terhenti dek kerana seseorang mengetuk cermin tingkap kereta ku ... Zakiah! Ya, dah lama benar aku tidak berjumpa dia ... Apa dia buat kat Mid Valley ni ... Shopping jugak ke ... Tak jaga anak ke dia hari ini ... Aku keluar dari kereta dan dapat kan dia ... Zakiah ada lah rakan sekelas ku ... Zakiah juga selalu menjadi orang tengah di antara aku dan arwah Hisham ...

            “Alia Nadira!”
            “Zakiah Zamri!”
            “Haha! What a surprise ??? Kau buat apa kat sini, hah! Aku ingat kan dah keluar anak kedua itu dah kena duduk rumah aje”, tanya ku kepada Zakiah ... Rindu benar aku pada dia ...
            “Eh! Kau ni, anak-anak lah ... Laki-laki lah ... Tak kan untuk aku tak ada kot, kan ... So, today is my day lah ... Me and just myself ... Laki aku kerja ... Anak aku kat rumah mak mertua lah ... Kau buat apa kat sini ??? Dating ya ???
            “Tak ada maknanya lah aku nak berdating-dating ini ... Cukup Hisham aje kat dalam hati aku ini”
            “Dah lah, tak kan nak cakap dekat tempat car park ni ... Kita masuk dalam jom”
            “Jom!”

Zakiah Zamri adalah kawan ku yang aku kenali sejak hari pertama orientasi ... Seorang gadis yang sangat peramah dan periang ... Tidak sangka jodohnya bersama Pijat, kawan karib Hisham sendiri ... Walaupun Pijat sukar untuk didekati dan sering kali melihat nya bersama lelaki sahaja, tetapi tidak bermakna dia seorang yang tidak suka pada perempuan ... Pijat juga orang yang sangat penting di antara aku dan Hisham ... Pengenalan mereka sangat singkat ... Ketika kami di semester 3, Pijat telah menghantar rombongan merisik ke rumah Zakiah ... Dengan serta merta Zakiah menerima nya, bagi Zakiah, dia percaya pada cinta pertama dan tak mungkin akan dia lepaskan ... Tamat sahaja pengajian kami, Zakiah dan Pijat bertunang ... Sebulan kematian Hisham, Pijat bernikah ... Sebenarnya, tarikh penikahan mereka adalah hari di mana Hisham, Pijat dan Saiful mengiktirafkan mereka sebagai  “SAHABAT” ...

Pada hari penikahan Pijat, tiada kegembiraan pun yang kami rasakan ... Berbeza dengan orang-orang tua serta kanak-kanak ... Mereka tidak faham ... Bagi kedua belah pihak, cukup bersyukur jika anak mereka selamat di ijabkabul ... Bagi kami, tarikh ini sangat penting buat kami ... Suatu tarikh di mana, terciptanya perkenalan aku dan arwah Hisham serta terjalinnya persahabatan mereka ...

            “Kau ini still dengan sikap kau kan, suka mengelamun”, tegur Zakiah ...
            “Eh! Iya ke ... Mana adalah, aku tetap aku lah ... Tak ada maknanya nak mengelamun ini”, balasku ...
            “Kau apa sedar kalau kau mengelamun, hah! Kau tak sedar lah, percaya lah”
            “Iya ke, apa-apa aje lah”
            “Kau tak kerja ke, Alia ???”, tanya Zakiah ...
            “Tak adalah Zakiah, aku tak ada nafsu nak kerja”, aku gelak ...
            “Hahaha! Kerja pun nak kena ada nafsu ke ???”, soal Zakiah ...
            “Iya lah ... Apa kau ingat masa bercinta aje ke, hah!”

Kami gelak besar ... Lama sungguh kami tidak jumpa ... Lama juga kami tidak bergelak besar seperti ini ... Kali terakhir aku jumpa Zakiah pada waktu itu aku terserempak dia keluar dari klinik dan memberitahu bahawa dia sudah berbadan dua untuk kedua kalinya ... Banyak perubahan yang berlaku pada Zakiah ... Walapun tidak pernah bekerja ... Pijat tidak membenarkan Zakiah kerja kerana Pijat mampu untuk menanggung Zakiah serta kedua anak mereka ...

            “Pijat kerja tempat lama ke ???”, aku memulakan bicara ku ...
            “Tak adalah, dia dah tak kerja kat tempat sama ... Sebab Saiful tak ada dah”, balas Zakiah ...
            “Saiful pergi mana ??? Eh! Dia dah kahwin ke ???”, aku mula minat untuk bertanya tentang mereka ... Sudah lama aku tidak dengar khabar mereka ... Apabila aku bertanya tentang mereka, ibarat seperti aku bertanya tentang Hisham ... Rindu nya aku kepada arwah Hisham ...
            “Hehe! Kau berminat pada Saiful ke ??? Aku boleh minta Pijat tolong line kan kau dengan dia”
            “Mulut, tak cukup insurans ke Pijat buat kan untuk kau, hah! Tak cukup aku boleh buat kan lagi satu insurans untuk kau”, aku mula geram dengan Zakiah ...
            “Alah, agak lah kau ni pun nak angin aje ... Saiful balik Sabah dah ... Kan dia orang Sabah ... Lagi pun dia tak nak tinggal kat sini lagi, dia kata banyak kenangan dia dengan arwah Hisham ... Pijat pun dulu macam tu jugak ... Faham-faham lah, kalau di ikutkan antara Pijat dengan Saiful, Pijat kan lagi rapat dengan arwah ... Pijat kan tempat arwah gelak dan berlawak ... Tapi, arwah juga banyak meluahkan, berbicara dengan Saiful ... Senang kata, Pijat dan Saiful saling melengkapi hidup Hisham ... Kalau nak gelak cari Pijat, kalau nak bercerita cari Saiful ... Tak kan kau tak tahu kot diorang tu macam mana”

Ya! Itu lah Hisham ... Sebab itu, kalau dulu kami bergaduh aku tahu dia rujuk pada siapa kalau bukan dekat Saiful ... Sesungguhnya, Saiful banyak menyimpan rahsia Hisham ... Tidak pernah sempat untuk aku tahu rahsia apa lagi yang Hisham pernah cerita kepadanya ... Selain Ibu, Saiful juga tahu penyakit Hisham ... Pijat, pijat hanya lah tempat dia untuk bergelak ... Kalau hati dia berbunga-bunga, dia akan cari Pijat ... Mereka sangat melengkapi antara satu sama lain ... Jika mereka lagi sedih atas kepemergian Hisham, aku setuju ... Mereka lebih mengenali antara satu sama lain berbanding diri aku sendiri ... Lamunan ku terhenti dengan pertanyaan Zakiah ...

            “Sampai sekarang kau masih fikirkan arwah ke Alia ???”
            “A’ah lah Zakiah ... Kau tahu aku tak pernah bercinta kan ... Sebelum ini adalah, tapi main-main aje ... Tapi, bila hadirnya Hisham dalam hidup aku ... Tak mungkin untuk aku lupakan dia”
            “Tapi, dia dah tak ada kan Alia ... Why not you try to forget Hisham slowly ???”
            “Kau jangan nak sama macam Ibu aku ya! Aku tak faham lah, kenapa semua orang nak aku lupakan Hisham ... Hisham ada buat korang sakit hati ke ???”, aku mula marah ...
            “Kau tahu tak yang kau seksa diri kau sendiri ??? Kau tengok tak diri kau sekarang macam mana ???”   
            “Macam biasa aje”
            “Iya, kau fikir macam biasa ... Aku tengok kau dah macam mayat hidup ... Kau tahu kan mayat hidup tu macam apa ... Macam kau lah”
            “Tak kisah lah apa kau nak cakap ... Aku tahu siapa aku, sebab ini diri aku”

Zakiah selalu bantah apa sahaja yang aku buat ... Tapi Zakiah sayang aku sangat ... Dia seorang kawan yang baik dan setia ... Bila aku dapati bahawa Hisham menghidap penyakit barah otak di tahap 4, Zakiah banyak menenangkan diri aku ... Sentiasa di sisi aku ... Sentiasa bagi semangat kepada aku ... Aku mempunyai kawan yang lain, tetapi aku sangat selesa bila bersama dengan Zakiah ... Sehinggakan Hisham pernah menggelarkan kami “lesbian” ...

            “Assalamualaikum”
            “Wa’alaikumusalam”, jawab Zakiah sambil mencuit aku ...
            “Eh! Apa kau buat kat sini, hah!”, soal aku kepada Haikal ...
            “Nak minum dengan awak lah ... Minum tak ajak pun kan”
            “Kejap! Bukan kau cakap bila kau free ke ???”
            “Saya tengah free ni, sebab tu lah saya cari awak”, Haikal senyum sinis ...
            “Mana kau tahu aku ada kat sini, kau ikut aku dari tadi ya ???”
            “Mana ada ... Saya telefon awak, tak sangka pulak awak bagi nombor telefon rumah awak ya ... Ibu awak yang angkat tadi panggilan saya ... Merdu suara Ibu awak ya”
            “Suka hati kau lah, kalau Ibu aku pun yang angkat telefon, tak mungkin dia tahu aku ada kat sini ... Kau sahaja kan, kau memang ekori aku dari tadi kan ???”, aku mula takut dengan tingkah laku Haikal ...
            “Apahal korang ni ???”, Zakiah cuba merapatkan dirinya kepada aku nak mula membisikkan sesuatu kepada aku ... “Alia, kenapa mamat ni mukanya macam Hisham ??? Arwah ada adik kembar ke ???”, Zakiah mula hairan ...
            “Nantilah aku cerita dekat kau ya, aku nak settle kan kejap dengan mamat ni”, balasku ...
            “Aku sibuk lah, tak ada masa nak minum dengan kau ... Nanti kalau ada masa lah ya, kau telefon ya ... Hari ini aku sibuk sangat”, aku bingkas bangun dan menarik tangan Zakiah ...
            “Kenapa kau takut sangat dengan aku ya, Alia Nadira ???”, teriak Haikal ...
            “Woi! Apahal mamat ni ikut kita lepas tu nak jerit-jerit ??? Kau boleh settle kan masalah kau ni tak, malu kot ... Kita kat shopping complex ni”, Zakiah mula mempersoalkan sesuatu yang sangat pelik dia rasakan ...
            “Encik Haikal, saya minta tolong sangat dengan awak ... Hentikan lah, I can’t make it by today ... Can you please do understand ???”, rayu ku terhadap Haikal ...
            “Boleh rupanya awak cakap perlahan dan lembut dekat saya ... Baiklah, I will let you go but promise we will going out together ???”, Haikal seperti memeasang perangkap ...
            “No promises but InsyaALLAH”, aku mengukir senyuman kepadanya dan berlalu pergi setelah Zakiah menarik lengan ku ...

Entah kenapa sejak kejadian petang tadi benar-benar membuatkan aku terfikir bahawa Haikal adalah Hisham ... Renungan nya ... Senyuman nya ... Suara nya ... Sangat sama dan tiada kurang sedikit pun ... Aku tidak suka perasaan ku sekarang ... Aku tahu apa yang aku buat ini salah, tapi, tidak salah untuk aku bercinta sekali lagi ... Tapi masih wujudkah lagi cinta buat ku ??? Setelah ku tanam bersama arwah Hisham ... Cuma cinta nya sahaja yang masih segar di dalam hati ku ... Tak mudah untuk ku berikan cinta ku ini kepada orang lain terutamanya Haikal ...

            “Alia tadi keluar dengan Haikal ke ???”

Aku tersedar dek terdengar suara Ibu ... Ibu memang setuju sangat jika aku memilih Haikal sebagai pasangan hidup ku ... Tetapi seperti yang ku katakan, tidak mungkin untuk ku jatuh hati sekali lagi ... Kerana telah ku tanam jauh-jauh cinta ku bersama jasad Hisham ... Di saat Hisham menghembuskan nafas nya, di saat itu lah cinta ku pergi bersama nya ...

            “Tak adalah, buat apa nak keluar dengan dia”, balasku dengan selamba ...
            “Cuba lah bukak mata kamu itu sikit ... Cinta sejati ada di depan mata tapi nak sia-siakan pulak”, kata-kata Ibu cukup menyakitkan hati ku, “cinta sejati” konon ...
            “Cinta sejati ???”, aku berpura-pura tidak tahu ...
            “Iyalah, Haikal tu Ibu tengok dah cukup sempurna ... Apa lagi yang kamu nak ... ??? Kamu kena ingat ya, orang yang dah mati tak akan hidup kembali! Faham!”
            “Ibu! Alia dah cukup bersabar dengan Ibu ... Ibu sedar tak apa yang Ibu katakan ini ... Alia tak kisah kalau Ibu tak suka dengan arwah Hisham ... Tapi jangan sesekali Ibu menghina dia ... Cinta sejati ??? Apa yang Ibu tahu tentang cinta sejati ??? Sedangkan cinta Ibu pun di atur oleh Tok Wan ... Ibu jangan sama kan hidup Alia dengan Ibu ... Ibu tak berjaya nak atur hidup Abang Long dengan Kak Ngah, Ibu nak atur hidup Alia pulak ... Cukup lah Ibu! Cukup! Alia dah bosan dengan hidup macam ini ... 5tahun Ibu, 5tahun Alia terseksa ... Alia ikut kan sahaja kehendak Ibu dengan Abah ... Alia tak pernah sedikit pun bantah macam mana Ibu suka membantah setiap kali apa yang Alia nak buat ... Alia rimas dengan hidup macam ni ... I hate you!!!

Parggghhhh!

Aku terkejut! Aku tersentap!

            “Abah!”
            “Abah tak ajar kamu kurang ajar dengan Ibu kamu, Alia”
            “Tapi .......”
            “Itulah Abah, manjakan sangat Alia ... Macam ni lah dia, pijak kepala kita”, Ibu cuba melarikan diri dengan kata-katanya ...
            “Kamu minta maaf dengan Ibu kamu ... Itu Ibu kamu Alia Nadira!”, jeritan Abah benar-benar membuat airmata ku mengalir ...
            “Tidak ... Tidak!!! Alia tidak akan minta maaf ... Ibu jahat! Ibu seksa hidup Alia ... Alia benci Ibu!!!”, aku lari dan menuju ke bilik tidur ku ...

Pada malam itu, aku menangis teresak-esak ... Aku tercari-cari jawapan yang selama ini aku ingin kan ... Kenapa ??? Kenapa aku menjadi mangsa Ibu ... Setelah sekian lama airmata ini tidak mengalir ... Sekali lagi ia mengalir membasahi pipiku ... Dengan mudah sahaja airmata ini mengalir ... Aku tersentap dengan tamparan yang diberikan oleh Abah ... Abah tidak pernah memukul atau menjentik ku dari kecil lagi ... Hanya Ibu berani melakukan sebegitu kepada ku ...

Malam itu ku biarkan berlalu ... Aku sedar aku juga bersalah dalam isu ini ... Sewajarnya tidak aku meninggikan suara ku kepada Ibu ... Bukan kah derhaka namanya ... Ibu, maafkan Alia ...Tetapi hati ku sakit tatkala Ibu memanggil arwah Hisham dengan “orang mati” ... Sakit sangat hatiku ini ... Aku tahu aku boleh berkata atau bertutur dengan baik kepada Ibu ... Entah syaitan apa yang telah merasuk ku menyebabkan ku berani untuk melakukan semua ini ... Mungkin ini adalah yang aku pendam selama ini sehingga kan ku mampu untuk lakukan semua ini ... Sehinggakan ku sekuat ini untuk melawan dan meninggikan suara ku terhadap Ibu sehinggan kan membuat Abah naik tangan ke atas ku ...

Semalaman aku tidak dapat tidur ... Sedih dengan apa yang terjadi ... Tiba-tiba aku terfikir mengenai Haikal ... Bukan suka tetapi menyampah! Sejak wujudnya kemunculan Haikal, Ibu sering menyakitkan hati ku ... Aku ingin sahaja berjumpa lelaki tidak guna itu ... Tetapi bagaimana hendak aku mencari nya ... Sedangkan nombor telefon pun aku tidak ada ... Pasti Ibu ada nombor telefonnya ... Tapi tidak mungkin aku akan minta dari Ibu ... Sedang kan malam tadi aku berperang hebat bersama Ibu ...  Bukan aku yang memulakan dahulu ... Jika api yang kecil, kalau tidak kita simbah minyak, tidak akan lah api tu akan menjadi besar ... Alamat rumah ... Aku ada alamat rumahnya ... Tetapi alasan apa yang aku hendak berikan jika aku sudah sampai ke sana ...

Haikal! Aku benci lelaki yang bernama Haikal ... Dia buat hidup ku terumbang ambing ... Kenapalah hidup aku jadi macam ni lepas muncul nya Haikal ... Siapa Haikal ??? Kenapa muka nya seiras Hisham ??? Dia ada kena mengena dengan Hisham ke ???

Kring! Kring! Kring!

Bunyi telefon ... Ya! Bunyi telefon rumah ... Aku pernah memberi Haikal nombor telefon rumah ku ... Dengan pantas aku berlari ke ruang tamu untuk mendapatkan telefon ... Tapi sayang, Ibu mengangkat telefon itu ... Yang peliknya, Ibu tersenyum sinis dan memandang tepat ke arah aku sambil tersenyum ...

            “Alia, panggilan buat kamu”, Ibu memanggil nama ku ...
            “Baik Ibu”, aku menyahut ... Tapi siapa yang menelefon ku pagi-pagi sebegini ...
            “Ajak dia keluar!”, tiba-tiba Ibu membisik kepada ku ...Siapakah yang menelefon aku ...
            “Assalamualaikum”, dengan pantas aku memberi salam tanda hormat ku ... Itulah yang sering Abah ajar kepada ku ... Selalu menghormati orang tidak kira tua atau muda ...
            “Wa’alaikumusalam”, balasnya ...
           
Suara ini seperti pernah ku dengar ... Haikal! Ya, aku harus menjumpai lelaki ini ... Lelaki yang telah memporak-perandakan hidup aku ... Buat hidup ku kucar-kacir ... Buat Abah naik tangan ke atas ku, sedang kan Abah sedikit pun tidak pernah berani hendak menyentuh ku ...

            “Haikal ??? Its you, right ???”, aku sudah tahu ini dia, tapi saja aku hendak bermain teka-teki bersamanya ...
            “Yes! Its me ... So good ... You know me ... You miss me ???”

Sangat menjengkelkan ... Siapa kau untuk aku rindukan ... Kau langsung tidak penting dalam hidup aku ... Sedikit pun tidak pernah aku terlintas untuk merindui diri kau yang telah buat hidup ku kucar-kacir ...

            “Aku nak jumpa kau! Sekarang! Dekat Papa John, Times Square pukul 2petang ... Aku tak suka tunggu orang dan aku tak suka orang yang lembab!”, terus sahaja aku meletak kan gagang telefon ... Tidak kuasa hendak aku melayan kerenah dia ...

Tidak tahu kenapa hati ini berdebar-debar seperti mana pertama kalinya aku hendak berjumpa Hisham dahulu ... Papa John! Kenapa aku pilih tempat itu ... Itu adalah tempat kegemaran Hisham ... Tempat pertama aku dating dengan Hisham ... Tempat pertama juga dia melamar aku di hadapan khalayak ramai hendak membina masjid bersama ku ... Alia Nadira! Kenapa dengan kau ni ... Kau sedar tak yang kau dah masuk perangkap dia ... Kau sedar tak apa yang kau buat ... Lamunan ku terhenti tatkala Ibu mengetuk pintu bilik ku ...

            “Kamu nak keluar dengan Haikal ya ???”, Ibu senyum kepada ku ... Ibu merasakan seperti tiada apa yang berlaku ... Adakah dengan semudah itu Ibu lupakan kejadian malam tadi, gara-gara lepas menerima panggilan lelaki itu ...
            “Alia Nadira, Ibu sedang cakap dengan kamu ini ... Kamu nak keluar dengan Haikal ke ???”, Ibu terus menyoalku ...

Aku tidak akan menjawab soalan Ibu kerana aku sudah pasti Ibu tahu jawapan nya ... Bahkan Ibu yang mengangkat panggilan tadi ... Sudah pasti Ibu tahu yang menelefon tadi adalah Haikal ... Sudah pasti juga yang Haikal meminta izin hendak keluar bersama ku ... Hati aku masih sakit lagi dengan sikap Ibu semalam ... Jika aku menjawab semua soalan Ibu, pasti Ibu fikir yang aku sudah kalah dan menerima Haikal dengan hati terbuka ... Aku akan buktikan yang tiada siapa dapat gantikan Hisham ...

            “Kak Cham! Kak Cham!”

Kak Cham adalah pengasuh ku dari kecil lagi ... Dari kecil lagi Kak Cham telah tinggal bersama ku dan keluarga ku ... Kak Cham sudah bersuami, tetapi di sebabkan suaminya kaki pukul, dia tidak berani hendak pulang ke rumah ... Dia pulang ke rumah jika suaminya menelefon nya hendak melepaskan nafsu nya sahaja ... Itulah Kak Cham, hidup nya lebih terseksa jika di bandingkan hidup aku 5tahun lepas ...

            “Ya, Alia nak apa ??? Alia nak minum ke ??? Nak makan ???”, soal Kak Cham ...
            “Tak adalah Kak Cham ... Abah mana Kak Cham ???”, aku menyoal kemana keberadaan Abah ...

Walaupun Abah menampar ku semalam, tidak terlintas untuk aku membenci Abah seperti mana aku membenci Ibu saat ini ... Aku sedar kenapa Abah menampar ku semalam ... Abah hendak aku sedar bahawa itu adalah Ibu yang telah kandungkan aku selama 9bulan 10hari ... Abah hendak aku sedar bahawa aku tidak patut melawan kata Ibu ... Abah juga hendak jauh kan aku dari terus menjadi anak derhaka ... Itu lah Abah, sering kali hendak melindungi anak-anaknya ... Walaupun akhirnya nanti Abah yang akan kena marah dengan Ibu ... Maafkan Alia, Abah ...

            “Tak tahu lah, Alia ... Dari pagi tadi Abah keluar ... Dia tak cakap apa-apa pun dengan Kak Cham dia nak pergi mana ??? Kenapa Alia cari Abah ???”
            “Kak Cham boleh tolong sampai kan ini dekat Abah tak ???”, aku menhulurkan sepucuk surat kepada Kak Cham untuk sampaikan kepada Abah ... Surat itu telah ku tulis malam tadi, dimana sepanjang malam aku tidak boleh tidur ...
            “Baiklah, nanti Kak Cham sampaikan ya ... Alia nak pergi mana ni lawa-lawa ???”
            “Lupa pulak, Alia ada hal ... Lagi satu Kak Cham cakap dengan Abah yang Alia keluar kejap ya ... Takut nanti Abah cari pulak ... Jangan tunggu Alia untuk makan malam ya”, aku mengukir senyuman kepada Kak Cham supaya Kak Cham tidak syak apa-apa ...
            “Alia! Kamu pesan kepada Abah aje ... Ibu ???”

Aku tidak mengendahkan kata-kata Ibu dan terus menuju ke kereta ... Pantas aku melepaskan brek dan membiarkan kereta ku mengikut gerak kaki ku dan tangan ku ... Sakit hati ini lagi masih belum terubat ... Aku mungkin maafkan Ibu, tapi bukan sekarang ... Kerana aku hendak selesai kan suatu perkara sebelum aku berangkat ke London ...

Ya! Semalaman aku berfikir mungkin ini adalah cara terbaik supaya aku tidak lagi menjadi mangsa Ibu ... Semalam aku ada menelefon Abang Long ... Mujur Abang Long belum berangkat ke Jepun ... Kata Abang Long, ada satu projek baru yang memerlukan pemerhatian Abang Long ... Mungkin dia mahu pergi untuk jangka masa yang lama ... Farish dan Fatihah tiada siapa yang mahu menjaga ... Kak Long tiada, Kak Long adalah seorang pramugari dan sering kali juga tiada di rumah ... Kata Abang Long, Farish dan Fatihah akan menduduki peperiksaan akhir tahun, tidak mungkin lah hendak Abang Long bawa mereka bersama ... Aku mengambil keputusan untuk menjaga mereka ... Abang Long juga setuju dan Abang Long juga memberitahu bahawa Abang Long akan membayar ku ... Ini adalah satu perkara yang sangat baik buat diriku ... Sudah lama aku tidak memegang duit sendiri ... Selama ini kalau nak duit, minta sahaja pada Abah ... Tapi aku terpaksa meninggalkan Abah ... Abah mesti akan di salahkan kerana memanjakan anak ... Aku terpaksa pergi, aku tidak sanggup lagi hidup seperti ini ...

Seperti yang aku jangka, lelaki ini pasti akan lambat ... Tetapi tidak mengapa, ada lagi 15minit ... Jika dia lambat, minta maaf lah, dia dengan Ibu ku sama sahaja tidak akan mungkin dapat melihat ku selepas ini ... Ya Allah! Hati ini sangat berdebar-debar seperti mana aku hendak berjumpa dengan Hisham dahulu ... Black Suede Edge! Wangian ini amat ku kenali ... Aku rindu akan wangian ini ... Aku terlena dek dengan wangian harum ini, sehingga aku tidak perasan bahawa Haikal sudah berada di depan aku ... Kenapa ??? Kenapa dia memakai minyak wangi sama seperti Hisham ... Alia Nadira! Control your self ... Ramai lagi yang pakai minyak wangi ni, bukan Hisham seorang sahaja ...

            “So, guess who miss me ???”, Haikal memulakan langkahnya ...
            “Excuse me!”
            “Awak rindu kan saya kan”

Beria-ia sungguh mamat ni bercakap ... Tak sayang mulut agaknya ... Kalau aku dah cili mulut ni memang sedap agaknya dia rasa ... Lepas tu dia nak merepek, merepek lah ... Dah kena cili dengan aku kan ...

            “Suka hati lah kau nak cakap apa ... Belum pukul 2petang lagi kau dah sampai ... Punctual!”
            “Well, I love to make girl waiting for me ... Biar jantung dia rasa dudap-dudap”, Haikal senyum sinis ke arah ku ...

Itu lah yang ku rasakan ... Bagaimana dia tahu jantung ku saat ini berdengup dengan kencang sekali walaupun dia sudah berada di hadapan aku ... Ya Allah! Kuatkan hati aku untuk menghadapi semua ini ... Aku ke sini hendak menyelesaikan sesuatu perkara ... Sesuatu perkara yang membuat kan aku benci dengan diriku sendiri ...

            “Kau ni gila!”
            “Memang! Memang aku gila, gilakan kau”, katanya sambil di akhiri dengan ketawa kecil ...
            “What you want for you drink ???”
            “Slurpee!”

Aku ajak kau keluar, boleh tak senonoh sikit ... Slurpee yang kau minta kat aku ... Kau ingat aku ajak kau keluar nak beli minuman dekat 7eleven ke ... Ni Pap John la! Ops, lupa pulak kat Cairo mana ada Papa John agaknya ya ... Kat Cairo ada 7eleven aje, sebab itu dia minum Slurpee aje ... Menyampah! Slurpee! Minuman kegemaran Hisham ... Kenapa ??? Kenapa lelaki ini banyak meningatkan aku pada Hisham ... Aku dapat merasakan yang Hisham berada di sisi aku saat ini ...

            “Alia! Sudah-sudah lah awak mengelamun ya ... Its okey, keep your money for our weeding ya”

Weeding! Apa kau ingat aku nak kahwin dengan kau ke ... Jangan berangan lah ... Tak ingin aku! Kalau kau nak kahwin aku, kau kena cari Tok Kadi aku lah ... Aku ada Tok Kadi aku sendiri ... Kalau kau berjaya cari Tok Kadi aku, baru aku terima kau ... Kau ingat aku main petik Tok Kadi yang ada kat Malaysia ni ...

            “Alia Nadira binti Ahmad!”, teriak Haikal benar-benar mengejutkan aku ...
            “Sorry!”, balasku dengan agak tegas ...
            “Why you want to meet me ???”
            “Aku nak tanya kau soalan, tapi tolong jawab dengan jujur ... Tolong jangan putar belit kan fakta dan jangan jadi kan ia auta”, rayu ku ...
            “InsyaALLAH! I will try but no promises”, Haikal senyum kepada ku ...
            “Apa kau nak ya ??? Kenapa kau ganggu hidup aku ??? Siapa kau sebenarnya ???”, aku mula menyoal ... Aku tidak punyai masa yang lama untuk bermain kata dengan dia ...
            “Banyaknya soalan ... Soal satu-satu tak boleh ke ??? Takut aku lari ya”
            “Sangat menjengkelkan!”
            “Baiklah, soalan pertam kau, apa aku nak ya, aku nak kan KAU! Soalan kedua, kenapa aku ganggu hidup kau ... Sebab aku nak kan KAU! Kau orang pertama yang ganggu hidup aku sampai aku asyik teringat-ingatkan kau ... Siapa aku sebenarnya ??? I will be your full husband, full father for our child and yes I’m Haikal Arshad ... Anything that you want to know about me ???”
            “Tolong Haikal ... Kau mengingat kan aku pada seseorang ... Siapa kau sebenarnya ??? Boleh tak kau jujur dengan aku ... Tolong Haikal”, aku mula merayu kepadanya ...
            “Enough! I will tell more details after I shake my hand with Tok Kadi ... I think that’s more enough ... Aku rasa kau dah tak perlukan apa-apa lagi kan Alia Nadira ???”
            “But .......”
            “Thank you for spend your time with me ... Rasa nya dah terbayar lah hutang kerosakkan kereta aku hari itu ya ... Anything, I will call you, okey dear!”

Haikal pergi dengan satu senyuman yang sangat aku rindukan ... Senyuman Hisham ... Kenapa soalan aku tergantung ??? Kenapa tidak sahaja dia menjawab ??? Perlu ke sehingga menunggu bersalaman dengan Tok Kadi ... Kau cari lah Tok Kadi aku tu, yang sebenarnya adalah Abah aku sendiri ... Ya! Aku hendak Abah yang menikah kan aku ... Aku hendak Hisham bersalaman dan lafazkan akad nikah itu di depan Abah ... Cita-cita kau sangat tinggi Haikal Arshad ... Haikal Arshad! Nama yang sama seperti Hisham ... Nama penuh Hisham adalah Hisham Arshad ... Sekali lagi, soalan yang akan tergantung tidak tahu bila akan terjawab ... Aku tidak punyai masa yang panjang ... Aku perlu segera ke lapangan terbang ... Aku perlu menenangkan fikiran ku untuk seketika ... Aku sudah penat ... Aku sudah tidak sanggup lagi untuk beerhadapan dengan semua ini ... Mungkin dengan cara yang paling terbaik, lari! Walaupun aku tidak gemar lari dari masalah dan sering kali marah kepada Zakiah yang suka dan gemar lari dari masalah ... Tidak sangka ia terjadi pada diriku sendiri ...

            “Cham! Cham!”
            “Iya”
            “Dari tadi Abang tak nampak pun Alia ??? Alia pergi mana ???”
            “Dia keluar dengan Haikal ... Tak payah lah Abah nak sibuk-sibuk lagi ... Ibu dah cakap, Alia akan dengar cakap Ibu juga”
            “Memang Alia akan dengar cakap Ibu kalau Ibu tak paksa dia untuk ikut cakap Ibu!”
            “Suka hati Abah lah, Ibu dah cukup gembira yang Alia keluar dengan Haikal hari ini”
            “Cham! Alia ada pesan apa-apa tak ???”
            “Ada! Tadi sebelum Alia keluar dia ada pesanan untuk Abang”
            “Apa dia Cham ???”
            “Ni dia”
            “Surat ???”, Abah hairan ... Tidak pernah aku keluar rumah sehingga meninggalkan sepucuk surat ... Ini benar-benar menghairankan ...
            “Surat apa itu Abah, bukak lah”, Ibu ghairah untuk mengetahui isi kandungannya ...


Assalamualaikum Abah,
Abah, Alia minta maaf dengan Abah ... Tak seharusnya Alia tinggikan suara dekat Ibu ... Tapi Alia tak sanggup lagi Abah ... Hampir 5tahun Alia terseksa ... Alia ikutkan sahaja kehendak Ibu ... Sehinggakan Ibu tidak tahu yang Alia sangat terseksa ... Alia sedih dan seperti orang lain memerlukan Ibu di saat anaknya jatuh atau pun sedih ... Tapi, Ibu lain, Ibu tak seperti ibu orang lain ... Abah, Alia tahu apa yang Alia buat ni salah ... Alia keluar dari rumah tanpa berjumpa dengan Abah dan Ibu ... Tanpa bersalaman dengan Abah serta Ibu mahupun Kak Cham ... Bukan Alia nak lupa apa yang Abah ajar dekat Alia ... Alia ingat semua apa yang Abah ajar dekat Alia ... Cukup lengkap, ilmu agama mahu pun ilmu akhirat ... Kalau Alia jumpa, mesti Ibu tak kasi dan tak setuju dengan apa Alia buat ... Kalau Alia jumpa Abah, Alia takut Alia akan buat Abah nangis ... Alia dah banyak menyusahkan Abah ... Abah selalu kena marah dengan Ibu ... Alia tak sanggup lagi ... Alia rasa dengan menulis surat ini, harap Abah faham apa yang Alia cuba sampaikan ... Abah, Ibu, halal kan makan minum Alia ... Pakaian yang Abah dan Ibu belikan untuk Alia ... Tempat tinggal dan tempat tidur Alia yang Ibu dan Abah sediakan ...  Duit belanja yang selalu Abah berikan, walaupun Ibu larang Abah bagi duit belanja dekat Alia ... Alia pohon dan minta pada Abah, “Jangan cari Alia!” ... Tolong Abah, Alia perlu tenang kan diri Alia dan fikiran Alia ... Jika Alia rasa sudah tenang, Alia akan pulang ... Sampaikan salam Alia pada Kak Cham ... Alia akan rindu saat kita bersama Abah ... Saat kita bergurau ... Saat kita ketawa ... Saat kita bersama ... Alia juga akan rindu, saat Alia bergaduh dengan Ibu ... Alia tahu, Ibu mahu kan terbaik buat Alia seperti mana ibu lain yang mahu kan terbaik buat anak mereka ... Tapi Alia bukan seperti anak orang lain Ibu ... Alia tidak suka dikongkong ... Maafkan Alia, Abah ... Maafkan Alia, Ibu ...

Dari Anak mu,
Alia Nadira